H.E.L.L.O.

Thursday, April 29, 2010

My Girls Tagged Me

I've never done tag in my blog before, as far as I could remember. People tag, I neglect. But not today.

2 of my Snoodies tagged me yesterday afternoon. Art and WanZu. And I miss them so much that I think I'm going to do the tag thingy now. Haha. Saja cari alasan untuk buat tag, sebab dulu saya pernah cakap yang saya tak mahu main tag dalam blog. Cakap tak serupa bikin betul...Tsk!

Here it goes......

Tagged #1:


1. Adakah anda rasa anda hot?
Hot? Panas? Bandaraya Kuching memang sangat panas hari ini so yes, saya hot. Haha.

2.Upload gambar kegemaran anda.
Saya ada banyak gambar kesukaan sampai saya tak tahu nak pilih yang mana. Ok, salah satu secara rawak. Saya suka gambar ini.




3.Cerita pasal gambar?
KLIA journey with Silky Siblings. One of the most spontaneous, unexpected and unforgettable moments of us together. Precious!!

4.Bila kali terakhir anda makan pizza?
Oh, dua malam lepas. Tapi not really makan la, saya mintak sikit je pizza dari pinggan kawan. Sekadar nak rasa.

5. Lagu terakhir yang anda dengar?
Cuba by Faizal Tahir. Teehee... That was the last song I heard, on the radio.

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
Tiada. Baru sudah membaca dan makan tengahari.


7. Selain nama sendiri anda dipanggil nama apa?
Nama sendiri jugak. Melody, Mell, Myn, Melly, Melo, Siti...Oh, does iramahati counts? If so, then saya juga dipanggil iramahati oleh sesetengah orang. Kan selain daripada nama sendiri tu. :)

8. Tag lagi 6 orang.
Kamu, awak, anda, hang, kitak, you yang rasa nak jawab tag ni. Dipersilakan.

9. Siapakah orang No.1 pada anda?
Alamak tak boleh jawab soalan ini pula kalau jawab soalan 8 seperti di atas. Mari kita repeat paper. Eh, maksud saya jawab semula.

8(ulangan). Tag lagi 6 orang.
Daoz, Azrul, Nyda, WanZu (walaupun dia yang tag saya, saya nak letak jugak nama dia kat sini), Zakiah, Hazirah.

9(ulangan). Siapakah orang No.1 pada anda?
Junior, brother, friend, geng, colleague (kira colleague la dulu kita kerjasama dalam kelab hihihi) and the list goes on. Hehe. In short, orang No.1 ini sangat saya rindukan. One of my Silky Siblings!

10.Kata sesuatu mengenai orang no.5.
Saya tertunggu-tunggu dia buat pengumuman bila dan dengan siapa dia bakal ditunangkan.

11.No.3 ada hubungan dengan siapa?
Haaaa..yang tu kenalah tuan punya badan yang jawab sendiri. Ehem. Zanida Zamani bila mahu buat press conference?

12. Bagaimana pula orang no. 4?
Bagaimana apa? Keliru lah soalan ini. Kalau jawab test, wajiblah dapat bonus mark untuk ini kerana soalan tidak jelas. Boleh saya ubahsuai soalan ini kepada "Bagaimana pula dengan status orang no. 4?". Ok. Jawapannya: Single and available. Ngeee~


13. Pesanan kepada orang no.6?
Cikgu Hazirah, jadilah guru yang mendidik dan memanusiakan, bukan sekadar mengajar budak-budak untuk lulus periksa. Wah, pesananku itu sungguh tak tahan. :p

14. Apa kelebihan yang anda nampak pada orang no.2 ini?
Dia lebih organized daripada aku.

Tagged #2:
A. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi tag ini.
Art: 1.bakal mengikat tali ehehehehemmm, 2.semakin hari semakin kiut kerana sudah hampir masa untuk mengikat tali ehehehemm, 3.semakin hari semakin tinggi, 4.semakin hari semakin nervous, 5.semakin hari semakin saya rindukan..sobsobsob
WanZu: 1.She is single 2.She is available 3.Dia suka membaca 4.Dia suka budak-budak 5.Dia pun saya sangat rindukan jugak..sobsobsob

B. Nyatakan 5 fakta diri sendiri sebelum memilih penerima TAG seterusnya.
Suka muzik, suka pentas, suka buku, suka nama diri sendiri, suka kamu (maksud saya, saya suka kamu sebab kamu baca blog saya yang merepek sangat ni, Terima kasih ya!)

C.Nyatakan hobi diri sendiri.
Muzik, pentas, buku, internet.

D.5 penerima TAG seterusnya:
Kamu, awak, anda, kitak, you yang rasa nak jawab tag ni. Dipersilakan.


Ok, dah habis.
TAMMAT.
Chill!!! (^_^)

Tuesday, April 27, 2010

Mahu Jadi Luar Biasa?

jika semua mahu jadi luar biasa
maka siapa yang tinggal untuk menjadi biasa?

usah berpayahan mencuba luar biasa demi menjadi lebih istimewa
jadilah kamu yang biasa, seadanya, sejujurnya
yang biasa itu tidak mustahil lebih istimewa di mata jiwanya

kerana bukan semua dambakan adiwira penyelamat dunia

maka, apa perlunya menjadi luar biasa
jika yang biasa itu sudah lebih daripada istimewa?


P/s : Gambar diculik daripada Encik Google.

P/s lagi: Lucu, aku selalu panggil Encik Google, Miss Youtube, Encik Facebook, Miss Gmail dan sebagainya. Ish ish ish I should stop doing this!


Friday, April 23, 2010

Raja Ego Ratu Emo

tersebut kisah seorang puteri yang impikan istana seperti dimimpi
mahunya bercahaya sentiasa, pintanya gelita tiada
udara dihirup berbau riang, biar jiwa tenang hati girang

malang
mereka pasangan yang punya seribu pincang
si raja teguh dengan ego

si ratu luluh dengan emo
pada mereka sudah jadi rutin hidup dan mereka kekal begitu



mereka raja ego dan ratu emo
bagaimana mungkin puteri temukan bahagia

dalam istana yang tiada cinta?

kasihan...



Tuesday, April 20, 2010

Menjadi Kedua

Ramai orang mahu jadi yang pertama.

Pertama dalam kelas.
Pertama mengelilingi dunia.
Pertama berlumba lari.
Pertama ke angkasaraya.
Pertama mendaki puncak gunung tertinggi di dunia.
Pertama di carta hits radio atau tv.
Pertama menyeberang lautan dengan sampan.
Pertama kelas ijazahnya di universiti.
Pertama dipuji ketua di pagi hari.
Pertama bangun pagi supaya tak berebut bilik mandi.
Pertama di hati si dia.
Pertama diambilkan pesanan di restoran.
Pertama diberanakkan oleh emak, supaya sentiasa dapat barang baru dan tak perlu gunapakai bekas abang kakak.
Pertama.

Pernah terfikir tak apa rasanya menjadi yang kedua?

Tertinggal.
Tidak dipeduli.
Diabaikan.
Sekadar persinggahan.
Lembab.
Insecure.
Pedih.
Kurang popular.
Pinggiran.
Kurang bijak.
Tidak penting.
Sakit.
Dan macam-macam rasa lagi.

Kau suka jadi yang pertama? Atau yang kedua? Atau tiada apa-apa?


Hadiah untuk diri sendiri

Bijau jadi lullaby saya malam ini.

Dah lama saya nak miliki Bijau (an EP album from a band called Rosin, formerly known as Radiostar, formed by Pot Amir the former member of Innuendo dan kawan-kawannya - just informing in case you don't know. Sebab ada seorang kawan tersilap andaian dan memikirkan Bijau itu adalah nama seorang jejaka. Haih. )


Indah!
Tak sabar tunggu Secawan Rosin pulak! ^_^



Sunday, April 11, 2010

April Yang Indah

I have not write and update for quite some time.
It was a happy beginning for April, I do not even know what to say.
Haha.


I got to meet my lovely Snoodies. The best way to begin the month of April. Snoodies..My best friends now and then. Not complete, only 7/10 were there for our small gathering on 02-04 April 2010, but that few days spent together was awesome indeed. Ahh...I miss my Snoodies. Kalau buat karangan sejarah salasilah Snoodies 10 hari 10 malam takkan habis. What can I say, I am so grateful to be given the chance to meet such good friends like them. Thank You Allah.


pic: Snoodies @ Putrajaya 030410


I also got the chance to spend a day with some of my Senandika Buddies. Senandika was my theatre gang back in university. With them, I can be whatever I want to be. Haha. Too bad I cannot meet all of the members, but it's ok. We'll meet again next time with more members, hopefully. (Especially the seniors, gosh I miss all the good times we had dahulukala. Juniors, no offence, I love u the same ok, it's just that we seniors ni emosi dan drama lebih sikit kot hahhaha you know us)

pic: Senandika (and alumni) @ Janda Baik 040410


I had a happy birthday celebration with Komiti gang. Komiti gang is buddies from my workplace. We differs from each other but somehow can get along well. Padahal masa mula-mula masuk kerja semua tak layan masing-masing sebab lain department lain syif lain geng. Tapi setelah bertahun terserempak kat lif, tangga, kafe mahupun melintas-lintas di meja ofis hanya setakat lalu tapi tak pandang pun (this is true for Aza hahahha), sekarang entah macam mana boleh jadi rapat aku pun tak tau hahaha.

(pic: Double Birthday Celebration for Xamree and Chino @ D11 Steamboat 100410)


Thanks for the great time together, friends!

Love you all!