H.E.L.L.O.

Monday, August 27, 2012

Road To JKDM: Part 1


It's official.
I am resigning from my current job.

Mula-mula nak tulis rasa serba salah je, sebabnya manpower pun boleh dikatakan satu issue jugak kat tempat kerja aku sekarang. Orang tak cukup, aku pula berenti kerja. Nak blogging pasal ni pun serba salah takut colleague sekarang cam touching kan. Eh, ada ke colleague aku baca blog ni? Tapi sebab benda dah pasti dan dah pun diketahui umum so here i am now, blogging about my new job! Peace yo!

Dulu (maksud aku sekarang dan untuk 2 minggu terakhir ini) aku kerja kat sebuah kilang semikonduktor, enjeneyor kata orang. Enjeneyor la sangat. Hahaha.
Lepas ni ( mulai bulan hadapan) aku akan bergelar seorang penjawat awam. Kat mana? Sendiri tengok tajuk entri ini dan fikirkan ya. Uniform aku nanti (ye, pakai uniform uols) kaler biru gelap. Dah dapat fikir apa dia?

Nak dijadikan cerita, nak dapat jawatan baru aku ni kena lalu macam-macam peringkat. Siapa biasa isi SPA tu biasa lah kot. Cam biasa ada 3 stage utk jawatan ini. Ujian bertulis, ujian penilaian kompetensi (fizikal + soft skills) dan temuduga. Meh nak cerita.

Stage 1 : Written exam.
Naik jenuh jari aku menulis. Ada 5 paper semuanya kalau tak silap. Not in order.

a. Matematik
Silibus SPM yang senang tapi oleh kerana masa yg diorang bagi memang singkat maka jadi gelabah tak tentu pasal tapi aku jawab sambil buat-buat kool jeh, mana yang tak sempat kira habis tu hantam sajorr

b. Kefahaman Bahasa Inggeris
Ni pun macam exam sekolah, silibus diorang takkan lebih daripada SPM punya silibus. Yang ni aku koolkan diri jugak menjawabnya

c. Pengetahuan am
Ok, siapa tak baca news, tak tengok news, online asyik tengok FB dan twitter aje, Youtube pun asyik tengok MV Kpop memanjang, jawabnya memang garu kepala la korang tengok soalan paper nih. Sila ambil tahu pasal Malaysia dan sila ambil tahu pasal Jabatan dan Kementerian berkaitan kalau nak maju dalam paper ini. Eh, tapi kan, soalan pertama paper ni dulu aku berjaya jawab dengan betul hasil daripada kegiatanku berchatting kat FB weh. Hehe. Kisahnya camni, adalah sorang brader nih, kira kawan la, dia cakap dia jadi wakil bertanding sukan kat Melaka untuk Pesta Sukan under Kementerian Kewangan. Aku cam blur. Eh, JKDM tu under Kementerian Kewangan ke? Dia cakap ye. Sekali aku gi test kan, soalan #1 tanya: JKDM berada di bawah kementerian apa? Perghh.. ada manfaat gak aku chatting ek =p

d. Karangan BM
Aku tak ingat aku buat karangan pasal apa. Ada soalan pasal integriti tapi aku tak pilih yang tu.Oh, aku dah ingat. Karangan pasal macam mana nak membanteras penyeludupan. =)

e. Karangan BI
Aku pilih untuk tulis karangan pasal perseverance yang diinspirasikan daripada head of dance instructor aku dan kesungguhannya utk organize first ever big-sized dance theatre production in Kuching. Thanks Studio 23. Memang bantu aku buat karangan. Hehe.

Alamak, cerita pasal stage 1 je dah berjela panjang...Camni aku sambung lain entry lah ye. Penat jari-jemari i menaip hehe..

P/s: dah tau JKDM tu apa? Dah banyak klu aku bagi tau. Uniform biru gelap, kementerian kewangan, soal integriti,  banteras penyeludupan. Dah tau dah? =)
  

Thursday, August 16, 2012

Rezeki Ramadhan

Alhamdulillah.
Allah tunaikan doa saya.

Syukur.

P/s: Lepas raya kita story-mory ya. 





Wednesday, August 15, 2012

Ramadhan and Aidilfitri

Sibuk sangat kah aku sampai update blog pun tak mampu? Huhu..

Pada kesempatan ini ,saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada readers. Ampun maaf kalau ada isi kandungan blog ni offended you in any way. Manalah tau kan.
Ramdhan masih berbaki beberapa hari saja lagi. Harapnya kita sama-sama gunakan kesempatan terakhir ini untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Saya ni pun lalai orangnya, so sama-samalah kita saling mengingati. =)
Raya tahun ni saya tak balik kampung. Sedih jugaklah. Tapi tak apa, sebab di sebalik setiap sesuatu perkara tentu ada hikmahnya kan. Korang yang balik kampung tu, pandu cermat jiwa selamat ok.

Salam Aidilfitri.
Maaf Zahir Batin.

iramahati