Ada ke orang shopping tak suka dapat diskaun? Kalau aku, aku suka je orang nak bagi diskaun, jimat sikit duit. Minyak mahal sekarang. Ehh..
H.E.L.L.O.
Tuesday, November 14, 2017
Jom Dapatkan Diskaun Online Shopping!
Ada ke orang shopping tak suka dapat diskaun? Kalau aku, aku suka je orang nak bagi diskaun, jimat sikit duit. Minyak mahal sekarang. Ehh..
Friday, March 10, 2017
Shopping Barang Baby for Dummies 1.0
Hahaha tajuk kemain lagi. Maaflah korang, saya ni first timer mommy-to-be..noobs merata-rata. Kalau nak diikutkan dah lama jugak on hiatus berbloggin ni kan, tapi sejak-sejak aku preggy ni, memang rajin aku blogwalking blog mama-mama bloggers semua. Bukan apa, research katanya hikhikhik.
So, memandangkan aku newbies sangat sampai blur tak tau nak mula dari mana bab-bab prepare barang baby ni, so kebanyakan masa lunch break aku memang aku dok blogwalking je. Lagipun sekarang aku selalu order food delivery je untuk lunch, malas nk keluar sorang-sorang, so lepas aku makan dengan pantasnya, aku pun mula la skodeng blog mama-mama untuk baca sharing diorang camne nak mengharungi 9 bulan mengandung ni dengan jayanya. Lom masuk part beranak dan jaga baby selepas kelahiran lagi tu. Hehe..macam-macam sharing boleh dapat kat blog ni.
Hasil kajian aku (amboi kajian sangat), maka akhirnya dapatlah aku menyediakan checklist untuk prepare barang baby. Checklist sangat kan.
Wednesday, November 30, 2016
Keajaiban Dalam Diriku
Alkisahnya, setelah jiwaku bergejolak dan berperang dalam diri, aku memutuskan untuk menguji diriku sendiri. Yeah. Dan hasilnya?
Jengjengjeng!
Keajaiban Tuhan.
Dalam diriku kini ada makhluk lain yang sedang memulakan kehidupan.
Ok, nak nangis hahahhaha.
Tak tau nak cakap apa perasaan.
Nervous? Of course!
Excited? I am!
Takut? Risau? Semestinya!
1001 perasaan aku rasa, sampai aku pun tak tau dah apa yang aku rasa.
Apapun, bersyukur atas kurniaan rezeki ini.
Semoga semuanya akan selamat dan selamat dan selamat semuanya.
(Nampak tak aku nervous hahahha)
Cheers!
^_^
Friday, December 27, 2013
FunDance, Another Dance Scene
So after few weeks bermulalah FunDance di Angkasapuri setelah siri jelajah seluruh Malaysia untuk mencari kumpulan tari yang berpotensi tamat. Bermulalah siri aku menajdi pengunjung tetap Auditorium Perdana tu hehe.. Untuk minggu pertama ni takde tema lagi. Bebas jeh.
Friday, October 18, 2013
Short And Sweet Dance Malaysia 2013
Ok ok back to Short and Sweet 2013!!
Few categories: dance, theatre, musical, stand-up comedy and song. Aku follow kategori tarian je. Kalau nak follow semua kategori maknanya kopak la aku dibuatnya karang. Hehe. Plus, a good friend of mine joined the dance category! Hahaha, yer, bias di situ.
To cut it short, aku pergi masa Week 1 (saringan) dan Gala Nite (final). Week 2 (saringan) aku tak pergi. Personally, sebab aku belajar modern jazz masa kat Kuching before therefore aku memang suka giler tengok groups yang perform bits of contemporary and modern jazz, especially lyrical.
Among the dance routines that I enjoyed much were. Ada lebih lagi tapi aku malas nak copy paste pic banyak-banyak. Semua pics dalam entri ini adalah daripada http://shortandsweetmalaysia.blogspot.com

Monday, August 27, 2012
Road To JKDM: Part 1
It's official.
I am resigning from my current job.
Mula-mula nak tulis rasa serba salah je, sebabnya manpower pun boleh dikatakan satu issue jugak kat tempat kerja aku sekarang. Orang tak cukup, aku pula berenti kerja. Nak blogging pasal ni pun serba salah takut colleague sekarang cam touching kan. Eh, ada ke colleague aku baca blog ni? Tapi sebab benda dah pasti dan dah pun diketahui umum so here i am now, blogging about my new job! Peace yo!
Dulu (maksud aku sekarang dan untuk 2 minggu terakhir ini) aku kerja kat sebuah kilang semikonduktor, enjeneyor kata orang. Enjeneyor la sangat. Hahaha.
Lepas ni ( mulai bulan hadapan) aku akan bergelar seorang penjawat awam. Kat mana? Sendiri tengok tajuk entri ini dan fikirkan ya. Uniform aku nanti (ye, pakai uniform uols) kaler biru gelap. Dah dapat fikir apa dia?
Nak dijadikan cerita, nak dapat jawatan baru aku ni kena lalu macam-macam peringkat. Siapa biasa isi SPA tu biasa lah kot. Cam biasa ada 3 stage utk jawatan ini. Ujian bertulis, ujian penilaian kompetensi (fizikal + soft skills) dan temuduga. Meh nak cerita.
Stage 1 : Written exam.
Naik jenuh jari aku menulis. Ada 5 paper semuanya kalau tak silap. Not in order.
a. Matematik
Silibus SPM yang senang tapi oleh kerana masa yg diorang bagi memang singkat maka jadi gelabah tak tentu pasal tapi aku jawab sambil buat-buat kool jeh, mana yang tak sempat kira habis tu hantam sajorr
b. Kefahaman Bahasa Inggeris
Ni pun macam exam sekolah, silibus diorang takkan lebih daripada SPM punya silibus. Yang ni aku koolkan diri jugak menjawabnya
c. Pengetahuan am
Ok, siapa tak baca news, tak tengok news, online asyik tengok FB dan twitter aje, Youtube pun asyik tengok MV Kpop memanjang, jawabnya memang garu kepala la korang tengok soalan paper nih. Sila ambil tahu pasal Malaysia dan sila ambil tahu pasal Jabatan dan Kementerian berkaitan kalau nak maju dalam paper ini. Eh, tapi kan, soalan pertama paper ni dulu aku berjaya jawab dengan betul hasil daripada kegiatanku berchatting kat FB weh. Hehe. Kisahnya camni, adalah sorang brader nih, kira kawan la, dia cakap dia jadi wakil bertanding sukan kat Melaka untuk Pesta Sukan under Kementerian Kewangan. Aku cam blur. Eh, JKDM tu under Kementerian Kewangan ke? Dia cakap ye. Sekali aku gi test kan, soalan #1 tanya: JKDM berada di bawah kementerian apa? Perghh.. ada manfaat gak aku chatting ek =p
d. Karangan BM
Aku tak ingat aku buat karangan pasal apa. Ada soalan pasal integriti tapi aku tak pilih yang tu.Oh, aku dah ingat. Karangan pasal macam mana nak membanteras penyeludupan. =)
e. Karangan BI
Aku pilih untuk tulis karangan pasal perseverance yang diinspirasikan daripada head of dance instructor aku dan kesungguhannya utk organize first ever big-sized dance theatre production in Kuching. Thanks Studio 23. Memang bantu aku buat karangan. Hehe.
Alamak, cerita pasal stage 1 je dah berjela panjang...Camni aku sambung lain entry lah ye. Penat jari-jemari i menaip hehe..
P/s: dah tau JKDM tu apa? Dah banyak klu aku bagi tau. Uniform biru gelap, kementerian kewangan, soal integriti, banteras penyeludupan. Dah tau dah? =)
Thursday, July 21, 2011
Ayat Ayat Cinta Untuk Semua
Ada orang kata cinta itu berbisa.
Ada orang mudah mendapat cinta.
Ada orang payah disapa cinta.
Ada orang sentiasa mahu mencinta.
Ada orang tidak pernah ingin dicinta.
Cinta itu fitrah manusia. Pengertiannya luas. Walau kering selautan dakwat untuk kutulis ayat-ayat cinta, takkan pernah cukup untuk kugambarkan seluruh rasa.
Jemput singgah ke halaman AyatAyatCinta.net yang telah dilancarkan secara rasminya hari ini, 21 Julai 2011. Segalanya mengenai cinta di sana. Terima kasih.

And yeah, we are on FB page too!!
Click here to visit Ayat Ayat Cinta on FB .
Thanks for your support, peeps.
With lots and lots of love,
iramahati
Thursday, June 9, 2011
49 Days Lagi..
Entri sebelum ni, aku ada cerita serba sedikit pasal drama 49 Days ni kan. Pasal Shin Ji Hyun yang koma eksiden dan diberi peluang untuk 'kembali' ke kehidupan kalau dia berjaya dapatkan air mata kasih sayang yang ikhlas daripada 3 individu yang takde hubungan darah.
So, roh Ji Hyun pun pegi pinjam badan Song Yi Kyung semasa Yi Kyung sedang tidur untuk melaksanakan misi teardrops dia. Ya, memang tak masuk akal. Jadi kita yang dah diajar benda-benda yang sepatutnya kenalah tau filter ye. Nama pun drama fantasi. By the way, bukan ini yang aku nak bebelkan hari ini.
Masa Ji Hyun mula-mula dibagitahu dia kena cari 3 tears tu, dia kompiden giler dia boleh setel dalam masa yang singkat. Sebab dia ada tunang bernama Kang Min Ho yang cinta giler kat dia. (Emosi aku sedikit terganggu sebab tak tau kenapa aku nampak muka Min Ho Oppa ni macam muka Tomok. Tsk..Spoil spoil spoil...)
Dan dia ada 2 bestfriends Park Seo Woo dan Shin In Jung sejak dari zaman sekolah yang sayang giler kat dia. Tapi kan, dia tak tau tunang dia tu sebenarnya pakwe kepada 1 of bestfren dia. Siap komplot nak jatuhkan family dia. Masa episod 1 memang aku mati-mati kesian kat Min Ho dan bestfriend dia In Jung tu. Nangis tak berenti, makan tak lalu, tidur tak lena, sebab sedih mengenangkan Ji Hyun yang terlantar koma kat hospital. Rupanya semuanya palsu! Macam mana diorang boleh jadi camtu, korang tengok sendiri.
Sampai satu tahap, aku memang rasa emo giler. Just imagine, bestfriend bertahun-tahun, yang mak bapak korang anggap macam anak sendiri, siap dok serumah sebilik dan korang willing to share many things..rupanya selama ni plan nak jatuhkan ko dan family ko. Giler backstabber. Sayu aku tengok. Emo aku tau. Sedih sedih sedih. Pastu macam-macam lah benda yang berlaku. Konflik sana-sini. Masa dalam 49 days journey ni lah Ji Hyun akhirnya tau siapa yang betul-betul baik dan sayangkan dia seikhlas hati, dan siapa yang sebenarnya muka je nampak manis tapi dalam hati tak ikhlas pun.
Tapi kan, di akhir cerita, bila Ji Hyun berjaya kumpul 3 air mata kasih penuh ikhlas tu kan (ye akhirnya dia berjaya walaupun macam-macam konflik berlaku, kan aku dah cakap entri ni mengandungi spoiler), aku terkejut gak sikit la. Sebab tekaan aku miss...
Aku teka:
1. Han Kang (secret admirer Ji Hyun dari zaman high school) 2. Seo Woo (bestfriend kedua selain Shin In Jung si backstabber)
3. Song Yi Kyung (pemberi pinjam badan).

Tapi tekaanku silap.
Ternyata the last tears yang menyelamatkan Shin Ji Hyun adalah dari..........

And because of that reason, I love 49 Days more. Dan salah satu sebab aku ulangtonton cerita ni banyak kali (selain daripada subplot yang lain yang best jugak)
(Ya, mungkin aku berbunyi sedikit pathetic di sini. But yes, my hopes did rise back after I've watched this drama. Siapa yang tahu, tahulah kenapa. Tapi tak nak berharap lebih, nanti memakan diri.)
Friday, March 18, 2011
Wani Ardy's Melody as Melody's Remedy?
Mungkin sebab Wani dah balik Malaysia, for good. (Welcome home Wani!!) Atau mungkin sebab aku akan terlepas Wani Ardy's Homecoming Night kat Gravy Baby malam nanti.
Atau mungkin juga sebab aku sedang melalui moments yang kurang menarik sekarang. (Yang mana setiap kali aku down aku suka layan lagu Wani, terutama lagu-lagu dia zaman 2008 dan sebelumnya, entah kenapa)
Ingat Wani, teringat Hari Bintang Jatuh. I missed the event Mission Confession: Ke Hadapan Bintang Jatuh very much. Huhuhu..
Thursday, March 10, 2011
Jauh...
Thursday, December 16, 2010
Could This Be The Sign?
Looking back, it was scary.
Looking forward, it is risky.
But to freeze is tragedy.
I guess it is faith that I need for the moment.
P/s: This entry can have different meaning for different readers considering how many different surprises that had happened recently (I mean for those who personally know me, for those who doesn't, no big deal really). But actually, what I was trying to
Saturday, November 27, 2010
Would You Tell Me Your Secret?
Semua orang ada rahsia. Besar, kecil, baik, buruk, bersih, kotor, selagi kau simpan seorang dan kau tak berniat mahu kongsi dengan orang, tetaplah rahsia namanya. Walaupun setakat fakta kau nak makan coklat tapi kau tak mahu sebab kau takut gemuk, selagi tak beritahu orang, itu adalah rahsia kau.
Rahsia.
Bila seseorang dah amanahkan kau untuk simpan rahsia dia, maka kau kena simpan. Biar sekecil mana sekalipun, kau mesti simpan jugak. Sebab itu amanah yang dia dah turunkan pada kau. Jadi, kalau kawan kau larang kau beritahu mak dia yang dia balik lambat setiap hari sebab kerja sambilan kat kedai Ah Liong hujung kampung demi nak belikan baju kurung baru untuk harijadi mak dia, kau senyap.
Rahsia.
Tapi ada juga rahsia yang memakan diri. Kau simpan, kau sakit. Kau luah, kau sakit jugak. Jadi kau terhimpit. Kata orang ditelan mati emak, diluah mati bapak, dikulum dalam mulut pun mati anak. Jadi macam mana?
Rahsia.
Ada orang bila tak boleh simpan rahsia tapi tak boleh sebar rahsia, dia pergi cakap dengan pokok. Atau dengan kucing. Atau pada angin. Atau pada bulan. Sesetengahnya tulis atas kertas sampai puas, lepas tu carik-carik dan bakar jadi abu. Atau lipat jadi kapal dan pergi ke laut dan lepaskan ia dimakan ombak. Mungkin juga sumbat dalam belon dan lepaskan ia terbang ke langit tinggi.
Rahsia.
Ada yang hantar ke ruangan berkongsi rahsia secara rahsia.
Kamu? Kalau ada rahsia yang tak tertahan tapi tak terluahkan, kamu buat apa?
Tuesday, October 26, 2010
My Circadian Rhythm
Bila lena terjaga dan lihat jam dinding di angka dua
Does that means my Circadian rhythm is out of order?
Sigh~
Circadian rhythm adalah ritma semulajadi pada hidupan yang mana ia berulang setiap 24 jam. Korang tahu tak, bagi seorang dewasa, purata Circadian ryhthm kita adalah lebih kurang 24 jam 11 minit. Ini wikipedia yang bagitau aku. Benda ni dah built-in dalam badan kita. Tak kisah lah kat manusia ke haiwan ke tumbuhan ke, semua ada cycle masing-masing. Sebab itu kita mengantuk di malam hari dan terjaga di awal pagi. Sebab badan kita terima signal dari persekitaran dan pastikan kawalan tubuh kita berada pada perkara yang sepatutnya.
Tapi, bila ritma ni terganggu (macam aku sekarang ni kot), tu yang jadinya terjaga pukul 2am tak tahu nak buat apa ni. Haih. Blogging je lah jawabnya.
Wikipedia cakap, antara contoh circadian rhythm sleep disorders adalah:
a) Tidur awal sangat (Advanced sleep-phase syndrome, ASPS)
b) Tidur lewat sangat(Delayed sleep-phase syndrome, DSPS)
c) Tak tentu masa tidur dan jaga (Irregular sleep-wake disorder).
Korang selalu dengar orang jetlag? Haa..itu pun sama jugak, Circadian rhythm dia dah lari sikit sebab body clock hour dia masih ikut cycle kat tempat lama, tapi tempat baru tu mungkin berbeza banyak jam dengan tempat lama, tu yang jam badan pun jadi pening.
Aku tak pasti aku dalam kategori mana. Yang aku tau, aku mengantuk di petang hari dan aktif di tengah malam. Haih. Nocturnal? Whatever. Yeah, maybe it has something to do with my working lifestyle.
Ini adalah Circadian Cycle yang aku ambil dari Wikipedia

Ini pulak, adalah aku punya daily cycle. Fuh..korang nampak tak bezanya? Sobs..

Saturday, August 21, 2010
Tempat Asal Cinta seperti yang ditulis oleh Wani Ardy
Tempat Asal Cinta
by Syazwani Ardy on Friday, August 20, 2010 at 3:05pm
Pernah jatuh cinta dengan orang yang hatinya sudah berpunya?
Saya pernah. Lebih sekali. Saya percaya ramai di luar sana juga pernah. Normal bagi mereka yang tidak pernah, untuk menganggap golongan yang pernah ini sebagai gatal, atau sengaja, atau mencari fasal. Normal untuk kita berkata itu ini sebelum merasai. Manusia prejudis pada apa yang mereka tidak tahu dan skeptikal pada apa yang mereka tidak faham. Ini kelaziman kita semua. Jangan kecil hati.
Gatal, sengaja, atau mencari fasal - saya tidak akan mengiya atau menidakkan mana-mana. Boleh jadi tiga-tiga. Boleh jadi salah satu. Boleh jadi bukan langsung. Jangan bilang "kejinya, aku takkan buat begitu." Perjalanan hidup bukan semuanya dalam tangan kita untuk menentu.
Pada saya, mereka yang melalui pengalaman ini adalah golongan idealis (yang perlu direalistikkan), sedikit lemah (yang perlu dikuatkan), dan yang paling penting, terpilih oleh Allah untuk dihadapkan dengan ujian.
Kalau jatuh cinta dengan orang yang hatinya sudah berpunya itu dosa, kenapa Allah menghalalkan poligami? Fikir. Yang bikin dosa adalah perbuatan, bukan sangat perasaan.
Saya berani kata begini sebab saya banyak dosa.
Tapi itu cerita lain. Ini cerita kita-kita.
Selama hampir 26 tahun saya bernafas, mengutip pengalaman dari hidup sendiri, mengutip cerita dari hidup ratusan orang di sekeliling, saya semakin sedar, bahawa jatuh cinta adalah jatuh cinta.
Jatuh cinta setelah tahu dia sudah berpunya.
Jatuh cinta sebelum tahu dia sudah berpunya.
Jatuh cinta namun berpisah kerana hatinya diambil orang lain.
Jatuh cinta, berpisah, dia mula hidup baru dengan teman baru, namun kita masih terus menerus jatuh cinta.
Jatuh cinta adalah jatuh cinta. Titik.
Sakitnya mengetahui bahawa orang yang kita kasih itu mengasihi orang lain, atau terikat dengan orang lain, adalah sakit yang luar biasa. Bilamana dia itu suami/isteri orang, tunangan orang, atau kekasih orang, kita serta-merta mengarah hati kita supaya berhenti. Jangan sayang lagi. Tak boleh!
Hati tanya kenapa?
Kita jawab tak boleh.
Hati tanya kenapa?
Kita jawab tak boleh!
Setakat "tak boleh", lut ke?
Biasanya kalau ada rasa benci, akan lebih mudah untuk awak berhenti mengasihi. Kalau dia itu jahat orangnya, banyak buat salah, layan awak seperti sampah, adalah modal untuk membenci. Masalahnya dia baik (kalau jahat kenapa pula awak hendak jatuh cinta, betul?), dan dia tidak buat salah, dan dia tidak layan awak seperti sampah. Jadi modal untuk membenci tidak ada. Satu-satunya modal untuk berhenti ialah kekuatan diri awak sendiri. Iman. Nekad. Dua perkara itu paling payah hendak timbul bila sudah bertembung dengan hati yang sarat dengan nafsu hendak mencinta dan dicintai. (Dan orang gila mana yang tidak mahu mencinta dan dicintai?)
Hati dengan otak, manalah duduk sebelah-menyebelah.
Apa yang saya buat dahulu untuk memboloskan diri dari keadaan ini ialah, saya berserah. Bukan berserah sekadar di mulut, tapi betul-betul berserah. Tahun demi tahun, saya semakin sedar bahawa manusia bukan kepunyaan manusia. Pasangan kekasih bukan dimiliki satu sama lain. Pasangan tunangan bukan dimiliki satu sama lain. Suami isteri juga, bukan seratus-peratus dimiliki satu sama lain. Lelaki yang saya jatuh cinta itu bukan barang runcit, yang saya boleh curi-curi ambil dari troli orang lain. Kalau pun dia dengan saya, satu hari dia boleh pergi ke orang lain. Kalau pun dia dengan kekasihnya, satu hari dia tetap boleh pergi ke orang lain. Dia ada otak, ada hati, ada kaki; dia boleh ke mana-mana sesuka hati. Setiap manusia ada hak dan daya untuk memilih. Jadi apa makna "pemilikan"? Apa makna "kepunyaan"? Wujudkah "pemilikan" dan "kepunyaan" sesama manusia? Siapa yang benar-benar memegang otak, hati, kaki, seluruh anggota manusia tadi? Siapa yang ada kuasa total untuk mengawal semua ini?
Kawan saya kata, "tempat asal cinta ada satu saja."
Saya percaya, kita jumpa jodoh kita kalau kita mula mencinta dengan mencintai Allah. Saya bukan orang yang paling baik. Saya cuma tukang redha. Tukang berserah. Tukang sujud. Tukang tadah. Dan semua ini paling ketara bila saya paling susah. Saya bukan orang yang paling baik.
Cuma dalam situasi sebegini, saya ambil langkah pertama dengan berhenti berfikir, "Aku nak dia. Aku nak dia. Aku nak dia." Sebaliknya saya mula berfikir, "Terpulanglah, Allah. Apa saja yang Kau rasa baik untuk aku. Terpulanglah. Buatlah." Redha dan berserah pada mulut adalah sangat-sangat berbeza dengan redha dan berserah pada hati. Hanya bila ia terjadi pada hati, akan awak tahu bezanya. Percaya cakap saya; sangat-sangat besar bezanya.
Saya percaya jodoh itu misteri. Letaknya di tangan Allah, bukan manusia. Jangan biar manusia lain menetapkan definisi jodoh bagi kita. Jodoh itu bukan bererti jatuh cinta dengan orang bujang. Atau lelaki berkopiah. Atau wanita yang tidak pernah berbuat salah. Menjadi isteri kedua adalah jodoh. Menjadi isteri pada cikgu awak adalah jodoh. Berkahwin dengan office boy tempat awak bekerja adalah jodoh. Berkahwin dengan musuh awak zaman belajar dulu adalah jodoh. Berkahwin dengan janda adalah jodoh. Berkahwin dengan lelaki yang lebih muda adalah jodoh. Berkahwin dengan duda anak tiga juga tetap jodoh. Kerana jodoh itu bubuhnya di tangan Maha Pencipta, jadi ia boleh datang dalam macam-macam rupa.
Kalau kita betul-betul hendak tahu apa akhir cerita cinta kita,
kita kena berbalik pada tempat asal cinta itu.
Dan seperti kawan saya kata,
tempatnya cuma ada satu.
This is what Wani Ardy had posted on her FB notes. Dan saya salintampal di sini untuk kita kongsi kerana apa yang saya baca dan rasa terlalu mahal untuk saya simpan sendiri. Perkongsian untuk diri sendiri, keluarga, sahabat dan semua yang membaca. Such a meaningful post from her. Fikir-fikirkan.
Dan kepada kamu-yang-tak-perlu-disebutkan-namanya-di-sini, baca dan (harapnya mungkin) kamu akan faham apa yang saya maksudkan.
(Wani, you did it again.
Thanks)
Tuesday, July 20, 2010
Siapa Ada Setup Game SNOOD? Aku Nak!
Kenalkan, ini Snoods.

Aku rindu sangat nak battle game SNOOD ngan Snoodies. Ok, bukan battle lah sebab ni permainan persendirian, bukan game lawan-lawan macam Counter Strike tu. Maksud aku battle tadi, sebab kami Snoodies masing-masing cuba nak pecah rekod Hall of Fame tu supaya dapat jadi top scorer. Wah I really miss those days.. Sobs.
First time tengok game Snood ni memang mengata. Mana taknya, muka Snood tu hodoh seh! Nak tengok pun tak lalu. Tapi bila main, masyuk plak. Pastu bila dapat selesaikan level-level tertentu kan, Snood tu pergi keluarkan pantun hikmat dia. Memang sengal gak kadang-kadang pantun keramat game Snood tu. Nak quote aku tak ingat lah pulak. Tapi memang kadang tu tak boleh blah, tambah lagi dengan muzik latarbelakang dan muka hodoh (tapi bila tengok lama-lama macam comel lah pulak) Snood tu.
Nak pergi cari setup game ni dulu ya. Nak layan, sebab minggu depan nak pegi jumpa Snoodies, so nak tahan rindu sambil menghitung hari tu aku kena layan game Snood dulu. ^_^
Oh, untuk makluman Snoodies bukanlah seperti gambar Snoods di atas ye.
Ini barulah dia Snoodies kesayangan. (",)

Gelap dan kabur gambar ni, tapi takpe sebab kami low profile. Hehe. Gambar masa zaman universiti. Masa tu belum mampu nak ada kamera canggih lagi. Muka pun muka budak-budak. Tapi layan je lah ye, sebab ni je gambar lengkap bersepuluh yang ada dalam simpanan aku.
InsyaAllah, kalau apa yang dirancang diperkenankan Yang Maha Kuasa, minggu depan kami akan bertemu kembali lengkap 10 orang. Untuk pertama kali semenjak graduasi. *berdebar*
Ya betul, kami tak pernah berkesempatan nak jumpa lengkap 10 orang *sayu*. Paling ramai pun yang pernah berjaya dikumpulkan setakat ni 7 orang je dalam siri small Snoodies gatherings sebelum ni.
Korang yang baca ni, doakan aku dapat jumpa 9 orang sahabat aku ni ya. Terima kasih.
Ok, back to my Q. Siapa ada setup game Snood? Aku nak!!!
Wednesday, June 30, 2010
Wednesday, June 16, 2010
Teori Si Budak Kecil : Ke Mana Abang Saya Menghilang?
Masa darjah 1 dulu, saya ada satu geng. Ini geng tadika dan jumpa balik semasa darjah 1. Senang sikit saya masuk sekolah rendah sebab dah ada geng. Tak adalah kes mak saya kena tunggu di tepi tingkap. Dalam ramai-ramai geng ni, salah seorangnya, yang juga merupakan jiran sekampung saya, ada abang yang sama umur dengan si Bob pembuli tu. Abang kawan saya nilah yang selalu jaga kami masa kecil dulu. Well, actually dia jaga adik dia lah kan tapi sebab saya satu geng adik dia, tambahan kami jiran sekampung dan rumah dekat jadi secara tak langsung, saya rasa macam saya pun kena jaga jugak la. Haha.
Saya paling ingat ada suatu hari saya rasa macam nak nangis je sebab waktu rehat dah nak habis tapi saya tak boleh nak minum air Ribena botol yang mak saya suruh bawak pegi sekolah. Sebab apa? Sebab botol Ribena tu punyalah payah nak buka penutup dia. Sepanjang waktu rehat saya dan kawan-kawan saya cuba pulas penutup botol tu tapi masing-masing tak berjaya. Saya sedih sangat masa tu sebab air Ribena yang sedap tu saya tak boleh minum, waktu rehat pulak dah nak tamat. Tapi, entah dari mana, tiba-tiba abang kawan saya tu datang kelas kami dan dia tolong saya buka penutup botol tersebut. Saya bukan main gembira lagi. Terus dia jadi superhero di hati saya. Haha.
Sejak tu jugak, saya semakin mahukan seorang abang. Saya membesar dengan suatu kepercayaan yang saya memang ada abang, and he is somewhere out there. What's more, I even made theories on "Di Mana Abang Saya" semasa kecil dahulu. (T___T)
It used to be something very personal for me during my school days. Jarang kot saya share dengan orang pasal "Teori Kewujudan Abang Saya". Hanya beberapa orang saja yang pernah baca/diberitahu pasal teori-teori ni. Tapi sekarang ni bila fikir balik pasal teori tu, memang mengarut giler lah!! Mengarut tahap langit ke-7. (-_-')
Ada masa nanti saya share Teori Kewujudan Abang Saya tersebut di sini. Haha. Memang teori yang entah apa-apa.
P/s: I still want my own big brother nowadays (I do! I really do!!), tapi saya taklah semengarut masa saya kecik dulu yang tak boleh terima hakikat saya anak sulung siap buat teori kewujudan abang sebab percaya saya ada abang kat luar sana. Kecik-kecik dah in denial. Haih. Sekarang dah besar, dah boleh terima kenyataan yang saya tak mungkin ada abang kandung. Hehe.
(Tapi, tak pernah pulak buat teori kewujudan kakak. Kecik-kecik dah bias. Hahhahaha.)
Sunday, June 13, 2010
Geram: The Return
Tak sukalah macam ni.
Argh...Geram betul dengan budak bawah umur yang konon tahu semua tapi sebenarnya baru nak pijak dunia. Bertambah geram bila ada yang dah terlebih umur buat perangai macam budak baru jumpa dunia padahal usia dah tak muda!!!
Eeee... geram!!!!!
(P/s: Nak Snoodies.....sobsobsobsobsobsob)
Thursday, June 3, 2010
Hope

"We could cry blood but we're never lack of hope."- Wani Ardy
Ya, jangan putus harap. Doakan saja segalanya selamat.

Tuhan,
Aku belum cukup amalan untuk memohon Kau kabulkan doaku
Aku belum cukup amalan untuk mengharapkan Kau mendengar rintihku
Aku malah kosong, tiada layak mahu meminta-minta kepadaMu
Aku hanya punya sekelumit rasa dalam diri kerdil aku
Kumohon padaMu, selamatkan mereka.
Amin.
(iramahati: Mudah-mudahan segala yang berlaku di luar sana dapat aku jadikan iktibar. Semoga Kau kurniakan kepadaku Nur dan dibukakan kepadaku pintu hidayahMu.
Kerana aku sedar, aku sangat beruntung berbanding mereka yang hidup bertemankan huru-hara, tapi aku sering lupa padaMu)