H.E.L.L.O.

Showing posts with label Teater. Show all posts
Showing posts with label Teater. Show all posts

Monday, July 7, 2014

Mud the Musical. Syiok oi! #MUDKL

Semalam pegi tengok preview musikal Mud dengan kawan-kawan kat Panggung Bandaraya KL. Memang superb lah. Dengar nama produksi dia pun korang dah bleh agak level performance diorang camne kot. Enfiniti punya show babe. Mau tak meletop.


(gambo kidnapped dari website Mud KL )

So MUD (ataupun bahasa melayunya bermaksud lumpur) ni mengisahkan tentang Kuala Lumpur pada suatu masa dahulu. Kira zaman tok moyang kita dulu-dulu la. Tahun 1880 gitu. Camne kisah Kuala Lumpur yg mula dibuka, pastu ada 3 sekawan Mamat, Meng dan Muthia (1 Malaysia occay). Camne citer 3 sekawan ni mengharungi kehidupan di Kuala Lumpur bagai. Nak citer lebih-lebih tak syiok. Pegi tengok sendiri. 

Oleh kerana ni persembahan musikal, so memang banyak lagu la. Tapi best lah lagu-lagu dia. Suara Teja (watak isteri Mamat) sedap ya amat. Nak nangis aku bila part Teja nyanyi sedih tu. Oh, by the way, yang menariknya, para penonton juga diajak untuk ambil bahagian dalam show ni. Tu satu yang aku suka tu. Tapi sebab semalam aku dok seat di tengah-tengah alam, memang payah sket la nak gedik-gedik join the scene. Sapa duk seat tepi-tepi tu bleh la join. Haa..join jadi watak apa? Kena datang sendiri occay! Hehehe..

OKlah, nak tau lebih lanjut korang bleh pegi usha kat http://mudkl.com/ orite. Kalau yg berkesempatan tu, ajaklah kawan-kawan ramai-ramai tengok. Hehhe.. aku takde la kaitan ngn sesapa kat show ni *ahem* tapi aku nak suruh korang tengok sebab nak korang rasai keseronokan aku menonton musikal MUD ini. Korang tau tak masa part Kuala Lumpur dilanda banjir ( i hope this is not a spoiler) aku pun sama rasa nak lari sebab takut tenggelam hahhahaha ^_^''

Last but not least, some pics aftershow. Hehhehe.. Masa show dilarang amik pic. 

Bergambar atas pentas background Bgnn Sultan Abdul Samad.
Bersama watak Mamat, kira main character la.
Ni Teja, isteri Mamat. Suara merdu sungguh.
Producer of the show, Datin Seri Tiara Jacquelina :)

Overall, 4 bintang la. Lagi satu bintang hilang kat kostum sesetengah pelakon. Cekciii...kurang pahala posa aku semalam. *sweating*

P/s: Sepanjang bulan Ramadhan, showtime 3pm daily je. Lepas raya baru resume balik showtime 3pm dan 8.30pm daily. Tayangan berlangsung sehingga Disember kalau tak silap aku. Sempat sangat la kalau nak cari masa untuk datang tengok.

Cheers!
And Salam Ramadhan readers!


Thursday, March 26, 2009

TERUK aku kena TAMBAT KAKI kat KERUSI. Beri aku UBAT!

Tiba-tiba aku rasa sangat rindu pada Kumpulan Teater Senandika. Sangat sangat sangat saaaaangaaaat rindu!!!

Mungkin ramai yang tak tahu aku pernah bergiat dalam bidang drama/teater. Takdelah gempak mana pun, hanya aktif di universiti. Tak begitu berpeluang untuk meneroka dunia teater luar daripada lingkungan universiti sebab pada masa tu, drama/teater di tempat kami baru nak mula hidup. Bak kata orang, umpamanya kami tiba di hutan belantara yang tebal, dengan berbekalkan parang di tangan. Baru nak rentas denai, tebang pokok, cari kayu buat pondok. Dalam hutan tu ada harimau pulak tu!

Sakit! Memang sakit sangat masa tu. Aktiviti seni (terutamanya kami dari kumpulan drama/teater) masih menjadi suatu taboo bagi kebanyakan orang di tempat kami belajar ni. Setiap kali kami usahakan untuk mementaskan sesuatu, pasti ada saja yang tak kena di mata mereka. Ada saja yang tak baik di mata mereka.


Tapi kami tak kisah. Sebab kami tahu apa niat dan tujuan kami untuk bergiat dalam bidang ni. Jadi kami usahakan juga. Biarlah susah macam mana pun, sebab kami betul-betul dah jatuh cinta kat benda ni, kami buat juga. Muka kami memang dah macam wanted dah di kalangan mereka sebagai sekumpulan pelajar yang tak makan saman. Mereka anggap kumpulan kami ini sebagai perosak moral dan tidak seharusnya dijadikan contoh dalam membina insan bersahsiah tinggi. (Ok,tak semua macam tu. Masih ada insan-insan baik hati yang sedia menyokong kami dari atas. Terima kasih!)

Entahlah. Macam-macam kerenah. Walaupun tak semuanya betul, tapi kalau dah persepsi orang macam tu nak buat macam mana kan. Terpulang kepada kami untuk membuktikan bahawa apa yang mereka katakan tu tak benar. Kami kena buktikan yang kami pun boleh berdiri sendiri. Kami kena buktikan yang dunia kami ni bukan seteruk yang mereka katakan. Bukan seliar yang mereka fikirkan. Kami kena tunjukkan yang kami adalah diri kami sendiri. Kami kena buktikan kami juga bukan setakat boleh menghibur tetapi kami juga boleh mendidik dan mengajar audiens. Kami kena jadi contoh pada adik-adik yang meletakkan harapan pada kami untuk menyediakan ruang mereka bernafas dalam bidang ni.


Hmm..nak cerita memang panjang. Dan setiap kali aku teringat suka-duka perjalanan tu, aku memang tak boleh tahan. Banyak sangat kenangannya pahit manis kehidupan anak seni yang cuba bernafas di kalangan orang-orang yang sungguh teknikal dan professional lah kononnya (Eh, aku pun dah termasuk dlm golongan yang so called teknikal dan professional tu ke sekarang? Huhu).


Ok, aku ni bukanlah seni sangat pun. Emo je lebih. Haha. Tapi, politik kampus memang memeningkan. Mujur kami ada survival skills yang tinggi. Kalau tak, mungkin akan terkubur lagi untuk kedua kali. Membangunkan sesuatu yang totally baru mungkin sukar, tapi lebih sukar lagi bila nak membina semula sesuatu yang pernah jatuh tersungkur dan terkubur.

Eh, aku dah cakap banyak la pulak dalam entri kali ni. Sebenarnya, aku cuma nak katakan yang aku sangat rindu pada Senandika. Main point pendek je. Aku rindu Senandika. Tapi panjang lah pulak cerita yang entah apa-apa kat atas tu kan. Hehe. Maaflah, emosi sekejap. (Kan aku dah cakap, aku ni emosi je lebih? Haha)

Aku rindu Senandika sebab ini. (Sila klik di sini)

Buat aku teringat saat-saat aku berada dalam situasi mereka ketika ini. Pasti mereka sedang gigih berjuang sekarang, kan?

"TERUK aku kena TAMBAT KAKI kat KERUSI. Beri aku UBAT" somehow reflects my situation now and then.

Dulu memang kami TERUK kena TAMBAT KAKI oleh mereka yang duduk di KERUSI itu. Kreativiti dan karya kami tersekat oleh the so called rules and regulation and soft skills! No offence ok.
Sekarang pun TERUK aku kena TAMBAT KAKI kat KERUSI ni sebab Laut China Selatan sangat luas.

Tapi sampai masanya, bila aku dah dapat UBAT, aku takkan kena TAMBAT KAKI lagi. Aku takkan rasa TERUK lagi. Dan aku akan boleh bangun dan bangkit daripada KERUSI ni.

All the best brothers and sisters of Senandika!!


Oh ya, kepada pembaca blog ini yang aku kenal mahupun tak. Jika anda berada di Kuantan pada 4-5 April ni, singgahlah kat Taman Budaya Pahang. Kawan-kawan aku ada perform teater. Datanglah. Maklumat lanjut ada kat link yang aku letak kat atas tadi tu. Oklah, aku letak link kat sini lagi sekali.

(Sila klik sini untuk makluman lanjut mengenai Fiesta Teater Senandika)

Terima kasih.



(Em, Senandika, korang tak kisah kan saya cerita pasal teater ni kat blog saya? Senandika...sweet sangat~)

Monday, December 15, 2008

Semalam di Hadapan Pentas Teater

WANGI YANG TIDAK BERDAYA MENJADI SAKSI

Teater Wangi Jadi Saksi, karya U-Wei Hj. Shaari,
diangkat ke pentas oleh saudara Yusuf Fansuri di bawah payung Angkatan Pengkarya Indie

Sudah agak lama aku tak pergi tengok teater, akhirnya aku berjaya melepaskan gian aku untuk menonton teater pada malam Sabtu lepas. Mula-mula nak ajak Zudin dan Nika, sebabnya Zudin dari tahun lepas lagi asyik ajak tengok teater tapi aku selalu terlupa nak maklumkan apa-apa pementasan kepadanya. Kesian dia. Dan Nika pula, kami memang sama-sama peminat teater, dan kebetulan dia sedang pulang bercuti, terus aku teringat nak ajak dia pergi bersama. Aku pun hampir setahun tak jumpa dia.

Tapi, Zudin ke KL. Ada urusan katanya. Tak mengapa, belum rezeki dia untuk tengok teater. Nika pula tak dapat dijejaki. Aku telefon tak ada talian. Aku telefon nombor dia yang lagi satu pun mesin jugak yang menyahut. Telefon rumah dia, alamak salah nombor la pulak! (Ooopss...Hehe!)

Akhirnya aku mengajak teman sepersekolahanku, Fres dan Abang. Abang di luar kota, maka hanya Fres yang menemankan aku. Yang aku tak sangka, Fres dalam diam rupanya meminati teater! (^^,)

Maka sama-samalah kami pergi menyaksikan Wangi Jadi Saksi. Aku begitu teruja kerana aku pernah tahu karya ini, maka pada fikiranku bolehlah aku melihat bagaimana jika ia dipersembahkan oleh produksi yang berbeza pula. Apatah lagi, teater yang berlatarbelakangkan zaman dahulukala adalah salah satu genre yang aku gemar.

Sedikit kecewa apabila teater ini tidak dipersembahkan sepenuhnya. Apakan daya, nadi utama pementasan iaitu pelakon watak Wangi telah ditimpa kemalangan beberapa hari sebelum pementasan, sehinggakan kakinya berbalut dan datang ke auditorium pula dengan terpaksa berjalan menggunakan alat sokongan. Namun aku puji kesungguhan produksi ini untuk terus dengan pementasan walaupun dihujani pelbagai halangan yang menimpa, bukan sekadar Wangi mereka yang cedera sahaja. Itu cerita pengarah kepada kami, tak perlu aku nak huraikan semua kat sini. Semoga tuan pengarah dan produksi tabah.

Keseluruhannya, aku berpendapat bahawa pelbagai perkara boleh diperbaiki. Mungkin juga kerana jalan cerita yang tidak lengkap membuatkan pementasan sedikit terganggu. Tak mengapa.

Terdapat beberapa perkara yang mana kalau kawan aku Raja Azrul tengok, mesti dia tak berapa gemar (Hehe..Zrul, jangan marah!) Antaranya, suara beberapa watak yang kurang kedengaran, gaya silat Tuah, Karma, Jebat yang kadangkala kurang lancar, juga gaya mereka yang seakan-akan bersilat sewaktu berkata-kata (mungkin itu memang diadakan untuk memberi penekanan pada karakter, tapi kadangkala aku rasa macam tengok wayang kulit pulak). Teknik pencahayaan boleh diperbaiki, begitu juga dengan para pelakon yang kerap berada di luar ruang cahaya. Mungkin mereka mahu gunakan pentas sepenuhnya. Tapi menjadi masalah pula kepada kami yang menonton kerana kami tidak dapat melihat ekspresi mereka dengan jelas. Dan pasal muzik latar. Aku rasa inilah perkara yang paling kawan aku Raja Azrul akan merungut kalau dia datang (Sekali lagi, jangan marah Zrul! Hehe) Muzik latar sedikit kelam kabut. Malah ada di antaranya yang mampu membunuh konsentrasi penonton ketika menyaksikan Wangi Jadi Saksi ini. Contohnya ketika Tuah dan Jebat sedang berlawan silat. Muzik latar sebenarnya sesuai, tapi kerana terlalu pendek, maka ia diulang-ulang, hasilnya muzik itu kedengaran seperti tiba-tiba terputus dan tiba-tiba bermula semula. Kedengaran tersekat. Props, setting dan kostum? Tak mengapalah, aku tak nak komen pasal tu.

Pujian aku berikan pada Tajul yang konsisten menjadi Tuah sehingga akhir cerita. Suaranya kedengaran, berintonasi dan penghayatannya juga bagus. Cuma kadangkala aku sedikit rimas dengan gaya silatnya. Aku juga suka pada Pateh Karma Wijaya (Zach Manan), sedikit rimas dengan Jebat (Wahab) kerana kadangkala seperti hilang fokus, atau mungkin kerana Jebat banyak bermain di luar ruang cahaya, maka aku tidak dapat menghayati ekspresinya, apatah lagi suaranya tidaklah selantang Tuah. (Atau mungkinkah aku yang semakin sempit akal, sampaikan aku tak boleh terima bilamana Jebat bersorok di sebalik tirai istananya. Langsung aku tak boleh nampak ekspresi.) Aku tak suka Bendahara (Rusdi), entah kenapa aku pun tak tahu. Mungkin kerana dia tak nampak macam Bendahara. Dan Wangi pula? Sayang aku tak berpeluang melihat Wangi di pentas, kerana Wangi juga duduk di kerusi penonton seperti aku.

Apapun, tahniah aku ucapkan pada mereka kerana berjaya mementaskan Wangi Jadi Saksi walaupun macam-macam halangan. Dan memandangkan aku juga sekali sekala bergiat dalam kumpulan teater di negeri Sarawak ini, maka aku menerima persembahan mereka seadanya. Kerana aku juga tahu suasana teater di negeri ini bagaimana. Bukanlah seriuh ketika aku di Semenanjung dahulu. Dari segi kemudahan dan bantuan, itu tak payahlah aku cerita. Bukan itu fokus cerita aku malam ini.

Tahniah kepada Fus, dan sudah tentu aku (serta mereka yang lain) menantikan SMS anda menjemput kami hadir ke tayangan penuh Wangi Jadi Saksi, sebagaimana yang anda katakan kepada kami sebelum pementasan bermula, iaitu apabila Wangi anda sudah kembali ke pentas Februari nanti. Insya-Allah. Segala komen aku hanyalah dari kaca mata seorang penonton biasa sahaja. Tiada maksud apa-apa. Aku pun tak pandai sangat nak mengkritik ni. Hehe.

Ouh, gambar ada tapi semuanya kat Fres, aku tak bawak kamera pun malam tu. Kalau ada aku akan cuba upload di sini.

Sehingga berjumpa Wangi Februari nanti....semoga cepat sembuh!