H.E.L.L.O.

Showing posts with label Thoughts. Show all posts
Showing posts with label Thoughts. Show all posts

Thursday, December 16, 2010

Could This Be The Sign?

Should I step up to next level?

Looking back, it was scary.
Looking forward, it is risky.
But to freeze is tragedy.



I guess it is faith that I need for the moment.


P/s: This entry can have different meaning for different readers considering how many different surprises that had happened recently (I mean for those who personally know me, for those who doesn't, no big deal really). But actually, what I was trying to talk write about, just so you readers know, had nothing to do with work-related topics.

Saturday, November 27, 2010

Would You Tell Me Your Secret?

Rahsia.
Semua orang ada rahsia. Besar, kecil, baik, buruk, bersih, kotor, selagi kau simpan seorang dan kau tak berniat mahu kongsi dengan orang, tetaplah rahsia namanya. Walaupun setakat fakta kau nak makan coklat tapi kau tak mahu sebab kau takut gemuk, selagi tak beritahu orang, itu adalah rahsia kau.

Rahsia.
Bila seseorang dah amanahkan kau untuk simpan rahsia dia, maka kau kena simpan. Biar sekecil mana sekalipun, kau mesti simpan jugak. Sebab itu amanah yang dia dah turunkan pada kau. Jadi, kalau kawan kau larang kau beritahu mak dia yang dia balik lambat setiap hari sebab kerja sambilan kat kedai Ah Liong hujung kampung demi nak belikan baju kurung baru untuk harijadi mak dia, kau senyap.

Rahsia.
Tapi ada juga rahsia yang memakan diri. Kau simpan, kau sakit. Kau luah, kau sakit jugak. Jadi kau terhimpit. Kata orang ditelan mati emak, diluah mati bapak, dikulum dalam mulut pun mati anak. Jadi macam mana?

Rahsia.
Ada orang bila tak boleh simpan rahsia tapi tak boleh sebar rahsia, dia pergi cakap dengan pokok. Atau dengan kucing. Atau pada angin. Atau pada bulan. Sesetengahnya tulis atas kertas sampai puas, lepas tu carik-carik dan bakar jadi abu. Atau lipat jadi kapal dan pergi ke laut dan lepaskan ia dimakan ombak. Mungkin juga sumbat dalam belon dan lepaskan ia terbang ke langit tinggi.


Rahsia.
Ada yang hantar ke ruangan berkongsi rahsia secara rahsia.

Kamu? Kalau ada rahsia yang tak tertahan tapi tak terluahkan, kamu buat apa?

Saturday, August 21, 2010

Tempat Asal Cinta seperti yang ditulis oleh Wani Ardy

Bacalah, dan semoga kamu akan faham....

Tempat Asal Cinta

by
Syazwani Ardy on Friday, August 20, 2010 at 3:05pm
Pernah jatuh cinta dengan orang yang hatinya sudah berpunya?

Saya pernah. Lebih sekali. Saya percaya ramai di luar sana juga pernah. Normal bagi mereka yang tidak pernah, untuk menganggap golongan yang pernah ini sebagai gatal, atau sengaja, atau mencari fasal. Normal untuk kita berkata itu ini sebelum merasai. Manusia prejudis pada apa yang mereka tidak tahu dan skeptikal pada apa yang mereka tidak faham. Ini kelaziman kita semua. Jangan kecil hati.

Gatal, sengaja, atau mencari fasal - saya tidak akan mengiya atau menidakkan mana-mana. Boleh jadi tiga-tiga. Boleh jadi salah satu. Boleh jadi bukan langsung. Jangan bilang "kejinya, aku takkan buat begitu." Perjalanan hidup bukan semuanya dalam tangan kita untuk menentu.

Pada saya, mereka yang melalui pengalaman ini adalah golongan idealis (yang perlu direalistikkan), sedikit lemah (yang perlu dikuatkan), dan yang paling penting, terpilih oleh Allah untuk dihadapkan dengan ujian.

Kalau jatuh cinta dengan orang yang hatinya sudah berpunya itu dosa, kenapa Allah menghalalkan poligami? Fikir. Yang bikin dosa adalah perbuatan, bukan sangat perasaan.

Saya berani kata begini sebab saya banyak dosa.

Tapi itu cerita lain. Ini cerita kita-kita.

Selama hampir 26 tahun saya bernafas, mengutip pengalaman dari hidup sendiri, mengutip cerita dari hidup ratusan orang di sekeliling, saya semakin sedar, bahawa jatuh cinta adalah jatuh cinta.

Jatuh cinta setelah tahu dia sudah berpunya.
Jatuh cinta sebelum tahu dia sudah berpunya.
Jatuh cinta namun berpisah kerana hatinya diambil orang lain.
Jatuh cinta, berpisah, dia mula hidup baru dengan teman baru, namun kita masih terus menerus jatuh cinta.

Jatuh cinta adalah jatuh cinta. Titik.

Sakitnya mengetahui bahawa orang yang kita kasih itu mengasihi orang lain, atau terikat dengan orang lain, adalah sakit yang luar biasa. Bilamana dia itu suami/isteri orang, tunangan orang, atau kekasih orang, kita serta-merta mengarah hati kita supaya berhenti. Jangan sayang lagi. Tak boleh!

Hati tanya kenapa?

Kita jawab tak boleh.

Hati tanya kenapa?

Kita jawab tak boleh!


Setakat "tak boleh", lut ke?

Biasanya kalau ada rasa benci, akan lebih mudah untuk awak berhenti mengasihi. Kalau dia itu jahat orangnya, banyak buat salah, layan awak seperti sampah, adalah modal untuk membenci. Masalahnya dia baik (kalau jahat kenapa pula awak hendak jatuh cinta, betul?), dan dia tidak buat salah, dan dia tidak layan awak seperti sampah. Jadi modal untuk membenci tidak ada. Satu-satunya modal untuk berhenti ialah kekuatan diri awak sendiri. Iman. Nekad. Dua perkara itu paling payah hendak timbul bila sudah bertembung dengan hati yang sarat dengan nafsu hendak mencinta dan dicintai. (Dan orang gila mana yang tidak mahu mencinta dan dicintai?)

Hati dengan otak, manalah duduk sebelah-menyebelah.

Apa yang saya buat dahulu untuk memboloskan diri dari keadaan ini ialah, saya berserah. Bukan berserah sekadar di mulut, tapi betul-betul berserah. Tahun demi tahun, saya semakin sedar bahawa manusia bukan kepunyaan manusia. Pasangan kekasih bukan dimiliki satu sama lain. Pasangan tunangan bukan dimiliki satu sama lain. Suami isteri juga, bukan seratus-peratus dimiliki satu sama lain. Lelaki yang saya jatuh cinta itu bukan barang runcit, yang saya boleh curi-curi ambil dari troli orang lain. Kalau pun dia dengan saya, satu hari dia boleh pergi ke orang lain. Kalau pun dia dengan kekasihnya, satu hari dia tetap boleh pergi ke orang lain. Dia ada otak, ada hati, ada kaki; dia boleh ke mana-mana sesuka hati. Setiap manusia ada hak dan daya untuk memilih. Jadi apa makna "pemilikan"? Apa makna "kepunyaan"? Wujudkah "pemilikan" dan "kepunyaan" sesama manusia? Siapa yang benar-benar memegang otak, hati, kaki, seluruh anggota manusia tadi? Siapa yang ada kuasa total untuk mengawal semua ini?

Kawan saya kata, "tempat asal cinta ada satu saja."

Saya percaya, kita jumpa jodoh kita kalau kita mula mencinta dengan mencintai Allah. Saya bukan orang yang paling baik. Saya cuma tukang redha. Tukang berserah. Tukang sujud. Tukang tadah. Dan semua ini paling ketara bila saya paling susah. Saya bukan orang yang paling baik.

Cuma dalam situasi sebegini, saya ambil langkah pertama dengan berhenti berfikir, "Aku nak dia. Aku nak dia. Aku nak dia." Sebaliknya saya mula berfikir, "Terpulanglah, Allah. Apa saja yang Kau rasa baik untuk aku. Terpulanglah. Buatlah." Redha dan berserah pada mulut adalah sangat-sangat berbeza dengan redha dan berserah pada hati. Hanya bila ia terjadi pada hati, akan awak tahu bezanya. Percaya cakap saya; sangat-sangat besar bezanya.

Saya percaya jodoh itu misteri. Letaknya di tangan Allah, bukan manusia. Jangan biar manusia lain menetapkan definisi jodoh bagi kita. Jodoh itu bukan bererti jatuh cinta dengan orang bujang. Atau lelaki berkopiah. Atau wanita yang tidak pernah berbuat salah. Menjadi isteri kedua adalah jodoh. Menjadi isteri pada cikgu awak adalah jodoh. Berkahwin dengan office boy tempat awak bekerja adalah jodoh. Berkahwin dengan musuh awak zaman belajar dulu adalah jodoh. Berkahwin dengan janda adalah jodoh. Berkahwin dengan lelaki yang lebih muda adalah jodoh. Berkahwin dengan duda anak tiga juga tetap jodoh. Kerana jodoh itu bubuhnya di tangan Maha Pencipta, jadi ia boleh datang dalam macam-macam rupa.

Kalau kita betul-betul hendak tahu apa akhir cerita cinta kita,
kita kena berbalik pada tempat asal cinta itu.

Dan seperti kawan saya kata,
tempatnya cuma ada satu.



This is what Wani Ardy had posted on her FB notes. Dan saya salintampal di sini untuk kita kongsi kerana apa yang saya baca dan rasa terlalu mahal untuk saya simpan sendiri. Perkongsian untuk diri sendiri, keluarga, sahabat dan semua yang membaca. Such a meaningful post from her. Fikir-fikirkan.

Dan kepada kamu-yang-tak-perlu-disebutkan-namanya-di-sini, baca dan (harapnya mungkin) kamu akan faham apa yang saya maksudkan.

(Wani, you did it again.
Thanks)




Tuesday, April 27, 2010

Mahu Jadi Luar Biasa?

jika semua mahu jadi luar biasa
maka siapa yang tinggal untuk menjadi biasa?

usah berpayahan mencuba luar biasa demi menjadi lebih istimewa
jadilah kamu yang biasa, seadanya, sejujurnya
yang biasa itu tidak mustahil lebih istimewa di mata jiwanya

kerana bukan semua dambakan adiwira penyelamat dunia

maka, apa perlunya menjadi luar biasa
jika yang biasa itu sudah lebih daripada istimewa?


P/s : Gambar diculik daripada Encik Google.

P/s lagi: Lucu, aku selalu panggil Encik Google, Miss Youtube, Encik Facebook, Miss Gmail dan sebagainya. Ish ish ish I should stop doing this!


Tuesday, April 20, 2010

Menjadi Kedua

Ramai orang mahu jadi yang pertama.

Pertama dalam kelas.
Pertama mengelilingi dunia.
Pertama berlumba lari.
Pertama ke angkasaraya.
Pertama mendaki puncak gunung tertinggi di dunia.
Pertama di carta hits radio atau tv.
Pertama menyeberang lautan dengan sampan.
Pertama kelas ijazahnya di universiti.
Pertama dipuji ketua di pagi hari.
Pertama bangun pagi supaya tak berebut bilik mandi.
Pertama di hati si dia.
Pertama diambilkan pesanan di restoran.
Pertama diberanakkan oleh emak, supaya sentiasa dapat barang baru dan tak perlu gunapakai bekas abang kakak.
Pertama.

Pernah terfikir tak apa rasanya menjadi yang kedua?

Tertinggal.
Tidak dipeduli.
Diabaikan.
Sekadar persinggahan.
Lembab.
Insecure.
Pedih.
Kurang popular.
Pinggiran.
Kurang bijak.
Tidak penting.
Sakit.
Dan macam-macam rasa lagi.

Kau suka jadi yang pertama? Atau yang kedua? Atau tiada apa-apa?


Sunday, January 31, 2010

Beringat Sebelum Kena

Earlier, I was reading my friend's blog entry about her going for a medical checkup due to some pain at the chest she had. Alhamdulillah, as shown by the result, she is free from the suspected illness. Thank God.

But that does not mean that we can delay to take care of ourselves, kan people?

I know, my family background had some medical history. I am 25 now, I hope it is not too late to start taking care of myself while this body of mine is still in good condition. Better late than never. Used to be so active during my years of study, but I slow down after I started working. Haih. I should have never stop.

So now, I joined some physical activity that I like. I tried jogging before, but running was just not quite my style, so I am doing something I like more now, dance class and aerobik! Haha! Those modern jazz steps had really made me sweat!

Also, I am beginning to love Sudoku. I am not really into it previously, but I loved to do crossword puzzles before. Our mind need to exercise too, people. We just have to! By using our brain more, the healthier it will become. Saya pernah baca, kalau tak nak nyanyuk di masa tua, sila latih otak untuk rajin berfikir di masa muda. I mean, solve puzzles, Sudoku ke, write stories or poems atau cipta sesuatu.

Come on, let's take good care of ourselves. Kalau bukan diri sendiri sayang diri sendiri, then who will? Kan? Jom exercise!


Tuesday, January 19, 2010

React

What happened last night somehow reminds me of Senandika back then.

I remembered when me and some of the seniors (especially RA and ZM) wanted to put a prank on the juniors, specifically for AN @ Ayam, but somehow prank tu berkait sekali dengan the whole team. And the guy members of the team dengan rasa panas, tak puas hati, serta mahu menegakkan kebenaran, beramai-ramai menghala ke rumah warden untuk membuat perhitungan, while the girl members ada yang dah menangis ketakutan dan saling pujuk-memujuk meredakan perasaan gusar masing-masing.

That's when we know we should end up all the actings. (T_T)

For some, we might looked so unreasonable for putting up such prank. But trust me, we have our own reason. And that night, we know that everyone love everyone, everyone love the team, and many would do whatever it takes just to save the team, and clean up the team's name.

So last night, seeing how my state-mate stood up against an angry women named FT which claimed us, all women of our place, as sl** and b***h (I'm not going to elaborate more on this, hope everyone got the lessons already), I cannot help but to suddenly recall the moment Senandika is there to backup me n ZM (who were actually acting the whole scene of live drama huhu).

Tiba-tiba sayu dan rindu kat the team. I wonder if things are now still the same. Will they backup each other when someone is in trouble? Will they stick together and fight for their right if someone try to break the team? Will they stay as a family like what we did back then?

Oh, back to the FT's case. Lesson learnt :
1. Not everything should be made public.
2. Jangan salahkan semua pihak hanya kerana seorang je yang buat salah. Dalam setandan pisang, tak semuanya elok kan. Takkan terus nak label semuanya buruk.
3. Tapi semua orang jangan pulak emo sangat dan cepat melatah, that will only make things worse. Huhu. But to backup the person you should backup is alright, asal saja jangan over-reacting dan ambil kesempatan.
4. Kalau marah tu, ingat Tuhan beb...Makin korang marah, makiiin la syaitan suka. Ini nak sambung mencarut jugak, so what makes you different from the women who called us sl** and b***h tu? Sigh~
5. People do made mistakes. Yang penting, belajarlah dari kesilapan.

I'm not saying that what my people do is wrong or right. Baguslahkan react and backup each other. Tapi, berpada-pada. Jangan sampai jadi big chaos. Ok. Peace!

Wednesday, January 13, 2010

God Knows..

Lucu, melihat bagaimana sesetengah perkara yang kita separuh mati nak elak sampai macam-macam kita buat demi untuk perkara itu tidak datang kepada kita, tapi akhirnya tiba juga di muka pintu kehidupan kita.

Lucu, melihat bagaimana sesetengah perkara itu kita mahu sangat-sangat sampai putus separuh nafas berlari dan mengejar, tapi dicapai-capai tetap juga tangan tak sampai.

Tak semua perkara yang kita tak suka tu, tak baik untuk kita.
Dan bukan semua perkara yang kita mahukan itu baik untuk kita.
Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik.

Now that the thing that I've been trying to avoid all this while had finally knocked on my doors despite of all the crazy things I've done just so I can get away from it, what else can I do except to open up my heart and go with the flow. God knows what's the best for me. I believe.

God knows.
Don't you agree?

Friday, December 18, 2009

Selamat Tahun Baru 1431H

Salam Tahun Baru 1431H kepada semua.

Semoga tahun ini lebih baik daripada sebelumnya. Lebih aman, lebih gembira, lebih rezeki, lebih bahagia, lebih harta, lebih mulia, lebih budi pekerti, lebih usaha, lebih mencuba, lebih dan lebih apa saja yang anda mahu.

Semoga saya (dan anda juga) lebih ingatkan Tuhan Yang Maha Lebih Segalanya.

InsyaAllah....


(^_^)

Monday, September 28, 2009

Iklan Syaitan

While I was back home in kampung last Eid celebration, my cousins came out with the topic of 'Iklan Syaitan' and I was like "Hey korang, what is that?". Hearing the name, I thought it would be one of the horror movies I missed. I was wrong.

Iklan Syaitan are a series of ad clips my cousins found on Youtube. I am going to share some here. For you and for me to think about, for us to realise what Syaitan is doing in order to not let us walk in the right path. And most of the time, we (me, especially) had fallen into the traps of the evil words. Even in the month of Ramadhan when Allah had chained all the Syaitans and we were left alone with no other temptation but our own self (our nafsu), we still failed to let go of what Syaitan had always tell us to do - that is to break the rules by our God. Why?

Now that Ramadhan had left us, and all the Syaitans are free again, we must work harder to make sure we do not listen to what they want us to do.

Bismillahirrahmanirrahim..
May this be a lesson for me to think of, and for you too.

Iklan Syaitan: Aurat - Tang ni aku mudah nak tersasar. Huhuhu.


Iklan Syaitan: Bangun Subuh - Ini, lagilah selalu terlajak. :(


Iklan Syaitan: Hormati Ibu Bapa (Respect Your Parents) - Jangan lawan orang tua kita, tak baik, derhaka namanya tu.



Iklan Syaitan: Bohong (Liar) - Pepatah lama kata, bercakap bohong lama-lama jadi pencuri. Hish, apa baiknya jadi pembohong dan pencuri?


Iklan Syaitan: Jaga Pandangan - Kepada korang di luar sana (dan aku juga), jagalah mata tu. Zaman sekarang macam-macam godaan bermula dari pandangan mata.


There are more clips to view. I will upload it next time. Or, if you do not wish to wait, you can always search the clips at Youtube.

May we get the lessons from the clips.



Sunday, September 6, 2009

Dilema

Dalam rindu pada yang lurus
Langkah masih membelok
Dalam rindu pada yang suci
Hati masih disuap najis
Dalam rindu pada yang benar
Kata masih bersulam dusta
Dalam rindu mahu tahu
Mulut masih diam membisu

Payah benarkah untuk berubah?

Friday, July 24, 2009

Main-main

Bila seseorang mengatakan ya atas sesuatu yang sebenarnya tidak, siapakah sebenarnya yang sedang dipermainkan?

Mempermainkan orang lain, atau mempermainkan diri sendiri?
Membohong orang lain, atau membohong diri sendiri?


Saturday, July 11, 2009

Tunggu Teduh Dulu - a novel by Faisal Tehrani



No, this is definitely not the latest novel by Faisal Tehrani (FT). Cetakan pertama sudah terbit 5 tahun yang lepas. Tapi baru 3-4 minggu yang lalu aku berpeluang untuk membacanya. Aku memang jarang blog pasal buku-buku yang aku baca. Tapi hari ni aku terpanggil nak tulis pasal Tunggu Teduh Dulu (TTD). Bear in mind, I'm not reviewing the book, I just want to blog about me and the book (and the writer too, maybe). That's it.

Kali pertama aku baca karya FT, tahun 1996. Masa tu aku kenal dia sebagai Mohd Faizal Musa. Cerpen dia menang Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat 1994. Tajuknya "Malam Ini Philadelphia Menangis". Antara cerpen yang aku suka dalam siri antologi tu. Buku tu ada lagi, elok lagi.

Kali pertama aku jumpa FT, tahun 2000. Aku sekolah lagi masa tu. Kebetulan teater Misi karya FT dipentaskan kat Kuching, jadi aku dan kawan-kawan ahli kelab drama sekolah pada masa tu dibawa cikgu untuk menonton. Lagi pula cerpen FT "Kerana Manisnya Epal" termuat dalam KOMSAS. Aku beranikan diri berbual dengan dia, pergi tanya dia pasal cerpen tu. Tapi maaflah, ingatan aku kurang, jadi sekarang ni aku tak ingat langsung apa yang kami bualkan. Satu kerugian, sebab aku rasa ada sesuatu yang dia sampaikan malam tu. Tak apalah. What can you expect from a young school girl, kan?

Sekarang aku macam dah addict dengan novel FT. Aku mula kumpul novel dia lepas tamat belajar (Zaman belajar sayang duit. Maka hanya pinjam kat perpustakaan saja). Sebab aku rasa novel dia lain daripada kebiasaan. Ada ilmiahnya. Ada pengajarannya. Atau mungkin sebetulnya aku yang dah bosan dengan lambakan novel klise yang ada kat pasaran?

TTD adalah buah tangan FT yang terbaru aku baca. Aku tak tau kenapa bila aku baca je TTD, spontan aku teringatkan seorang kawan, WZ. Rindu kot! Hehe.

Salsabila Fahim adalah nadi novel ini. Banyak perkara yang aku belajar daripada kisah hidup Salsabila Fahim. Ya, TTD mungkin saja berkisar pada kehidupan Salsabila, seorang pengusaha betik moden. Pasal cinta, keluarga, kerjaya. Tapi ada waktunya, kisah Salsabila serasa sangat dekat dengan aku. Salsabila adalah contoh seorang wanita moden masa kini yang gigih, berani dan berdikari tetapi pada masa yang sama masih mengekalkan ciri-ciri muslimahnya, serta tidak mengabaikan agama dalam kehidupan.

Yang aku suka, apa saja kekusutan yang dia alami, pasti dia rujuk kepada Yang Maha Kuasa. Jauh beza la daripada aku. Huhu. Memang novel ini berkisahkan cinta. Tapi somehow aku rasa ia lebih dekat berbanding novel popular Ayat-Ayat Cinta. Mungkin sebab TTD mengikut acuan tempatan kot. Atau mungkin kerana Fahri dalam AAC sangat too good to be true sedangkan Salsabila ada ketika terlihat juga kacaunya. (Dont get me wrong. Aku suka AAC juga, dan aku memiliki both AAC dan TTD.)

Well...Kisah hidup Salsabila banyak mengajar aku. Aku nak cerita lebih-lebih, tak reti lah pulak. Hehhehe. Tapi antara yang buat aku sentap adalah semasa Salsabila pegi umrah dengan mak dia. Kerja Tuhan, siapa tahu. Betul kan?
Kamil mahu jadi pelangi. Lam Ping Hai mahu jadi matahari.
Dan Salsabila Fahim tersepit menanti hujan teduh.

"Cerita ini bukan cerita cinta tiga segi. Ia lebih daripada itu. Ia cerita tentang pengorbanan manusia kepada Tuhan, cerita tentang takdir yang sangat manis setelah dikecap. Ini kisah saya, bukan kisah mereka sahaja. Ini cerita bagaimana saya menunggu teduh dalam ribut. Ini cerita mengenai hubungan manusia dengan Penciptanya. Ini cerita bahawa hakikat seluruh alam semesta ini berasal daripada Allah dan akan kembali kepada-Nya, tidak dapat tidak. Itulah titik hubungan kita di muka bumi ini, titik hubungan kita dengan insan lain dan juga segala tindakan." - Salsabila Fahim

"Kerja Tuhan, siapa yang tahu." - Teh Sofia (this is my favourite quote in TTD, sebab bila kita rasa macam susah, jatuh, terluka dan sebagainya, bila difikirkan sebenarnya Tuhan sedang aturkan sesuatu untuk kita. Cuma kita saja yang tak tau. Kerana ilmu Tuhan tak terjangkau dek akal kita)

Wallahualam.

Tuesday, April 28, 2009

Pertama Jumpa...Bagaimana?

Kata orang, pandangan pertama tu penting. Apa penerimaan orang terhadap kita untuk hari-hari mendatang akan ditentukan dengan first impression? Betul ke?

Selalu aku ingatkan diri supaya jangan terbawa-bawa sangat dengan first impression ni. Sebab kadangkala looks can be deceiving. Bak kata orang jangan menilai buku tu daripada kulitnya saja. Tapi kita pun manusia biasa. Ada masanya, tidak dapat tidak, kita akan secara tanpa sedar menilai seseorang dari pandangan pertama. Betul kan?

Pertama jumpa kita nampak dia sombong lagaknya
Dah kenal, baru tahu dia pemalu sebenarnya
Pertama jumpa kita nampak dia kasanova olahnya
Dah kenal, baru tahu dia terlebih peramah sebetulnya
Pertama jumpa kita ingat dia perasan bergaya
Dah kenal, baru tahu dia tak macam tu hakikatnya
Pertama jumpa kita fikir dia tunjuk pandai sentiasa
Dah kenal, baru tahu dia hanya suka berkongsi maklumat sahaja
Pertama jumpa kita ingat dia begitu begini
Tapi sedarkah, orang lain mungkin fikir yang sama tentang kita

Kenapa susah benar nak jadi manusia yang berhati murni ya?




**Agaknya apa yang kawan-kawan aku fikir tentang aku saat pertama jumpa ya? **


p/s :Teringat ketika aku dan Snood Inc Ladies kesayangan bicara tentang saat pertama kami kenal. Macam-macam confession of 1st impression keluar. Haha! Lucu bila ingat balik,kan girls!! (Haih. Aku rindukan kami bersepuluh)



Chill!!
(^_^)

Sunday, April 19, 2009

Permata dan Emas

"Besarkan hati dan panjatkan syukur dengan dari mana kamu datang. Kita boleh merantau ke serata dunia, tapi udaranya tak akan sama dengan negeri asal kita. Pejam mata, hirup nafas, rasa manisnya."

Wah. Aku terkesima kejap bila baca ayat-ayat kat atas tu. Kata-kata tu ditulis oleh seseorang untuk aku. Simple yet meaningful. Aku tak tau la dia pernah baca entri aku yang merepek pasal aku teringin nak pindah ke tanah besar dan pergi dari pulau ni. Entri yang menyatakan aku kelaparan makanan jiwa. Hehe. (Eh jiwa juga perlu diberi makan ok)

Tapi, bila aku baca je kata-kata kat atas tu, spontan aku teringat balik niat aku yang pernah mahu pindah ke seberang sana. Bila aku fikirkan semula, memang benar apa yang dia katakan kat aku. Pergilah merantau ke mana sekalipun, tak akan mungkin sama dengan tempat asal kita.

Terima kasih.
Sekurang-kurangnya dia dah ingatkan aku, dalam pada aku sibuk melihat permata kat seberang sana, aku terlupa ada emas kat sini.

(Pejam mata, hirup nafas. Ah..Memang manis!!)

Monday, April 6, 2009

Aku Laparkan Makanan Jiwa

Nampak teaser poster Hari Bintang Jatuh 09 kat website Wani.

Ini lagi satu acara yang aku nak sangat pergi tapi tak tau boleh pergi ke tidak (walaupun aku pasti aku boleh usahakan untuk masuk even tho entrance is very limited for HBJ09, unlike HBJ08 memang dah dapat masuk HBJ09), sebabnya aku masih perlu redah Laut China Selatan dulu untuk hadirkan diri. Dahlah Fynn, seorang lagi sumber inspirasi dan kekuatan hati aku, pun hadir jugak nanti.

Terlepas peluang bicara 4 mata dengan Wani (dan mungkin juga Fynn), haih, mungkin boleh buat aku tak tidur malam lagi agaknya. Teringat masa aku terlepas Hari Bintang Jatuh 08. Sedihnya.

Aku selalu ada perasaan mahu pindah pergi seberang laut sana, tinggalkan pulau ini, sebab aku ada banyak pilihan untuk makanan jiwa aku di sana (juga pilihan hati? *senyum*). Tapi aku tak cukup kuat untuk betul-betul pergi redah laut ini sekarang. Plus, aku tak cukup kuat untuk tinggalkan kebahagian keluarga, keselesaan material dan peningkatan karier aku di sini. (Dan tinggalkan pilihan hati. Eh, sini pun ada? *senyum sampai telinga*)

Ah, aku masih boleh pergi sana untuk makan makanan jiwa aku sekali-sekala, kan? Kali terakhir aku makan besar pada penghujung Januari. Sekarang awal April. Oh, patutlah jiwa aku sudah kelaparan sekarang. Apatah lagi aku baru saja terlepas pesta makanan jiwa aku 4-5 April lalu.

Tak mengapalah, yang penting belum kebulur lagi. Telan saja makanan jiwa yang ada di sekitar aku sekarang. Jangan mengada-ada. Kalau tak makan langsung, bisa mati jiwa aku nanti. Lagi payah.

Oh, masa untuk makan. Sampai nanti ya..



Chill!!

(^_^)

Sunday, February 22, 2009

Pemanduan Kehidupan


Bayangkan suatu malam yang gelap gelita
Dan kita hendak bergerak dari sini ke suatu tempat nun jauh di sana
Kita tak mungkin nampak keseluruhan perjalanan kita
Kita mungkin tak tahu jalan mana yang hendak dilalui
Kita hidupkan enjin kereta
Pasangkan lampu hadapan
Nah, untuk 200 meter seterusnya, segalanya dalam pandangan
Maka kita pun yakin untuk terus memandu dan menuju ke destinasi
Walaupun kita tak nampak keseluruhan perjalanan
Cukup bagi kita untuk nampak apa yang ada 200 meter di hadapan itu
Dan kita pun akan yakin untuk bergerak menuju ke destinasi
Akhirnya kita akan sampai juga, kan?

Macam hidup lah
Asalkan kita bergerak ke hadapan, kita boleh teruskan
Walaupun kita tak tahu apa yang menanti di hadapan
Asalkan hari ni kita bergerak menuju esok
Dan esok kita bergerak lagi menuju ke lusa
Maka kita akan berjaya menempuh hari-hari seterusnya
Hingga akhirnya nanti kita akan sampai ke destinasi yang dipanggil impian
Walaupun pada mulanya kita langsung tak nampak jalan

Boleh faham ke?

Friday, February 20, 2009

J.O.D.O.H

Saya ada dua orang kenalan.
Dua orang kenalan saya ini telah menghadapi kegagalan dalam perhubungan.

Gadis:
Dia telah pergi.
Aku tinggal di sini sendiri.
Hancur! Remuk! Sakit hati ini!
Orang kata putus cinta boleh buat kita rasa nak mati
Baru sekarang aku mengerti.

Jejaka:
Sakit, memang sakit!

Tapi aku jadikan semua tu satu pelajaran yang berharga untuk aku.
Mungkin kali ini aku gagal. Benar.
Tapi aku tak akan biarkan kegagalan aku hari ini untuk terus mematahkan semangat aku.
Tipulah kalau aku kata aku tak teringat langsung.
Kadangkala memang rasa itu datang kembali menguasai aku.
Tapi mahu bagaimana lagi kalau memang sudah setakat itu sahaja jodoh kami.
Mahu saja aku meraung, tapi siapa mahu mendengarnya?


TAK ADA JODOH! Kata mereka.

Aku:
Si Gadis ditinggalkan kekasih hatinya.
Si Jejaka pula berpisah atas sebab yang aku tak pasti.
Yang aku tau, kedua-dua mereka sedih dan kecewa.

Si Gadis mengekspresikan kesedihan hatinya lewat lagu-lagu tulisannya. Pathetic yang amat. Melankolik dan mendayu.
Si Jejaka mencurahkan rasa sakit lewat puisi tulisannya. Sisi yang gelap. Keras.

Si Gadis dan Si Jejaka saling mengenali, sering bertemu muka dalam acara-acara yang mereka hadiri. Walaupun jalan yang mereka pilih mungkin berbeza, tapi dunia mereka serupa. Jika si Gadis menjadikan puisi hatinya kepada lagu, Si Jejaka mengangkat puisi hatinya dalam bentuk cerita. Sama, tak serupa.

Dan aku adalah pihak ketiga yang melihat jatuh bangun mereka, yang menyaksi kepedihan dan kesakitan mereka, yang tahu betapa sukar mereka mahu bangkit semula, yang mendengar tiap lagu sendu mereka, atau laungan amarah mereka. Yang membaca tiap bait kata-kata lewat puisi mereka dan kemudian memandang mereka sambil tersenyum pahit untuk berkata "There is a reason behind all this".

Oh, aku sangat penat mengungkapkan kata-kata "Be strong", "Sabar", "Ada hikmah di sebalik kejadian itu." It hurts to be the one who sees all the pains and hurts, but have nothing to do to get things better.

Dalam diam, aku cuba untuk menyatukan mereka. Aku berangan, how sweet it would be if both of them are together. Aku anggap itu perkara mudah, lantaran mereka berdua hidup dalam dunia yang sama, dan menghadapi kegagalan yang serupa. Malah mereka terlebih dahulu mengenali sesama sendiri sebelum aku muncul dalam hidup mereka. Kerana itu aku membuat andaian bahawa mereka pasti mudah serasi dan berkongsi hati.

Tapi aku silap. Sangat silap. Mungkin benar, mereka berkongsi dunia yang sama. Mungkin benar, mereka menghadapi kegagalan yang serupa. Dan memang tidak dinafikan, mereka berkecimpung dalam gelanggang yang serupa.

Aku lupa satu perkara.

Jodoh pertemuan di tangan Tuhan.
Manusia hanya merancang, tapi segala pelaksanaan adalah atas kuasa Tuhan.

Hari ini, si Gadis sedang menghitung kebahagiaan apabila bertemu dengan seseorang yang selama ini di depan mata tapi tak terlihat olehnya. Seseorang yang sangat dekat dengan dirinya tapi tak pernah terfikir olehnya akan bersama. Seseorang yang akhirnya berjaya membuat dia tersenyum kembali dan bangkit dari segala durja.

Hello, Mr. Future! Terima kasih, kau buat kenalan aku ini kembali ceria.

Menoleh ke sisi yang lain, aku melihat Si Jejaka semakin keras hatinya. Siang dan malamnya kini hanya untuk kerja. Kerja. Kerja. Dan kerja lagi. Tidak peduli walau mata hanya dapat lelap ketika hampir dinihari. Tidak kisah walau badan penat dan otak sendat.

Kasihan! Apa perlukah kau kerja sekuat itu untuk melupakan sesuatu yang kau mahu lupakan. Sedangkan, kalau kau pusing-pusing jalan yang lalu hari-hari itu, tidak mungkin tidak, sesekali kau pasti akan terserempak dengan luluhan jiwa kau tu. Dunia ini kecil, kawan. Jangan menyeksa diri.

Bila kau cakap kau OK, aku tak tahu sama ada aku mahu percaya atau tidak. Mungkin benar kau OK. Aku harap kau tak tipu. Tapi kenapa suara kau semakin keras, jiwa kau semakin kebal? Aku risau, kawan!

Memang, jodoh di tangan Tuhan.
Kau cakap macam tu, aku tak katakan itu salah.

Tapi, kebahagiaan kalau tidak dicari, macam mana hati tidak sunyi dan sepi.
Memang ada yang dapat kebahagiaan yang bergolek datang kepadanya. Tapi berapa ramai manusia yang sebegitu bertuah? Buka hati dan jangan mati.

Sendiri mau ingat, kawan.

Oh, berbalik pada rancangan saya mahu menyatukan mereka berdua. Tak berhasil nampaknya. Tak mengapa. Bukan kuasa saya untuk menjodoh-jodohkan orang. Saya doakan kedua-dua mereka akan menemui bahagia pada jalan yang mereka pilih.

Juga doa saya semoga saya turut bahagia pada jalan yang saya pilih (suatu masa nanti)

(-_-')

Sunday, January 18, 2009

Falling Slowly

Did I mention that I have no idea of who sings Falling Slowly?
I do now. It's Glen Hansard, feat Marketa Irglova. And this song is an Academy Award winner!



Falling Slowly - Glen Hansard



I don't know you
But I want you
All the more for that
Words fall through me
And always fool me
And I can't react
And games that never amount
To more than they're meant
Will play themselves out


Take this sinking boat and point it home
We've still got time
Raise your hopeful voice you have a choice
You'll make it now


Falling slowly, eyes that know me
And I can't go back
Moods that take me and erase me
And I'm painted black


You have suffered enough
And warred with yourself
It's time that you won


Take this sinking boat and point it home
We've still got time
Raise your hopeful voice you had a choice
You've made it now


Falling slowly sing your melody
I'll sing along



Know which part I like the best?


"You have suffered enough
And warred with yourself
It's time that you won

Take this sinking boat and point it home
We've still got time
Raise your hopeful voice you had a choice
You've made it now"




Somehow I get the optimist feelings from that verses.

The thing is,I think I do agree with him. When we think that the whole world is against us, the real enemy is our own self, our own thought, our own heart. For we ourselves keep on believing that world is against us and that we are not strong to face it. We are actually having a great war and tremendous battle with ourselves.

However, we have to believe that even we thought we are sinking, bear in mind that we have NOT YET sink anyway. Just row the boat fast, and quicky go home. We might have time to save ourselves. Rather than letting the boat sink slowly into the deep water without doing anything and believing that there is no hope. The choice is in our hand. The same goes with our life.

Well, that is just an interpretation from my little thought. I do not know what the writer have in mind when he first wrote the song. I just know that I like it so much.

Oh, I am falling slowly!

Cheers!
(^_^)




Sunday, January 4, 2009

Quotes

" Trouble is a part of your life and if you don't share it, you don't give the person who loves you a chance to love you enough." - unknown

Aku jumpa ayat ni semasa menyelongkar blog entah siapa-siapa kat internet ni. Nampak je ayat ni, aku kaku jap kat page budak tu. Macam-macam benda tiba-tiba datang kat kepala otak aku.

TROUBLE. Memang benda yang kita nak elak sangat-sangat. Takde orang yang suka hidupnya dipenuhi ngan TROUBLE yang tidak berpenghujung. Tapi, macam yang tertulis kat ayat atas tu, TROUBLE memang adalah sebahagian daripada hidup. Tak lengkap kalau hidup tak pernah ditimpa TROUBLE. Tak sempurna rasanya kalau tak pernah merasa TROUBLE.

Once someone is willing share his/her TROUBLE with others, that means the he/she have a deep feeling of TRUST to that person. And when that other person help him/her to overcome the TROUBLE, that means they LOVE you. Setuju? Aku tak tahu. Terpulang pada anda.
Yang aku tahu, aku adalah manusia tidak sempurna yang kadangkala di atas dan kadangkala di bawah. Manusia kecil yang tidak akan pernah berjaya menduga apa yang akan berlaku hari esoknya. Sama ada dijengah TROUBLE atau tidak, aku berdoa kita semua akan memiliki kesudahan hari yang baik.


*Senyum*