Wow.
Dah April 2019. Dah lama tak menconteng blog.
On and off, tapi umpamanya lebih berat kepada off. Hehe
Entah macam mana terjumpa link zaman gila meluah rasa melalui tinta dan kata.
Tak sangka pulak dulu aku begini. Acah deep. Hahaha.
Layankan saja lah.
(KLIK SINI UNTUK PUISI PANTAS PENDEK MELODY M. DAHULU)
H.E.L.L.O.
Thursday, April 11, 2019
Sunday, December 17, 2017
Baby IF Dah Makan Solid Food For Baby!
Haaa..inilah gajet terbaru saya. Ewah gajet bunyi macam handfon baru laptop baru ipad baru pulak ye. Padahal. Tadaaaaaaaaa.....!!
Nak dijadikan cerita, my baby IF dah tumbuh gigi pada ketika dia usia 5 bulan lebih hari tu. Memula aku cuak gak, kenapa gusi dia macam ada putih2. Mama newbies ni dah gelabah ingatkan ada ulser. Tapi, tengok baby IF aktif, tak ada pulak merengek ke apa. Yela..ulser kan sakit.
Tengok punya tengok. Lorrr...gusi nak tumbuh gigi rupanya. And setelah puas berusaha, berjaya jugak aku snap gambar gigi susu pertama anakku ini. Abaikan pic tak cukup ruang tu ye. Jenuh nak berjaya snap haa.. Sejenis mak yang excited hahhahaha.
![]() |
| Cenonet je gigi kan |
Walaupun baby IF dan tumbuh gigi, aku belum la nak suap dia makanan. Sebab aku tekad nak tunggu dia cukup 6 bulan walaupun dalam hati macam teruja jugak nak tengok rupa dia makan camne. Mesti kiut kan. Hahhaa. Ada ke mak yang tak puji anak sendiri comel btw? Hikhikhiks.
Baby Food Processor tu lama jugak aku dah perati. Semuanya sebab nampak HanisZalikha masak untuk Yusuf Iskandar guna baby cook. But of coursela korang jangan bandingkan baby cook Hanis dengan Baby Food Processor aku ok. Yang Hanis punya tu high end kot. Yang aku punya, yang sedang-sedang oklah. Boleh steam and blend terus. Oklah tu kan.
Awal2 dulu aku ingat nak prepare solid food anak aku dengan cara tradisional je. Maksud aku, gi steam atas dapur pastu kisar lah dengan blender rumah tu. Tapi aku tetap beli blender baru untuk baby IF la. Kang sensitif plak dia dengan rasa sambal belacan, cili bagai kalau guna blender sedia ada. Gigih la aku angkut husband aku dan baby aku pergi beli blender. Disebabkan mama noobs, aku pun beli blender biasa 1.5L tu ha..Bila balik umah, nak kisar sebijik carrot je macam omg besar sangat la pulak muatan blender ni untuk prepare puri baby aku. Baby bukan makan banyak pun. Dan aku bukan jenis buat stok banyak jugak. So, mengagau la jugak aku nk mengisar lobak nan sebatang tu sebab payah nau nak kisarnya dengan blender besar.
Maka dengan sebab tu la aku beli jugak Food Processor ni. Mula-mula nak beli kat PG MALL (sila klik link ini untuk shopping di PG Mall) tapi hampeh, kelmarin tu aku tengok ada lagi, siap dah add cart. Sekali hari aku nak proceed payment nak beli tu dah SOLD huh. Maka aku pun beli je lah kat Shopee. Alhamdulillah, dapat harga yang sangat reasonable!
Setakat sekarang, Baby IF dah makan beberapa jenis puri. Ada yang dia suka, ada yang dia kurang gemar hmm dan ada yang dia memang reject terus! Haih, sadis mak mengenang makanan yang kena reject tu. Tapi bab solid food pertama Baby IF ni, next next entry pulak lah aku sambung ok.
Til then...Cheers!
Sunday, December 10, 2017
Pengalaman Bersalin Kali Pertama - Part 1: Pre Labor
Throwback..
Dijadikan cerita...
Kalau ikutkan due date yang doktor bagi, baby aku dijangka lahir pada 01.06.2017. Disebabkan ini adalah baby pertama aku, aku minta izin suami untuk bersalin di kampung halaman aku di Sarawak dan seterusnya berpantang kat umah mak aku terus kat Kuching. Suami izinkan dan hantar aku balik Kuching. Hehhehe..dan oleh kerana ada restriction untuk preggy mommies terbang di awan, maka aku terpaksa amik cuti rehat dan cuti bersalin lebih awal supaya aku boleh naik flight pada usia kandungan 34 minggu. Kalau dah 35 minggu airlines tak bagi naik dah. Merasa jugak naik buggy kat airport tanpa rasa bersalah ok. Lols.
Bila dah balik Kuching, aku agak relaks. Mak bapak aku tak bagi buat kerja rumah sangat. Maka keja aku tido-phone-makan-tv-selfie-makan- tido- phone- online- membaca- online-phone- membaca- tido- makan. Ok you get what I mean. Sebenarnya aku risau gak kalau aku terberanak awal, sebab suami hanya akan pulang ke Sarawak beberapa hari sebelum due date aku. Tiap hari aku borak dengan baby supaya tunggu Papa dia sebelum keluar dari ha.
And the baby listens! Haha. Good baby. Alhamdulillah, sempat husband aku balik Kuching yay.
Tapi lepas tu, baby macam syiok sangat pulak dok dalam perut mamanya ni ha.. Sehari sebelum due date, aku kena pegi klinik untuk scan baby. Doktor bagi kata putus, kalau baby tak keluar esok, dia kata aku kena serah diri ke hospital lepas seminggu due date. Ok. Aku memang nervous masa ni mengenangkan esoknya dah due date kan. Tapi wat lek wat kul lagi sebab setakat ni tak rasa sakit apa pun.
01.06.2017 - Tarikh EDD Telah Tiba : 40 Weeks 0 Days
Aku dok borak jugak dengan baby aku, nak keluar dah ke..tapi nampaknya macam tak ada tanda apa lagi. Sakit pun takde. Maka petang tu selamat lah aku pergi merambu-ramba shopping kuih kat Bazaar Ramadhan hehhee. Seronok aku beli makanan, kalah orang yang berpuasa. Oops, kantoi tak puasa. Hehhee. Amik rukhsah ok, sebab awal Ramadhan ritu aku try puasa gak tapi pergerakan baby macam tak ketara plak. Takut jadi pape, so aku hanya sempat puasa 2 hari je huhu. Ye, aku beranak bulan puasa tau. Memang jenuh mak nak ganti 28 hari tak puasa tu. Fuhhh
2-3 hari lepas EDD, baby masih xmau keluar lagi. Walaupun macam risau, tapi aku watlek watkul lagi. Tanda memang takde lagi. Tak sakit. Takde pecah air ketuban ke apa. Takde darah. Siap masih bertenaga gi jenjalan.
04.06.2017 - Tanda Pertama : 40 Weeks 3 Days
Bangun pagi, aku ternampak macam ada blood spot. Cenoneet je pun. Kuku ibu jari aku pun lagi besar. Tapi, kecik2 pun, aku dah cuak, nak beranak dah ke ni? Tapi takde sakit apa pun? Takde air ketuban ke apa pun? So aku pergi tanya BFFs aku dalam group #Snoodies ni. Mak aku takde kat rumah, dia keje. Basically diorang kata itu mungkin tanda awal, kalau berterusan pergi je lah cek kat doktor. Tapi aku cek, takde pulak blood spot tu lepas tu. So, aku pun meneruskan hari aku macam biasa dalam debaran. Hehe.
05.06.2017 - Maternity Checkup: 40 Weeks 4 Days.
Dah 5 hari lepas EDD ni. So far aku masih tak rasa sakit apa-apa, tanda darah pun takde keluar lagi. Aku bagitau je lah kat nurse, "Pagi semalam macam ada blood spot kecik x sampai saiz 5 sen sekali itu je lah, tapi saya tak sakit apa-apa pun? Nak kena pergi hospital ke nurse?" Nurse pun cek rekod aku semua, dan dia pun jawab "kadang-kadang memang ada blood spot sikit sebab baby dah semakin turun so dia tekan jalan keluar. Kalau sikit je x berterusan dan belum sakit tu,air ketuban pun xde pecah ke apa, masih ok lagi. Tapi lepas ni kalau ada fresh blood keluar, awak terus pergi hospital lah ye, lagipun awak dah overdue, kalau tengok catitan doktor pun patutnya lusa awak kena serah diri dah ke hospital kalau masih belum beranak walaupun takde apa-apa tanda". Hmm..baiklah nurse.
Malam tu aku masih sempat keluar dating dengan husband aku, pi jalan-jalan Metrocity..Pi jalan-jalan Waterfront. Gigih aku dengan perut boyot mengukur Kuching Waterfront hujung ke hujung dengan harapan cepatlah beranak, sebab orang kata aktif berjalan nanti senang beranak. Confinement lady aku tiap hari mesej tanya khabar, hehe aku cakap baby belum keluar lagi aunty..
06.06.2017 - Tanda Kedua: 40 Weeks 5 Days
Ok, pagi ni bangun sahur aku nampak darah lagi. Eh, macam lebih banyak pulak. Aku bagitau mak dan husband aku. Dan kami memutuskan supaya aku terus ke Hospital saja lah lepas Subuh sebab nurse pun dah pesan macam tu semalam. Oklah, mungkin hasil mengukur tepian sungai kat Waterfront malam tadi. So, lepas Subuh dan bermandi manda, aku pun pergi menyerah diri ke Hospital Umum Sarawak Tingkat 4 Wad Bersalin.
Cerita seterusnya di hospital, bersambung kat entri lain pulak.
Hehhee..
Cheers!

| Nak pergi hospital. Baby, are you ready to meet Mama & Papa? Muka excited tapi berdebar sebenarnya. |
Cerita seterusnya di hospital, bersambung kat entri lain pulak.
Hehhee..
Cheers!
Friday, December 1, 2017
DISEMBER TIBA LAGI
Melly π December. *hintsπ*
Lebih in love bila rini harga #GAP only RM185/g! ππ
Bolehlah topup emas as hadiah diri sendiri. πππ
Bolehlah topup emas as hadiah diri sendiri. πππ
Sejak melahirkan #babyIF, semua aksesori dibukak sb yah obviously masuk labour room kena tanggalkan semya barang kemas. Lepas baby lahir, takut tajam kena baby plak so still x pakai. Yelah, newborn kan masih lembik lembut fragile bagai. Sekarang baby dah 6 bulan. Dah banyak akal. So end up masih taknak pakai sebab baby suka tarik. So Mama beli emas lain je lah. Hahahaha. Dinar? Gold Bar? Yumm..
P/s: Baby pun dah penah dapat hadiah gold bar. Mama kecik2 nenek baby bagi gelang tp sebab baby mama ni lahir boy maka tak boleh pakai gelang emas ye nak, harom. π. So dia dapatlah hadiah gold bar special edition Agong 1g sempena tahun bersejarah 2017. ππ
Sapa nak beli emas Public Gold, bukak akaun GAP dan seangkatan dengannya, boleh roger kite ye. π
Tuesday, November 14, 2017
Jom Dapatkan Diskaun Online Shopping!
Siapa tak suka online shopping. Senang tak payah nak keluar drive redah panas ke redah hujan ke pastu stress takde parking bagai..ehm..sebab tu aku suka online shopping. Especially sejak jadi mama ni kan, aku nye masa nk keluar shopping limited sket sebab ada baby kecik. Hihi. Tapi, soalan yang lebih aku nak tau...
Ada ke orang shopping tak suka dapat diskaun? Kalau aku, aku suka je orang nak bagi diskaun, jimat sikit duit. Minyak mahal sekarang. Ehh..
Siapa Tak Suka Diskaun??
Ada ke orang shopping tak suka dapat diskaun? Kalau aku, aku suka je orang nak bagi diskaun, jimat sikit duit. Minyak mahal sekarang. Ehh..
Haa ni nak bagitau untuk online shoppers tegar (eh macam cakap kat diri sendiri ja tu), meh aku nak ajak korang shopping kat https://pgmall.my ni haa.. Untuk pembelian kali pertama, kita boleh dapat diskaun sebanyak 20% haaa.. Sebagai seorang wanita sejati (ecewah) aku yakin wanita2 di luar sana memang suka bab-bab diskaun ni. Jejaka pun boleh. No hal lah.
Ni ha rupa PG Mall ni haa...
Selamat membeli-belah.
Macam-macam adaaaa.
#pgmall
#publicgold
Friday, March 10, 2017
Shopping Barang Baby for Dummies 1.0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..
Hahaha tajuk kemain lagi. Maaflah korang, saya ni first timer mommy-to-be..noobs merata-rata. Kalau nak diikutkan dah lama jugak on hiatus berbloggin ni kan, tapi sejak-sejak aku preggy ni, memang rajin aku blogwalking blog mama-mama bloggers semua. Bukan apa, research katanya hikhikhik.
So, memandangkan aku newbies sangat sampai blur tak tau nak mula dari mana bab-bab prepare barang baby ni, so kebanyakan masa lunch break aku memang aku dok blogwalking je. Lagipun sekarang aku selalu order food delivery je untuk lunch, malas nk keluar sorang-sorang, so lepas aku makan dengan pantasnya, aku pun mula la skodeng blog mama-mama untuk baca sharing diorang camne nak mengharungi 9 bulan mengandung ni dengan jayanya. Lom masuk part beranak dan jaga baby selepas kelahiran lagi tu. Hehe..macam-macam sharing boleh dapat kat blog ni.
Hasil kajian aku (amboi kajian sangat), maka akhirnya dapatlah aku menyediakan checklist untuk prepare barang baby. Checklist sangat kan.

Haa....nampak tak sejenis kegigihan siap tulis buku nota..hehehhe.. nak taip balik segala checklist tu mcm lenguh pulak jari. Semua ni aku dok usha masa lunch hour la since aku pun malas nak keluar tengahari panas-panas bawak perut. Tapi kalau hari Jumaat lunch break panjang so aku rajin keluar pegi kedai baby area ofis aku. Area ofis aku ada Manjaku, Twins Baby dan QQ Baby. Paling selalu pegi memang Manjaku tu lah sampai aku rasa akak Manjaku tu dah cam muka aku kot. Mana tak nye, belek barang sampai berejam, belinya sikit je hahahahah. Mesti bengkek hati akak tu kot. Bukan aku tanak beli sekaligus, tapi aku memang beli sikit demi sikit demi sikit. And aku rajin beli online gak so kehadiran aku kat kedai baby kadang2 sekadar nak cuci mata dan terapi jiwa gitu kononnya. Asal masuk kedai baby rasa macam bonding lak ngan baby dalam perut ni ha..Hikhikhik. Alasan sungguh!
Oklah, nanti rajin aku taip balik checklist ok.
Adios dulu.
P/s: Nak shopping barang baby? Boleh layari https://pgmall.my untuk online shopping!
Tuesday, February 14, 2017
Simpanan Emas GAP Public Gold
Dah nak jadi mak mak ni, saya makin sedar diri untuk menyimpan bagi masa hadapan, memikirkan nanti anak nak masuk taska, pastu nak masuk sekolah, kemudian masuk kolej dan universiti yada yada yada..Hehehhe awal plak memikirnya, anak pun blom keluar dari perut mama lagi. *excited*
Bukan apa, kata orang sediakan payung sebelum hujan, ye tak?
Sebab tu, selain daripada menyediakan simpanan dalam bentuk "wang", saya juga menukar sebahagian simpanan bulanan saya dalam bentuk "emas".
Sebab tu saya buka akaun GAP (Gold Accumulation Program). Mudah.
Mengapa EMAS?

14/02/2017, harga 1 gram GAP = RM 189
(Harga GAP dikemaskini sekali sehari setiap 12.00am)
((Semalam 13/02/2017, harga 1 gram GAP = RM 190))
(((Esok? Lusa? Bulan depan? Tahun depan?)))
Kenapa saya menyimpan dalam akaun GAP?
![]() |
| kredit: Hafizul Hakim |
Nak buka akaun GAP?
Hubungi saya.
Mengapa EMAS?
- ELAK KEBOCORAN SIMPANAN
Kalau menyimpan di dalam bank semata-mata, hanya dengan sekali swipe kad debit ataupun sekali klik pada portal bank pun kita dah boleh TERbelanja cash yang ada kalau tak kuat iman nengok iklan shopping online. Haa, bukan yang perempuan je suka shopping online tau, lelaki pun sama serupa.
Jadinya, kalau dah tukar simpanan cash dalam bentuk EMAS, takde la senang sangat kita nak shopping online benda yang bukan-bukan. Normallah orang zaman sekarang ni, kalah dengan bermacam offer dan promosi online shopping! Maklomlah semua di hujung jari. Hehehe...
- KALIS INFLASI
Dah namanya saving@simpanan, haruslah bukan diniatkan untuk simpan hari ni dan withdraw semula esok, kan? kan? Mungkin untuk kegunaan di waktu sesak pada masa hadapan. I will still have the same amount of GOLD then, tapi bila nilainya ditukarkan dalam bentuk wang ringgit, adakah sama nilai 1gram sekarang dengan nilai 1gram pada 10 tahun akan datang?
Tengok nasik lemak yang kita makan sarapan pagi tadi pun dah cukup. Masa kecik dulu 20 sen, 50 sen masih boleh dapat nasik lemak sedap. Sekarang jangan harap la nasik lemak harga sen sen. Yang harga seringgit pun nasik lemak kosong saja.
- DITERIMA SECARA MELUAS DAN GLOBAL
Well, boleh dikatakan EMAS ni kalau nak jual, laku di mana sahaja seluruh dunia. Beli EMAS kat Malaysia, pastu awak bercuti melancong kat luar negara. Nak dijadikan cerita..kecemasan! Dompet awak tercicir pulak dan awak dah takde duit. Boleh saja awak pergi ke kedai emas di negara Eropah tu untuk menjual emas yang awak ada tu untuk mendapatkan wang segera.
Tapi kalau awak pergi ke luar negara bawak RM lupa nak convert currency local, agak-agak mereka nak terima tak RM awak tu untuk sebarang pembelian dan pembayaran?
Renung-renungkan.
^_^
^_^
Wednesday, November 30, 2016
Keajaiban Dalam Diriku
#throwback
Alkisahnya, setelah jiwaku bergejolak dan berperang dalam diri, aku memutuskan untuk menguji diriku sendiri. Yeah. Dan hasilnya?
Jengjengjeng!
Keajaiban Tuhan.
Dalam diriku kini ada makhluk lain yang sedang memulakan kehidupan.
Ok, nak nangis hahahhaha.
Tak tau nak cakap apa perasaan.
Nervous? Of course!
Excited? I am!
Takut? Risau? Semestinya!
1001 perasaan aku rasa, sampai aku pun tak tau dah apa yang aku rasa.
Apapun, bersyukur atas kurniaan rezeki ini.
Semoga semuanya akan selamat dan selamat dan selamat semuanya.
(Nampak tak aku nervous hahahha)

Monday, June 6, 2016
Thoughts
Somehow I came across this old post of mine.
And I thought, wow, I really found my other half at the other side.
Life is full of surprises, future is no doubt a mystery.
Have faith, God knows the best.
I am one happier girl now.
And I'm very grateful for this gift of love and life.
Salam Ramadhan.
Have a blessed one, everyone.
-iramahati-
Monday, February 15, 2016
I Find Myself Having Trouble Counting Days
Yes, I have trouble counting days these days.
Sometimes it's running way too fast I had to take a moment to stop and breath, sometimes it is moving kinda slow I tend to get lost along the way haha.
So I guess many of my family members or friends know this already. :)
I'm not the kind who'll blog about this, but why not? Heee..
Here, have a look at http://rabanteben.blogspot.my
A beginning of a new journey....
May Allah bless us...

Monday, January 11, 2016
Dah 2016. Wujud Lagi Blog Ni?
Wow.
Rupanya aku langsung takde post entry tahun 2015 ye. Bersawang teruk blog aku ni. haha. Not that I dont hav any stories to write. I just dont feel like sharing it much, like before.
Hmm.
Tapi hari ni rasa nak post sesuatu. Sebabnya, sebab aku tak boleh tidur. Nak main tweet, twitter aku dah deactivate. Dont ask me why. Hah. Nak FB, mcm exposed sgt. So aku membebel sini je la walaupun post ni public.. bukan semua orang tau blog aku ni hidup lagi pun. Kalau baca pun xpelah. Baca sampai post 2008 pun bagus.
Oh mata..lelaplah dikau. Esok keje beb.
Quotes jumpa kat internet. Deep woo..deep. Ok Melody mungkin kau perlu bercakap lebih lagi dengan Tuhan. Jgn bercakap dengan blog saja. Ouch.
P/s: I forgot how it feels to b calling ppl at odd hours juz bcoz I cant sleep..
P/s again: I miss writing in my blog actually. I just dont know if I could write the way it was written back then.
Ok time is up.
Go to sleep lah Mel.
And pray much the nightmare (sort of) last night wont come again tonight.

Saturday, September 13, 2014
Farm In The City, Hoyeah!
Alkisah dijadikan citer, brother aku blanje tiket free for us sisters bersukaria di Farm In The City kat Seri Kembangan. *Thank you bro!* maka pada cuti umum kemerdekaan ritu aku dan housemates sekalian pun gigih la melawat binatang sekalian.
For those who know me, Melody dan binatang sama ada binatang liar, peliharaan mahupun ternakan memang tidak dapat disatukan. Bukan sebab aku benci binatang. Noooooo..i love to see cute animals but i'm juz so scared of them hahhha. I tried though, I tried hard tapi sesungguhnya aku memang belum mampu nak pegang-pegang manja hatta kucing sekalipun T_T
Maka bila aku diajak hangout with them sisters kat taman binatang, aku gigihkan walaupun aku takleh nak imagine camne nak menghadapi binatang-binatang tu semua. Yelah, sebab nama pun "Farm In The City". Berdasarkan pengalaman aku, kalau dah 'farm' ni maknanya animals semua lepas bebas bergaul dengan pengunjung ye. Bukan macam dalam zoo kena kurung pastu for display only tau. Haha, takpe, demi bonding time bersama sisters, I'm willing to do it. Hashtag thingsidoforyou sekarang! Hahahhaa...Chaiyok!
![]() |
| The mandatory selfie at the entrance door hahahaha. Terima kasih ShiraShiro kerana menaja Gopro untuk hari ini. Mmuahhh. |
![]() |
| Giant turtle... Pic bagi mkn turtle ada kat laptop osmet, tak amik lagi. |
![]() |
| Turtle yang tak giant pun ada banyak....bermain berenang-renang dengan asyiknya dalam kolam |
![]() |
| Ada memacam jenis itik dan swan yang comel berenang-renang dalam tasik jugak |
![]() |
| Hah..dak2 bandor yg taknah pelihara ayam tuh meh dtg sini |
![]() |
| Sang rusa apetahnama saintifik tak tau panggil jela cik deer, tgh bermanja-manja ngan osmets aku |
![]() |
| Aku yg penakut ni pun nak manjakan cik deer nih jugak tapi ketakutan menguasai diri hahahha. tengok gaya dah tau.. step macam get ready nak bukak langkah seribu dah tu. lols. |
![]() |
| Tak tau pe nama. Bapak kambing agaknya. |
![]() |
| Osmetsku ceria bermanja dengan si comel semua |
![]() |
| Ada rabbit, guinea pig, hamster dan apatah nama diorang lagi tah. Semua comel. |
![]() |
| Bagi makan ikan koi. Sambil tunggu bila pasangan swan ni nak buat bentuk love macam souvenir kat kedai RM5 tu. ahahhaha |
![]() |
| Owl sedang bersukaria di sebalik pokok. |
![]() |
| Sejenis rabbit. Omey! |
![]() |
| Iguana tengah tidoq. masa aku bgambar dgn iguana tu dia dah bangun celikkan matanya. Hehe. Muka ganas dalam hati ada taman. Talking bout iguana, not me ah. Aku tak ganas kot. Haha. |
![]() |
| Parrot kalerful tu sumpah nakal! Takleh dok diam! Hahhaha. |
![]() |
| Raccoon comel. Atas kepala aku je diorang ni lepak. |
![]() |
| Poney pun ada ! And yeah ada poney ride for kids jugak, sekali pusing kandang tu RM7 n percuma vitagen katanya. Pusingan kecik gilos...xpuas.. huhuhu |
![]() |
| Aaaa..apa nama dia ni...yang ada dalam movie katun apa tu... haih..teruk nau ingatan T_T |
Sebenarnya ada banyakkkkk binatang lain lagi. Tp tak larat dah aih nak post gambaq. Sebab tak larat adalah kerana gambaq semua ada dalam laptop osmet hahaha blom gigih nak amik stok gambaq. Nak tengok lebih, korang datang la sendiri okeh. Tapi kalau nak datang aku suggest korang datang weekdays, kompem syiok sebab tak ramai orang. Kalau pegi masa public holiday ramai giler manusia. Tapi nak wat camne dah memang masa public hols la kita ada masa nak pegi jalan-jalan ye tak.. Satu lagi, better pegi pagi. Farm ni bukak 9.30am. Masa aku pegi ni mmg 9.30 kitorg terpacak kat sini.. Suasana pun sejuk, tenang tak ramai orang lagi. Memang layannn...
Overall, bleh la bawak budak-budak berkenalan ngan alam dan haiwan kat tempat ni. Jangan kang budak2 tu tengok ayam dalam ipad je tapi rupa ayam sebenar pun tak penah tengok melainkan yang dah kena sembelih buat goreng makan malam. Huhu.
Okbye for now. Thanks for reading hahahha.
Cheers!
Thursday, August 28, 2014
Hasrat
Mencari tinta mengukir aksara
Membaris kata menyusun bicara
Tegaplah diwarkah
Tetapkah diendah?
Membaris kata menyusun bicara
Tegaplah diwarkah
Tetapkah diendah?
Monday, July 7, 2014
Mud the Musical. Syiok oi! #MUDKL
Semalam pegi tengok preview musikal Mud dengan kawan-kawan kat Panggung Bandaraya KL. Memang superb lah. Dengar nama produksi dia pun korang dah bleh agak level performance diorang camne kot. Enfiniti punya show babe. Mau tak meletop.
Overall, 4 bintang la. Lagi satu bintang hilang kat kostum sesetengah pelakon. Cekciii...kurang pahala posa aku semalam. *sweating*
P/s: Sepanjang bulan Ramadhan, showtime 3pm daily je. Lepas raya baru resume balik showtime 3pm dan 8.30pm daily. Tayangan berlangsung sehingga Disember kalau tak silap aku. Sempat sangat la kalau nak cari masa untuk datang tengok.
Cheers!
And Salam Ramadhan readers!
(gambo kidnapped dari website Mud KL )
So MUD (ataupun bahasa melayunya bermaksud lumpur) ni mengisahkan tentang Kuala Lumpur pada suatu masa dahulu. Kira zaman tok moyang kita dulu-dulu la. Tahun 1880 gitu. Camne kisah Kuala Lumpur yg mula dibuka, pastu ada 3 sekawan Mamat, Meng dan Muthia (1 Malaysia occay). Camne citer 3 sekawan ni mengharungi kehidupan di Kuala Lumpur bagai. Nak citer lebih-lebih tak syiok. Pegi tengok sendiri.
Oleh kerana ni persembahan musikal, so memang banyak lagu la. Tapi best lah lagu-lagu dia. Suara Teja (watak isteri Mamat) sedap ya amat. Nak nangis aku bila part Teja nyanyi sedih tu. Oh, by the way, yang menariknya, para penonton juga diajak untuk ambil bahagian dalam show ni. Tu satu yang aku suka tu. Tapi sebab semalam aku dok seat di tengah-tengah alam, memang payah sket la nak gedik-gedik join the scene. Sapa duk seat tepi-tepi tu bleh la join. Haa..join jadi watak apa? Kena datang sendiri occay! Hehehe..
OKlah, nak tau lebih lanjut korang bleh pegi usha kat http://mudkl.com/ orite. Kalau yg berkesempatan tu, ajaklah kawan-kawan ramai-ramai tengok. Hehhe.. aku takde la kaitan ngn sesapa kat show ni *ahem* tapi aku nak suruh korang tengok sebab nak korang rasai keseronokan aku menonton musikal MUD ini. Korang tau tak masa part Kuala Lumpur dilanda banjir ( i hope this is not a spoiler) aku pun sama rasa nak lari sebab takut tenggelam hahhahaha ^_^''
Last but not least, some pics aftershow. Hehhehe.. Masa show dilarang amik pic.
![]() |
| Bergambar atas pentas background Bgnn Sultan Abdul Samad. |
![]() |
| Bersama watak Mamat, kira main character la. |
![]() |
| Ni Teja, isteri Mamat. Suara merdu sungguh. |
![]() |
| Producer of the show, Datin Seri Tiara Jacquelina :) |
Overall, 4 bintang la. Lagi satu bintang hilang kat kostum sesetengah pelakon. Cekciii...kurang pahala posa aku semalam. *sweating*
P/s: Sepanjang bulan Ramadhan, showtime 3pm daily je. Lepas raya baru resume balik showtime 3pm dan 8.30pm daily. Tayangan berlangsung sehingga Disember kalau tak silap aku. Sempat sangat la kalau nak cari masa untuk datang tengok.
Cheers!
And Salam Ramadhan readers!
Friday, June 13, 2014
Taman Negara Kuala Tahan, Pahang. Best!!
Lately aku rasa macam hidup sedikit aktif dengan macam-macam aktiviti sampaikan bila ada hujung minggu yang aku kena duduk rumah je, terasa macam diri ini seorang loser. Hahahha. Walaupun benda yang aku nak blogkan lepas ni dah basi pun sebenarnya, tapi rasa seronok plak nak tulis. Lama tak blogging, bila datang mood macam ni aku layankan je la.
So, entri kali ni nak share citer pengalaman bercuti kat Taman Negara Pahang. Short weekend getaway je pun sebenarnya, tapi dah keluar dari KL tu aku nye perasaan memang aku pergi bercuti lah. Heeee..
Dijadikan citer, ni la pertama kali aku nak pegi Taman Negara Pahang ni. Excited! Sabtu pepagi tu kawan-kawan aku datang umah amik aku dan bermulalah perjalanan kami ke Taman Negara Kuala Tahan, Pahang.
Pit stop pertama adalah Bentong untuk breakfast. Hehhee... kitorg bantai je berenti kat memana warung tepi jalan. Pastu makan nasik lemak secara berjamaah. Lepas bekpes, kami meet up ngan another 2 kawan, diorang satu kete dah standby tunggu kitorg yang lambat tak sampai-sampai ni. Hehe. So total kami 6 sekawan pun berangkatlah.
Aihh.. panjang citer lak, penat taip..let the pics speak je lah. Occay?
So petang hari pertama tu kitorang abiskan ngan bermain-main bersama ikan kelah kat Santuari Kelah. Serius banyak giler ikan kelah, besar-besar pulak tu. Kitorang diberi pellet ikan untuk bagi makan ikan kelah. Sekali kitorang hamburkan makanan ikan tu, fuhhh.. berkocak-kocak air sungai sebab ikan berebut makan. Lepas tu kitorang tak tahan dok bagi makan dari tebing sungai..hahaha.. sibuk nak masuk dalam air. Bila dapat green light dari abang taman negara, kitorang pun apa lagi, memasing terjun sungai la. Abang taman negara ni siap challenge kitorang, kalau dapat tangkap ikan kelah tu guna tangan, dia bagi free jeh. Hehhehe.. memang tak mampu la kami nak tangkap ikan tu ngan tangan sampai ke sudah. ahhahhaha..
Overall nak hike Bukit Terisek tu takde la susah sangat. Trekking lane pun ada. Tapi mungkin sebab aku dah lama tak hiking masa tu (last hiking Gunung Ledang tahun 2012. Setahun bezanya) so aku penat la sikit. So lepas bermain-main, melepak menghirup udara segar, by noon kitorang pun turun bukit untuk balik ke hotel. Lepas turun, kitorang makan tengahari. Lepas tu boleh pulak sambung mandi sungai lagi! Hahaha. Maklomla petang tu nak balik KL dah. So mainlah air sungai tu puas-puas dulu. KL susah nak main air. Tak best.
So, entri kali ni nak share citer pengalaman bercuti kat Taman Negara Pahang. Short weekend getaway je pun sebenarnya, tapi dah keluar dari KL tu aku nye perasaan memang aku pergi bercuti lah. Heeee..
Dijadikan citer, ni la pertama kali aku nak pegi Taman Negara Pahang ni. Excited! Sabtu pepagi tu kawan-kawan aku datang umah amik aku dan bermulalah perjalanan kami ke Taman Negara Kuala Tahan, Pahang.
Pit stop pertama adalah Bentong untuk breakfast. Hehhee... kitorg bantai je berenti kat memana warung tepi jalan. Pastu makan nasik lemak secara berjamaah. Lepas bekpes, kami meet up ngan another 2 kawan, diorang satu kete dah standby tunggu kitorg yang lambat tak sampai-sampai ni. Hehe. So total kami 6 sekawan pun berangkatlah.
Aihh.. panjang citer lak, penat taip..let the pics speak je lah. Occay?
![]() |
| Selamat Datang!! |
![]() |
| Nak pegi Kelah Sanctuary kena naik bot dulu. View sepanjang perjalanan memang lawa. |
![]() |
| Encik ni orang dari Taman Negara Pahang tu. Tengok view, cantik kan? Udara memang segar. |
![]() |
| Dah sampai Santuari Kelah. |
![]() |
| Bertapa apa ntah tepi sungai. Puiii...hahhaha |
![]() |
| Pemandangan kat kuala pertemuan antara dua sungai, tapi aku tak ingat apa nama sungai-sungai tu. Ada banyak kedai makan dalam bentuk terapung kat sekitar sungai ni. |
![]() |
| Pemandangan malam. Jom dinner! Yer, memang kena seberang sungai belakang tu untuk keluar masuk taman negara. |
![]() |
| Persona Village Resort. Dinner memang meletop! |
Jujurnya, aku tak suka makan ikan patin. Walaupun sebelum ni 4 tahun aku duk Pahang sebab sambung belajar kat sana tapi pertama kali aku makan ikan patin masak lemak di sebuah hotel yang agak femes jugak (masa tu dinner fakulti hahhaha) aku sikit lagi nak termuntah. Just imagine je la betapa aku memang cannot go lah ngan patin nih. TAPI! Persona Village Resort punya ikan patin sedap gilerrr!! Ikan fresh, sedap, langsung tak rasa kehanyiran ikan sungai. Siap bertambah lagi kami makan. Korang kalau datang Taman Negara Pahang ni, very recommended lah makan-makan kat sini. Malam tu kitorang dinner patin masak lemak sedap giler, daging rusa masak tak tau nama sedap giler, ikan kecik aku tak ingat nama goreng rangup sedap meletop, sambal hitam sedap meresap (takde dalam pic sebab belum dihidang habis menu aku dah snap pic hahhaa) dan macam-macam lagi. Memang sedap weh.. Berbaloi-baloi makan.
Aktiviti hari kedua pulak, jungle trekking, canopy walkway dan hiking Bukit Terasek.
![]() |
| Day 2: Sebelum beraktiviti kitorang berkumpul dulu kat depan ofis Taman Negara. |
![]() |
| Jom trekking!! |
![]() |
| Padang tempat binatang-binatang hutan datang bermain minum air ke something camtulah kata abang Tmn Negara tersebut. Tapi time kitorang pegi ni salah timing so takde hasil lah. |
![]() |
| Tempat lepak sambil animal-watching tadi tu |
![]() |
| Next, Canopy walkway! |
![]() |
| Best! Gayat! Serius rasa tinggi dan sangaaat panjang trek canopy walkway ni. Tapi syiok! |
![]() |
| Canopy walkway pun ada tangga weh. Mau tak gayat kitorg bila jambatan gantung tu goyang-goyang dalam pendakian. Huhu. Gayat tetap gayat, posing tetap posing. |
![]() |
| Lepas canopy walkway terus trekking sampai ke atas bukit. Dah sampai, kita lepaskan lelah jap. |
![]() |
| Kawan-kawan baru. Sandra dari Switzerland yang datang bercuti. |
![]() |
| Group pic di atas Bukit Terisek. |
![]() |
| Nak selfie malas, mintak tlg kwn jeh la amikkan. hahahha. Tak nampak plak berapa ketinggian bukit eh. |
Overall nak hike Bukit Terisek tu takde la susah sangat. Trekking lane pun ada. Tapi mungkin sebab aku dah lama tak hiking masa tu (last hiking Gunung Ledang tahun 2012. Setahun bezanya) so aku penat la sikit. So lepas bermain-main, melepak menghirup udara segar, by noon kitorang pun turun bukit untuk balik ke hotel. Lepas turun, kitorang makan tengahari. Lepas tu boleh pulak sambung mandi sungai lagi! Hahaha. Maklomla petang tu nak balik KL dah. So mainlah air sungai tu puas-puas dulu. KL susah nak main air. Tak best.
Sekian, memang best spend weekend kat sini. Kitorang kalau ikutkan hati macam tanak balik jeh. Pegi pagi Sabtu balik petang Ahad, masa sangat limited. Banyak lagi aktiviti yang kitorang tak sempat buat contohnya rapid shooting, melawat kampung orang Kuala Tahan, night walk dan macam-macam lagi. So, sape ada kelapangan tu pegilah melawat Taman Negara Pahang. Permit masuk RM1 jeh. Kitorang pun susah hati nak bayar RM1 sebab macam murah sangat, tak padan ngan keseronokan dalam taman negara tu. Huhu.
Till the next activity update!! (Kalau aku ada mood nak blogging lagi lah ye hehee)
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)