H.E.L.L.O.

Tuesday, February 14, 2017

Simpanan Emas GAP Public Gold

Dah nak jadi mak mak ni, saya makin sedar diri untuk menyimpan bagi masa hadapan, memikirkan nanti anak nak masuk taska, pastu nak masuk sekolah, kemudian masuk kolej dan universiti yada yada yada..Hehehhe awal plak memikirnya, anak pun blom keluar dari perut mama lagi. *excited*

Bukan apa, kata orang sediakan payung sebelum hujan, ye tak?

Sebab tu, selain daripada menyediakan simpanan dalam bentuk "wang", saya juga menukar sebahagian simpanan bulanan saya dalam bentuk "emas".

Sebab tu saya buka akaun GAP (Gold Accumulation Program). Mudah.


14/02/2017, harga 1 gram GAP = RM 189
(Harga GAP dikemaskini sekali sehari setiap 12.00am)
((Semalam 13/02/2017, harga 1 gram GAP = RM 190))
(((Esok? Lusa? Bulan depan? Tahun depan?)))


Kenapa saya menyimpan dalam akaun GAP?

kredit: Hafizul Hakim
Nak buka akaun GAP?
Hubungi saya.



Mengapa EMAS?

  •  ELAK KEBOCORAN SIMPANAN
Kalau menyimpan di dalam bank semata-mata, hanya dengan sekali swipe kad debit ataupun sekali klik pada portal bank pun kita dah boleh TERbelanja cash yang ada kalau tak kuat iman nengok iklan shopping online. Haa, bukan yang perempuan je suka shopping online tau, lelaki pun sama serupa. 

Jadinya, kalau dah tukar simpanan cash dalam bentuk EMAS, takde la senang sangat kita nak shopping online benda yang bukan-bukan. Normallah orang zaman sekarang ni, kalah dengan bermacam offer dan promosi online shopping! Maklomlah semua di hujung jari. Hehehe...

  • KALIS INFLASI
Dah namanya saving@simpanan, haruslah bukan diniatkan untuk simpan hari ni dan withdraw semula esok, kan? kan? Mungkin untuk kegunaan di waktu sesak pada masa hadapan. I will still have the same amount of GOLD then, tapi bila nilainya ditukarkan dalam bentuk wang ringgit, adakah sama nilai 1gram sekarang dengan nilai 1gram pada 10 tahun akan datang?

Tengok nasik lemak yang kita makan sarapan pagi tadi pun dah cukup. Masa kecik dulu 20 sen, 50 sen masih boleh dapat nasik lemak sedap. Sekarang jangan harap la nasik lemak harga sen sen. Yang harga seringgit pun nasik lemak kosong saja. 

  • DITERIMA SECARA MELUAS DAN GLOBAL
Well, boleh dikatakan EMAS ni kalau nak jual, laku di mana sahaja seluruh dunia. Beli EMAS kat Malaysia, pastu awak bercuti melancong kat luar negara. Nak dijadikan cerita..kecemasan! Dompet awak tercicir pulak dan awak dah takde duit. Boleh saja awak pergi ke kedai emas di negara Eropah tu untuk menjual emas yang awak ada tu untuk mendapatkan wang segera.

Tapi kalau awak pergi ke luar negara bawak RM lupa nak convert currency local, agak-agak mereka nak terima tak RM awak tu untuk sebarang pembelian dan pembayaran?



Renung-renungkan.
^_^