H.E.L.L.O.

Thursday, May 17, 2012

Hurt?

Sometimes we have to be cruel to be kind. But how to be cruel when you are so soft hearted? You then end up hurting your own self.. Not cool ok.

Sunday, May 6, 2012

Jogging, anyone?

Sejak akhir-akhir ni aku tengok cam ramai pulak orang di sekeliling aku pergi berlari. Bukan setakat budak-budak ofis aku yang bakal join Spring Fun Run bulan depan je gigih berjoging (yer, gigih kan diorang berlari? Tak macam aku) tapi aku tengok kat FB, Twitter, Instagram, blog dan sebagainya (perghh...nampak sangat suka online) ramai je yang upload gambar berlari. Weekend ni tadi pun aku nampak ada kawan kat Sabah dok upload ada larian KK ke apa namanya tadi (tak ingat and tak kuasa mo selongkar fb dia semata-mata nak cek nama larian).

And to be honest, lately pun aku rasa cam ala-ala teringin nak berlari-larian di pagi hari. Ecewah. Padahal sebab terpaksa. Tapi best jugak joging di pagi hari. Segar mata weh. Hahaha. Hello... berjoging di tepi tasik dengan sinaran matahari yang baru mulai menyapa pagi, takkanlah tak segar kot kan. Kau ingat segar mata sebab apa? Haiz...jaga pandangan okeh.

Gigih je aku pit stop semata-mata nak ambil gambar. Aku tengok orang lain tak ada pulak yang stop ambil gambar. Kantoi aku di situ tapi berkat ketebalan kulit di wajahku, aku redah aje. Hehehe.

Siap tangkap gambar mengenai jumlah kalori yang dibakar ketika bersenam. Semangat. Nampak pulak bayang-bayang aku di situ. Masa berhenti depan papan tanda tu, aku buat-buat cam ambil nafas kejap. Toleh kiri kanan ramai pulak yang lalu lalang. Ingat nak tunggu reda tapi tak jugak reda. Pastu aku ambil je lah gambar cepat-cepat dan terus lari. Masa ni kawan-kawan aku pun dah tak tahu ke mana sebab pace kitorang lari pusing tasik tu tak sama kan.

Nanti nak pergi joging lagilah. Boleh singgah breakfast Mekdi lepas tu. Amboi, niat! Nak bersenam ke nak makan nih Melody weih... =p

Cheers!