H.E.L.L.O.
Thursday, April 11, 2019
Aku Yang Pernah Menulis
Dah April 2019. Dah lama tak menconteng blog.
On and off, tapi umpamanya lebih berat kepada off. Hehe
Entah macam mana terjumpa link zaman gila meluah rasa melalui tinta dan kata.
Tak sangka pulak dulu aku begini. Acah deep. Hahaha.
Layankan saja lah.
(KLIK SINI UNTUK PUISI PANTAS PENDEK MELODY M. DAHULU)
Thursday, August 28, 2014
Hasrat
Membaris kata menyusun bicara
Tegaplah diwarkah
Tetapkah diendah?
Thursday, May 2, 2013
Cantuman Mimpi

Buku Cantuman Mimpi, antara hasil pancingan aku di Pesta Buku Antarabangsa KL kat PWTC semalam. Tertarik pada judulnya, plus ada juga mengandungi proses kreatif dan skrip filem pendek. Aku memang layan benda camni.
Reaching home, I somehow made my own version of Cantuman Mimpi, a humble poem if I may call it so. Lama tak menulis kan. Macam buruk je poems aku sekarang. (Bajet dulu punya poems best ke Mel oii.. Hhehe..
CANTUMAN MIMPI
Tak semua mimpi indah
Tak semua mimpi menggundah
Cantumkan segala mimpimu
Dan bawa ia ke alam jagamu
Semoga hari yg dilalui makin bererti
Dan aku,
Cantuman mimpiku
Di suatu ruangnya ada kamu
Tampillah di jagaku, pasti aku menjagamu.
-iramahati-
P/S: Pesta Buku Antarabangsa KL #PBAKL #KLIBF masih berlangsung sampai 5 Mei 2013 kat PWTC. Lai lai lai!
Wednesday, June 6, 2012
Kebas
Panas
Sejuk
Hangat
Dingin
Tiada rasa
Hati aku kebas
Hiris
Luka
Racun
Bisa
Toreh saja
Hati aku sudah kebas
Sejak kau kebas mimpi aku untuk kau simpan sendiri.
Sunday, April 3, 2011
Thursday, November 25, 2010
Gelas Kertas Separuh Penuh
Usai hirupan pertama, dia bertanya.
Ingat lagi masa aku hulurkan gelas kaca separuh penuh di atas meja?
Aku pandang dia. Lama, baru aku bersuara.
Kau masih tak lupa?
Senyum kelat. Lama, baru dia membalas kata.
Bagaimana mungkin lupa? Sampai tika ini kau masih berhutang padaku jawapannya.
Dia kemudian diam. Lama. Aku masih bungkam. Lama.
Yang kedengaran cuma hela nafas yang dalam.
Selang beberapa ketika, aku ambil gelas kertas di tangannya. Air bikarbonat sudah separuh habis membasah tekak. Aku unjuk depan matanya sambil tarik nafas panjang.
Ini aku.
Jeda. Sepi tanpa suara. Dia kerut dahi tanda kurang faham.
Aku pandang mata dia.
Gelas kertas ini umpama hati aku.
Mudah koyak.
Mudah renyuk.
Mudah rosak.
Tuangkan air panas mendidih, tak sesuai.
Tuangkan air sejuk mengaisbeku juga tak sesuai.
Terkena kotoran tak mudah dicuci..
.
.
Dan bebelanku seakan tiada penghujung, hingga akhirnya dia hentikan aku daripada terus bicara. Dia kata pada aku. Gelas kaca, gelas kertas, gelas jenis apa sekalipun, bukan itu yang utama pentingnya. Tapi isinya.
Kamu.
Dan sekali lagi, aku hanya mampu terdiam menunduk.
Nota pendek: Teringat Gelas Kaca Separuh Penuh.
Sunday, July 25, 2010
Minggu Hadapan...
Rentas awan.
Dakap kenangan.
Terbang.
Rentas lautan.
Peluk kerinduan.
Tuhan,
Restui kami bersatu kembali
(P/s: Aku sudah tidak keruan menghitung hari bertemu Snoodies)
Friday, May 7, 2010
Cintaku Berputik Seorang Diri
Cintaku Berputik Seorang Diri
tiada nada tiada irama
untuk ku bikin lagu buatmu
tiada kata bisa kubicara
untuk ku ungkap kasih buatmu
aku tetap aku
pemuja bisu, si gadis kelu
dan kamu masih kamu
putera idaman kalbuku selalu
fahamkah kau puteraku, isi hatiku?
korus:
cintaku berputik seorang diri
rahsia hatiku tak siapa tahu
cintaku berputik seorang diri
rasa hatiku kau tak pernah tahu
sampai bila kan ku mampu
sembunyi rasa ini
oh..cintaku berputik seorang diri
(muzik)
ulang korus
aku tetap aku
pemuja bisu diam merindu
menanti putera fahami maksudku....
Okeh Cik Wanzu, assignment saya untuk minggu ini, siap! ^____^
Oh ya peeps, harap maaf atas kualiti yang tidak seberapa, kerana request datang mengejut, deadline hampir tamat, and i am not quite in my best mood to write beautifully, or soulfully (perkataan ini wujud kah?).
Mula-mula nak guna alasan writer's block untuk mengelat dengan requestor, tapi Dr Freiman cakap there is no such thing as writer's block ever exist, jadi saya tulis saja. Oh my, apa yang saya membebel ni? Sorry. Ok, I'm out. Daaa.....
Tuesday, April 27, 2010
Mahu Jadi Luar Biasa?
maka siapa yang tinggal untuk menjadi biasa?
usah berpayahan mencuba luar biasa demi menjadi lebih istimewa
jadilah kamu yang biasa, seadanya, sejujurnya
yang biasa itu tidak mustahil lebih istimewa di mata jiwanya
kerana bukan semua dambakan adiwira penyelamat dunia
maka, apa perlunya menjadi luar biasa
jika yang biasa itu sudah lebih daripada istimewa?

P/s : Gambar diculik daripada Encik Google.
P/s lagi: Lucu, aku selalu panggil Encik Google, Miss Youtube, Encik Facebook, Miss Gmail dan sebagainya. Ish ish ish I should stop doing this!
Friday, April 23, 2010
Raja Ego Ratu Emo
mahunya bercahaya sentiasa, pintanya gelita tiada
udara dihirup berbau riang, biar jiwa tenang hati girang
malang
mereka pasangan yang punya seribu pincang
si raja teguh dengan ego
si ratu luluh dengan emo
pada mereka sudah jadi rutin hidup dan mereka kekal begitu
mereka raja ego dan ratu emo
bagaimana mungkin puteri temukan bahagia
dalam istana yang tiada cinta?
kasihan...
Tuesday, March 2, 2010
It's Evacuation Alarm!
Evacuation!
Lama dia renung lampu merah yang berkelip-kelip itu. Bising penggera sudah semacam tidak terkesan di telinganya. Apatah lagi jeritan mereka yang bertempiaran.
"Keluar!"
"Kosongkan ruang ini!"
"Bahaya!"
Manusia sekeliling makin surut di sebalik pintu keluar. Dia pandang saja, tindakannya tiada. Seorang rakan datang menarik tangannya, mahu membawa keluar. Dia tepis.
"Kalau kau tak keluar sekarang, mungkin boleh mati!" Kata si rakan. Dia geleng kepala. Degil. Nasihat si rakan dipandang sepi begitu sahaja.
Penggera masih berbunyi. Lampu merah masih bernyala. Dan dia masih di dalam ruang itu, membiarkan diri terperangkap dengan rela, biarpun dia sedar akibat buruk yang bakal menyapa.
Nafasnya menyesak. Dada terasa sempit. Kepala memberat. Pandangan berpinar. Sakit! Tapi dia masih enggan keluar dari situ.
Sedaya mungkin dia cuba bertahan. Bernafas walau hampir lemas. Dia pandang keliling. Aneh. Dia bukan berada di tempat dia berada tadi. Bukan.
Dia kini berada di ruang lain bergelar hati.
Penggera masih berbunyi. Lampu merah masih berapi. Dan dia masih tiada ingin mahu meloloskan diri dari sekeping hati yang dia mahu benci.
(p/s: this was inspired by the real evacuation alarm at my workplace this evening)
Saturday, February 27, 2010
3 Jam Di Hadapanku
buku nota maya dibuka
panah dan busur halwa telinga
pekat malam di mana pandangku harus membuta
namanya yang terlayang di minda
lagunya yang tersiul di jiwa
aneh
*geleng kepala*
sampai saat ini aku tak bisa beritahu bagaimana anehnya
rindu pada wajah yang tidak pernah bersua
rindu tulisan penuh warna-warni di pulau pelanginya
rindu suara yang singgah di telinga tanpa tuannya ada
memang aneh
dan masih aku di hadapan buku nota maya
merenung dalam ke setiap bait tulisannya
panah dan busur sudah berganti nada
giliran tape, happy dan please memanah jiwa
untuk dia yang tiga jam di hadapan masaku
sumber inspirasi dan kekuatan hatiku
semoga kau baik-baik saja di sana
suatu ketika nanti bila kau kembali ke tanahair tercinta
aku berdoa kita bisa mengira bintang jatuh bersama
*senyum*

Ini gambar Wani Ardy kat event "Hari Bintang Jatuh 2008", itulah kali pertama aku kenal siapa dia, hampir 2 tahun lepas. I'm so grateful I figured her out that year, because since then she had helped me a lot in a way that neither of us can really explain. *smile*
I hope, there will be another Hari Bintang Jatuh someday. Probably not this year as she is currently away. But I do really hope there will be one that I can actually attend someday. InsyaAllah.
updated (27th March,2010) : I just found out that her time should be 3 hours ahead of us in Malaysia, not 3 hours behind. Maka, instead of "3 Jam Di Belakangku", this poem should actually be "3 Jam Di Hadapanku", thus I edited some parts of the poem. Huhu, looks like I've got to take extra world geography class, huh?
Monday, February 8, 2010
Hati Terpakai

Dia kata dia mahu cari hati terpakai
untuk dia sayang, untuk dia belai
Lalu aku tanyakan padanya
"Kenapa hati terpakai?"
Jawabnya
"Kerana ia tahu bagaimana pedihnya kecewa, macam aku.
Kerana ia tahu bagaimana sakit ditinggalkan, macam aku
Kerana ia pernah merasa segala macam kesedihan, macam aku.
Dan ia tentu tak mahu jadi penghancur, seperti mereka sebelum ini.
Maka hatinya yang sudah tinggal separuh itu boleh aku penuhkan dengan hatiku yang juga tinggal separuh ini."
Aku diam.
Friday, January 8, 2010
Bebas
Monday, October 26, 2009
Kejar
Sunday, October 25, 2009
Ralat
Saling melengkapi
Tika semua berada di tempat duduk letaknya
Sempurna
Seperti garis selari
Sehaluan
Sejalan
Beriringan
Malangnya tak ada titik pertemuan
Kasihan bukan?
Sunday, September 6, 2009
Thursday, July 16, 2009
Hujung
Memutus hubung dua dunia
Mengakhir hirup udara
Hujung jalan untuk dia
Bagimu esok masih ada
Terus tapakkan langkah
Menoleh boleh, mengundur tersungkur
Mengenang jangan sampai bergenang
Terus tapakkan langkah
Dia pasti bahagia didakap kasih Tuhan
Hujung untuknya, untukmu bukan
Belum masanya
Untuk kamu, lapangkan dada, redhakan segala. Kerana dia kini dalam dakapan kasih Tuhan, insyaAllah. Satu masa nanti kamu pasti bertemu dia kembali.
Al-Fatihah.
Sunday, July 5, 2009
Seperti Selalu...
Kau buat aku mual
Kau buat aku muntah
Mata berpinar, kepala berputar
Aku langsung jadi pusing dan pening
Aku hilang kawal, terumbang-ambing
Seperti selalu
Kau buat aku melaung raung
Aku seolah dilempar ke udara, dihumban ke gaung
Dan tidak pernah sekali pun kau peduli rasa yang kutanggung
Malah kau terus menggila ganas melambung
Hingga aku rasakan duniaku seakan sampai penghujung
Sesekali
Kau jadi tenang
Dan untuk sesaat dua aku jadi bahagia melihat indahnya dunia dari atas sana
Namun tawa dan senyum tidak singgah lama
Kau kembali bertukar menjadi puting beliung
Aku kembali bingung!
Seperti selalu
Bagaimana teruk sekalipun kau sudahi semua ini
Bagaimana teruk sekalipun aku di hujung hari
Aku tidak pernah sesal
Aku tidak pernah serik
Dan tidak mungkin aku mahu membenci
Biarpun aku akhirnya berlalu pergi
Namun aku pasti akan kembali
Seperti selalu
Untukmu
Wahai Roller Coaster!
Thursday, June 4, 2009
Shhh...
