H.E.L.L.O.

Showing posts with label Cerita Si Tukang Karut. Show all posts
Showing posts with label Cerita Si Tukang Karut. Show all posts

Thursday, November 25, 2010

Gelas Kertas Separuh Penuh

Aku datang kepadanya yang sedang duduk santai sendiri di bangku taman bunga. Hulurkan gelas kertas air bikarbonat kegemaran ke tangannya, lalu turut duduk bersama.

Usai hirupan pertama, dia bertanya.
Ingat lagi masa aku hulurkan gelas kaca separuh penuh di atas meja?

Aku pandang dia. Lama, baru aku bersuara.
Kau masih tak lupa?

Senyum kelat. Lama, baru dia membalas kata.
Bagaimana mungkin lupa? Sampai tika ini kau masih berhutang padaku jawapannya.

Dia kemudian diam. Lama. Aku masih bungkam. Lama.
Yang kedengaran cuma hela nafas yang dalam.

Selang beberapa ketika, aku ambil gelas kertas di tangannya. Air bikarbonat sudah separuh habis membasah tekak. Aku unjuk depan matanya sambil tarik nafas panjang.
Ini aku.


Jeda. Sepi tanpa suara. Dia kerut dahi tanda kurang faham.
Aku pandang mata dia.
Gelas kertas ini umpama hati aku.
Mudah koyak.
Mudah renyuk.
Mudah rosak.
Tuangkan air panas mendidih, tak sesuai.
Tuangkan air sejuk mengaisbeku juga tak sesuai.
Terkena kotoran tak mudah dicuci.
.
.
.
Dan bebelanku seakan tiada penghujung, hingga akhirnya dia hentikan aku daripada terus bicara. Dia kata pada aku. Gelas kaca, gelas kertas, gelas jenis apa sekalipun, bukan itu yang utama pentingnya. Tapi isinya.
Kamu.

Dan sekali lagi, aku hanya mampu terdiam menunduk.




Nota pendek: Teringat Gelas Kaca Separuh Penuh.

Friday, April 23, 2010

Raja Ego Ratu Emo

tersebut kisah seorang puteri yang impikan istana seperti dimimpi
mahunya bercahaya sentiasa, pintanya gelita tiada
udara dihirup berbau riang, biar jiwa tenang hati girang

malang
mereka pasangan yang punya seribu pincang
si raja teguh dengan ego

si ratu luluh dengan emo
pada mereka sudah jadi rutin hidup dan mereka kekal begitu



mereka raja ego dan ratu emo
bagaimana mungkin puteri temukan bahagia

dalam istana yang tiada cinta?

kasihan...



Tuesday, March 2, 2010

It's Evacuation Alarm!

Penggera berbunyi. Tidak seperti minggu-minggu sebelumnya, kali ini penggera yang melaung bising itu disertai dengan isyarat lampu kecemasan merah. Bukan kuning. Bukan semata-mata amaran. Tapi penggera petanda dia harus keluar dari ruang itu.

Evacuation!

Lama dia renung lampu merah yang berkelip-kelip itu. Bising penggera sudah semacam tidak terkesan di telinganya. Apatah lagi jeritan mereka yang bertempiaran.

"Keluar!"
"Kosongkan ruang ini!"
"Bahaya!"

Manusia sekeliling makin surut di sebalik pintu keluar. Dia pandang saja, tindakannya tiada. Seorang rakan datang menarik tangannya, mahu membawa keluar. Dia tepis.

"Kalau kau tak keluar sekarang, mungkin boleh mati!" Kata si rakan. Dia geleng kepala. Degil. Nasihat si rakan dipandang sepi begitu sahaja.

Penggera masih berbunyi. Lampu merah masih bernyala. Dan dia masih di dalam ruang itu, membiarkan diri terperangkap dengan rela, biarpun dia sedar akibat buruk yang bakal menyapa.

Nafasnya menyesak. Dada terasa sempit. Kepala memberat. Pandangan berpinar. Sakit! Tapi dia masih enggan keluar dari situ.

Sedaya mungkin dia cuba bertahan. Bernafas walau hampir lemas. Dia pandang keliling. Aneh. Dia bukan berada di tempat dia berada tadi. Bukan.


Dia kini berada di ruang lain bergelar hati.

Penggera masih berbunyi. Lampu merah masih berapi. Dan dia masih tiada ingin mahu meloloskan diri dari sekeping hati yang dia mahu benci.




(p/s: this was inspired by the real evacuation alarm at my workplace this evening)

Wednesday, February 10, 2010

Bila Kawan Jadi Teman....Kenapa Ya??

Kenapa ya?
Kita kawan dah lama. Kita kenal dah lama.
Kau tahu baik buruk perangai aku.
Aku kenal perangai luar dalam kamu.
Aku tak kisah. Kau pun tak ada masalah.
Tapi kenapa agaknya ya?
Bila kawan menjadi teman, semua berubah.
Baik aku kau tak kisah. Baik kamu aku tak endah.
Buruk aku makin kauterjah. Buruk kamu padaku menggajah.
Aku lambat 5 minit, kau dah naik marah.
Dulu aku lambat sejam,kau siap nyanyi dalam kereta tunggu depan rumah.
Tapi aku pun tak kurang parah.
Dulu kau lambat ambil aku sejam, aku apa pun tak kesah.
Sekarang kau lambat 5 minit, aku tak boleh tak tarik muka marah.
Kenapa agaknya ya?
Dulu kita kawan kita sama-sama jalan-jalan hilangkan tension.
Sekarang dah jadi teman sama-sama jalan-jalan makin buat tension.
Aku bukan nak cari gaduh, aku tahu kau pun bukan sengaja nak gaduh.
Tapi kenapa ya, semua yang kita buat tak kena belaka?

Masa kita kawan,kitalah kawan yang paling bahagia kat dunia
Dah jadi teman, kitalah pasangan yang paling tak kena di mata kita?
Kenapa ya sayang?



(P/s: For those who asked,this is not my case. Totally fictional. That's why it was labelled with 'Cerita Si Tukang Karut' instead of 'Sharing Stories' ya peeps)


Thursday, June 4, 2009

Shhh...


Hey. Lekas. Keluar kamu dari ruang ilusi milik aku ini.
Dan jangan pernah kembali jika bukan di alam realiti.
Kerana ini bukan tempatnya aku membunuh diri
dengan menanti sesuatu yang tidak pasti.
Jika kamu mimpi, aku mahu celikkan pejam ini
Jika kamu fantasi, aku mahu hilangkan angan ini
Jika kamu benar, maka tampilkan diri.
Kerana ini bukan tempatnya kamu menyeksa aku yang belum mahu mati.

Monday, May 11, 2009

Gelas Kaca Separuh Penuh

Muncul seseorang datang bercerita padaku
Wajahnya tampak keresahan
Aku tanya, kau kenapa begitu gelisah?
Dia hulur gelas kaca berisi air putih
Jawabnya, ini aku.

Diam sejenak.Keliru.Tak faham.
Gelas ini kamu? Tanyaku.

Tiada jawapan. Aku tunggu penuh sabar.

Separuh penuh itu aku, katanya.
Terisi, tapi tetap kosong.
Terisi, tapi tiada rasa.
Terisi, tapi kekurangan.

Diam lagi.

Gelas kaca itu juga aku, tambahnya.
Pegang erat-erat, terlepas nanti boleh hancur jadinya.

Aku tunduk keliru.Tak faham.
Apa yang kau cuba nak sampaikan? Tanyaku.
Dia diam.

.
.
.

Kau,kau boleh tolong aku tak? Dia bertanya. Aku angkat muka.
Tolong apa?

Dia diam lagi. Aku semakin hairan.
Dia ambil gelas kaca dari tangan aku.Letak atas meja. Depan aku.

Tolong penuhkan separuh lagi gelas kaca ini, boleh?
Tolong berikan air putih ini suatu rasa, boleh?
Aku faham jika ada waktunya ia boleh jadi pahit, payau, kelat, masam, kurang manis.
Tapi aku terima, sebab aku tahu tak ada sesuatu yang sempurna sepenuhnya.

Giliran aku diam. Jantung aku berdegup kencang.
Dia sambung lagi.

Separuh penuh itu hati aku
Separuh penuh itu jiwa aku
Separuh penuh itu hidup aku
Separuh diri aku, itu kamu.

Aku diam. Tunduk.
Saat itu aku rasa macam mahu pitam!