H.E.L.L.O.

Showing posts with label Interest. Show all posts
Showing posts with label Interest. Show all posts

Tuesday, November 14, 2017

Jom Dapatkan Diskaun Online Shopping!

Siapa tak suka online shopping. Senang tak payah nak keluar drive redah panas ke redah hujan ke pastu stress takde parking bagai..ehm..sebab tu aku suka online shopping. Especially sejak jadi mama ni kan, aku nye masa nk keluar shopping limited sket sebab ada baby kecik. Hihi. Tapi, soalan yang lebih aku nak tau...

Siapa Tak Suka Diskaun??

Ada ke orang shopping tak suka dapat diskaun? Kalau aku, aku suka je orang nak bagi diskaun, jimat sikit duit. Minyak mahal sekarang. Ehh..

Haa ni nak bagitau untuk online shoppers tegar (eh macam cakap kat diri sendiri ja tu), meh aku nak ajak korang shopping kat https://pgmall.my ni haa.. Untuk pembelian kali pertama, kita boleh dapat diskaun sebanyak 20% haaa.. Sebagai seorang wanita sejati (ecewah) aku yakin wanita2 di luar sana memang suka bab-bab diskaun ni. Jejaka pun boleh. No hal lah. 



Ni ha rupa PG Mall ni haa... 



Selamat membeli-belah. 
Macam-macam adaaaa.

#pgmall
#publicgold


Friday, December 27, 2013

FunDance, Another Dance Scene

Hello Hello!

So I followed another local dance scene competition, FunDance. FunDance ni satu tv show yang mana setiap minggu para peserta akan berentap antara satu sama lain dalam seni tarian and di akhir musim nanti, juara akan memenangi hadiah la. Program ni RTM yang buat dan disiarkan secara langsung kat TV2 setiap minggu. Tapi sekarang dah tamat la. Aku je yang baru dan nak blogging. Hehee.. Kalau nak diikutkan sejarah macam mana boleh terfollow FunDance ni pun, secara kebetulan sebenarnya. Tapi tiba-tiba aku jadi penonton setia, langsung di Angkasapuri pulak tuh. Hehehee..

Kisahnya, brader aku seorang freelance dancer dengan teammate dia telah berkelana ke Sungai Petani untuk persembahan pembukaan finale Super Spontan. Kebetulan masa diorang kat SP tu ada audition FunDance (utara). So depa pun join la, test power. Sekali lepas weh.. Good job E.D.T hehehhe!

Minggu pertama tengok masa tu kat SP, memang aku tengok kat TV je la. Aku dengan osmet aku riuh tengok mengalahkan org layan bola. Masa battle tuh cemas wehh.. Hahhaha.. Takde pic, sbb obviously tengok tv jeh kan. Pic TV jeh yang ada tu pun tak clear. Hahahaha.

Ni masa grup kesayangan sedang perform.

Haha..brother i jadi team's spokesperson ye? :)


So after few weeks bermulalah FunDance di Angkasapuri setelah siri jelajah seluruh Malaysia untuk mencari kumpulan tari yang berpotensi tamat. Bermulalah siri aku menajdi pengunjung tetap Auditorium Perdana tu hehe.. Untuk minggu pertama ni takde tema lagi. Bebas jeh.

EDT tengah perform. :)

EDT masa sesi pengkritik bagi komen. Alhamdulillah, E.D.T layak ke pusingan seterusnya! Yay.



Then minggu seterusnya, team yang kitorang sokong yakni EDT ini telah mendapat tema Bollywood. Hamek ko, pakai gelang Bollywood tiap sorang. Pastu sibuk nak bunyi2 gelang tu masa scene Bollywood. Bukan setakat masa EDT, masa grup Bollywood lain pun kitorg bantai main gelang. Ada 3 team dapat tema Bollywood. Hahaha..semangat tol!

Tengok, kemain pakai gelang Bollywood. Hahaha.

Die Hard Fan SilkyDaoz from EDT. Hehehe...

After show, fefeeling Amber Chia (one of pengkritik tetap) yang tengah memberi komen selaku pengkritik. Bweks!

Siap bawak card gitu. Card segera ye, Show kol 9pm, kol 6.30 pm baru terkial-kial carik bahan apa yang ada dan dengan kadar segera main gunting-gunting tampal. Nasib baik huruf E.D.T senang nak gunting wehh... -_- hehehhe

Ada member send dalam Whatsapp, sempat plak diorang snap gambar penyokong setia ini. Hahahhaha! Tapi apakah yang sedang aku buat tu. Haihhhh... Btw lupa nak snap pic EDT tengah nari Bollywood ye. But it was fun! 

So team aku sokong layak ke minggu semifinal and cabaran yang diorang dapat untuk next week is : 
PEDANG dan SUPERHERO.

Ni dia pic team yang aku sokong. Go EDT go! Tema pedang tapi pedang takde lak dalam pic ni. Pastu nak tau sape superhero yang jadi ilham tari diorang? Khalid al-Walid. Masa kwn aku suh teka (sebelum dia tunjuk pic kat kami) siapa superhero yg jadi ilham tari diorang, kemain kami teka Sinbad la, Luke Skywalker la. Hahhaha. 

Oh, minggu ni aku takde pic aku, tengah date masa ni, tak dan nak bergambo. Hahahha. Dushh!
Btw, thank you lah love sbb sudi teman iols menyokong team brother kesayanganku ini. But too bad, team aku sokong ni tak lepas ke final plak. But i've seen a number of their shows before, and memang korang agak below par sikit malam tu, esp part battle. Anyway, good job. Semifinal jugak kan. :)

Nevertheles, walaupun team aku sokong tak layak ke final round the week after, aku dengan gigihnya still pegi Auditorium Perdana Angkasapuri sebab nak tengok F.I.X ! Another team yg mencuri hatiku dengan gerak diorang. Serious smart aku cakap. And diorang sangat brilliant! First time aku tengok FunDance lagi aku dah tak berkelip mata memandang. Smart gilos! Kudos! Pi search kat YouTube sekarang! :D

And i'm glad team F.I.X dapat johan yay!!!!
Ni haaa teamnya..


Ni plak team Stepholics from Sarawak. Ekceli, aku penah kongsi stage dalam satu production dengan diorang masa aku aktif menari dulu-dulu. Zaman Dance Me A Story, time tu diorang jadi Pirate. Hehhee... Dengan gamble lepas show aku pegi kat brader Daus tu to say Hi, pastu say congrats sebab masuk final. Obviously dia tak ingat sape aku ahhahah itu aku memang dah agak sebab masa DMAS kitorang sama produksi tapi lain scene. Dia scene Pirate Princess, aku scene Stronger. Hehe.. Lagipun, zaman DMAS 'imej' aku lain heheee (those were the days -_-' ) maka memang make sense la brader ni tak cam. Anyway, best jumpa fellow Sarawakian here at the dance scene. Tapi, diorang buat aku rindu kat Studio 23 jeh!!! Sobbbsss...

Ni Stepholics, dapat saguhati jeh but your show was great too, bros! Kacak tandak kitak eh! 
(P/s: Brader pakai vest tu la Daus n dia pernah short course jadi instructor kat Studio 23 tempat aku selalu lepak tu. Tapi aku tak join kelas dia pun, dia ajar BBoys, aku join Modern Jazz. Heee)


Ni pulak pakwe osmet aku! Eh salah..Heheheh. Ni pengacara Fundance, Jimmy Shanley namanya. :)


Ni konon-konon nak bergambar di atas taburan kertas lip lap tu. Tapi sampai ke sudah tak berjaya amik pic yang diinginkan sebab ada 2 org budak kecik keep on menaburi aku dan kawanku dengan kepingan kertas2 lipa lap tu. Layankan je laa adik oi.... 




OK, tu je la dulu. Til the next local dance scene. Ecewah. Padahal sekarang aku macam malas update blog. Tengokla aku update apa plak next time. 

Daaaaaaa.....!!!!!
Cheers!!!

Sunday, June 5, 2011

Khairul S. Music

Hari ini aku dalam mood untuk pasang CD demo Khairul S :)

Siapakah Khairul S. Music? Nama sebenar Khairul Syukri M. Ridzuan. Nama pentas Khairul S. Nama TV yang seringkali dia cuba elakkan, Syukri Keynote. Hehehe.

First kenal dia kat event mana tah, dia tengah nyanyi lagu She's My Princess. Bunyi macam aku attend event tu jeh, padahal aku tengok video yang orang lain upload kat internet jeh pun. Pastu terus suka lagu tu sebab catchy. (Siap aku nak buat cover version 'Coz I'm Ur Princess' huhuhu tapi tak penah siap sebab idea aku stuck)

Then satu hari bila Astro buat rancangan realiti baru bernama Keynote kat TV, aku pun perasan la mamat nih cam familiar. Bila godek-godek page FB kawan aku, sah, brader She's My Princess rupanya. First few episodes rancangan Keynote kat TV, aku confuse giler. Sebab kat TV nama dia Syukri (Astro suruh pakai nama ni). Aku pulak kenal dia as Khairul S. Beberapa kali jugak lah Yasmin Hani (host) tu kena bebel aku sebab dok salah sebut nama Khairul jadi Syukri (padahal YH bukan tau pun, bukan boleh dengar pun)

Ok, itu dia serba sedikit introduction pasal Khairul S. Meh aku tunjuk gambar sikit. (Semua pic adalah copy paste from Khairul S Music FB fanpage)



Tu dia gambar masa dia join Keynote tahun lepas. KN SYUKRI dan hantar ke ntah-tak-ingat-apa-nombor hehehe. Itu gitar dia bernama Kutcher, tapi aku selalu panggil Rabbit je. Sekarang gitar itu sudah jadi arwah kalau tak silap. Huhu.


Giler panjang introduction. Padahal real intention aku nak review CD demo Khairul S yang aku dok dengar sepanjang malam ni. Aku bagitau tracklist ringkas je lah ek, esok-esok aku buat review yang lebih detail ok :)








Track List:
1. She's My Princess (2009) - favourite and first song aku dengar.
2. Irama Hati (2010) - PALING SUKA! Sebab aku yang request dia cipta lagu ni hehehe (fyi, iramahati is my nickname). Thanks a lot, Kerosyuk!! Nice! Click here for lyric of Irama Hati.

3. Kembali (2005)
4. Kamek Oghang Sayang Kitak (2009)
- lagu kiut in bahasa Sarawak :) KS, balit gik sitok!
5. Fathers' Day In Chinese Way (2008)
6. Ku Berubah (2010)
7. No Promises (2008)
8. I Just Don't Know (2007)
9. All I See Is You (2007)
- another favourite!
10. Shake n Stir (DBS Cover) (2007) -Favourite aku jugak!! Tapi ini lagu band member dia dari DBS yang compose, lain kali aku citer pasal band DBS pulak ye. Band Temjin pun ada.
11. Warna Warni (2010)
12. Tidakkanku Biarkannya Begitu (2006)
13. BeDeiBeDeiBingBing (2009)
- Favourite lagi! Ini birthday song yang cute :)
14. Ekor Cicak (2008) - lagu ni sengal! Hahaha setiap kali dengar aku teringat budak-budak kuliah aku dulu.

(Pssstt...Siapa nak dengar semua lagu di atas, dialu-alukan untuk membeli demo tersebut daripada beliau. Boleh klik link ke page dia and order. Or you guys can catch him at any of his gig ke show ke tak pun nampak dia kat tengah jalan, tahan je. Hahaha. Layan....)

Friday, March 18, 2011

Wani Ardy's Melody as Melody's Remedy?

These few days, mood aku asyik nak dengar lagu Wani Ardy memanjang.

Mungkin sebab Wani dah balik Malaysia, for good. (Welcome home Wani!!) Atau mungkin sebab aku akan terlepas Wani Ardy's Homecoming Night kat Gravy Baby malam nanti.



Atau mungkin juga sebab aku sedang melalui moments yang kurang menarik sekarang. (Yang mana setiap kali aku down aku suka layan lagu Wani, terutama lagu-lagu dia zaman 2008 dan sebelumnya, entah kenapa)


Ingat Wani, teringat Hari Bintang Jatuh. I missed the event Mission Confession: Ke Hadapan Bintang Jatuh very much. Huhuhu..

Saturday, August 7, 2010

Jatuh Hati Pada Melody!

Aku jumpa satu lagu yang aku suka sangat-sangat.




Melody - by Kate Earl

no matter what has ever come to me
i got my own brand of company
i got ba ba ba inside my head
and i sing songs back to back until i got to bed

wake up by myself inside an empty room
theres no body next to mine to oooh
but my skin is warm and my heart is full
its the do do do do do do

walking waking on a crowded street
with my headphones loud
so my hips can swing, so my head can nod
to the rock and roll to the boom boom beat

and i find that im never alone
and i find that my heart is my home
and the music within makes me whole
a world that i built on my own

and i know that im never alone
and i know that my heart is my home
every missing piece of me
i can find in a melody

no matter what has ever come to me
i got my own kind of company
i got ba ba ba inside my head
and i sing songs back to back until i go to bed

theres a river in my mind thats never still
swirling , soothing all the time gives me a thrill
swimming in the notes that go
oh oh oh oh oh oh oh

wandering, waking in an empty wood
it is quiet here, i am powerful
i look down below serenade the world
from inside my soul

and i find that im never alone
and i find that my heart is my home
and the music within makes me whole
a world that i built on my own

and i know that im never alone
and i know that my heart is my home
every missing piece of me
i can find in a melody

when the walls begin to creep in
and the sky is fallin down
when im swallowed up in feelings
i get lost inside the sound...


Huhu..
This song touch me...

Wednesday, June 9, 2010

Be Ready To Lose Your Guy (Or Lady!)

The once in 4 years time fever had returned!!
It's the 2010 FIFA WORLD CUP season, peeps!!

So Ladies, be prepared to lose your guy for a while ya.
Itu pun kalau boyfriend/husband korang tak kaki bangku okeh. Eh, tapi kaki bangku pun ambil kesempatan ni untuk pergi lepak ramai-ramai dengan kawan untuk tengok bola kat big screens di kedai mamak, kot?

And guys, be prepared to lose your ladies too!
Apa, korang ingat we ladies tak layan bola ke? Jangan ingat kami berkumpul ramai-ramai tu cerita gosip artis saja. We do talk about sports too.


Tak caya? Tanya Zakumi. Hehehe. Uiks, siapa Zakumi? Zakumi tu maskot World Cup lah. Tipulah kalau tak tau.


(Suka tengok Zakumi, sebab bila tengok Zakumi, teringat kat Gege. Haha. Walaupun lain, tapi kira satu famili jugak lah kot. Hehe.)


So, who do you think will win the 2010 WORLD CUP????


Tuesday, April 20, 2010

Hadiah untuk diri sendiri

Bijau jadi lullaby saya malam ini.

Dah lama saya nak miliki Bijau (an EP album from a band called Rosin, formerly known as Radiostar, formed by Pot Amir the former member of Innuendo dan kawan-kawannya - just informing in case you don't know. Sebab ada seorang kawan tersilap andaian dan memikirkan Bijau itu adalah nama seorang jejaka. Haih. )


Indah!
Tak sabar tunggu Secawan Rosin pulak! ^_^



Monday, December 7, 2009

Meanwhile, Wani Ardy's EP is up for grabs!!

Wani Ardy's 1st EP had been released!!

Walaupun bukan Askar seperti yang perancangan awal, tetapi
Meanwhile tetap akan menjadi kesayangan saya. Seperti Perempuan Simpanan tu. Kesayangan. ♥♥♥♥♥

I just cannot wait to have the EP playing in my car all way long to and from one place and another. Haha.. Bunyi macam orang yang selalu tersekat kat jalanraya saja, padahal tidak.

Seeing the EP playlist, the one that catched my eyes the most:
♥♥SECRET LOVERS AT SUPPER!!♥♥


(Pic taken by Xamree)

Yes, the poem. No, nothing to do with the lady in the pic. Haha. The lady just cannot wait to know what is the secret lovers story all about. Tajuk puisi yang memanggil-manggil. Teehee~


I'll write a review of the EP once I have it in my hands, ok.
(^_^)




Saturday, August 29, 2009

Twilight (Again), Just To Kill The Time.

I watched Twilight. Again. Now I had figured out why on earth did I like Edward very much the first time I watched this movie. No, not because (people say) he is cute. I dont care even if he is cute. That was not the main reason.

Because he is supposed to be terrifyingly scary, extremely dangerous, one whom we should stay away from, never to befriend to, especially not the one to fall in love with. He is more than capable of putting us to death, starve for our blood every single day and night. Just not supposed to be the one we should go for. Be with him and you risk your life in his hand.

Yes, I used to fell for guys who were cold, insensitive, super-egoistic, full of arguments and always think that he is the best. The kind of guys that girls would want to should avoid. The kind that girls will hate. I did hate these kind of guys, yet I (used to) liked them a lot. The more I hate them, the more I liked them. How torturing! Be with him, and you risk your fragile little heart in his hand.

I guess this risky kind of things was the one that made me like Edward. Moreover, despite of his vampire attitude, he still have a little humanity inside him. That's what made me like him more.

I just cant wait to finish reading the books.

Thursday, August 6, 2009

Teman Baru Saya Namanya Shane.

Saya membatalkan niat saya untuk pergi bercuti kerana keadaan persekitaran yang kurang memuaskan. Saya jadi kurang gembira. Tambah lagi pelbagai berita kurang menggembirakan terjadi pada manusia sekeliling saya akhir-akhir ini. Dan untuk menaikkan kembali mood ceria dalam diri saya, saya telah menemukan sesuatu untuk menemani saya dikala sedih melanda.

Kenalkan, ini Shane.





















Haha, nama tak boleh blah betul. Pada sewaktu saya guitar-hunting bersama ayah emak, saya sudah fikir dalam kepala, saya mahukan gitar Y untuk dimiliki. Sebab seseorang yang saya gemar, gitarnya Y juga. Memang pengaruh rakan sebaya betul la. Hehe. Lagipun keyboard kat rumah juga adalah Y setelah kami kecewa dengan keyboard C. Hehe. Tapi apabila sampai di kedai itu, saya terpaut hati pada si I.

Saya low profile saja, rasa inferior sebenarnya berada di kalangan cerdik pandai muzik dalam kedai tu. Ayah beriya-iya menyuruhcuba segala jenis gitar. Ayah memang dah biasa pergi kedai tu sebab kebanyakan peralatan muzik kami ayah beli kat situ. Saya geleng kepala.

Saya tahu ayah lebih minat gitar elektrik, sebab berkali-kali ayah tanyakan, saya tak mahu beli gitar elektrik ke? (Sambil jeling-jeling gitar elektrik yang bersusun kat tepi dinding) Saya jawab, saya tetap mahukan gitar akustik + build in tuner + build in pickup. Lagipun, gitar elektrik kan dah ada satu kat rumah? Ayah kata, oklah.

Walaupun saya mimpikan Y dalam tidur malam saya, tapi tiba di kedai dan jatuh hati pula pada I, akhirnya apa yang dibawa pulang? Si F.

Mulanya saya mahu panggil Black saja, sebab warnanya hitam menawan,dan bunyinya gagah perkasa (haha) tapi sebab saya tak suka Black juara Mentor (apa kaitan?), maka saya panggil saja ia Shine sebab ianya hitam menawan, berkilat dan menerangi hari muram saya. Make sense la kan? Tapi saya ada masalah mahu sebut Shine dengan betul, maka selalu tersasul menyebut Shane.

Dan begitulah kisahnya Shane muncul dalam hidup saya.
Sekian, terima kasih.


Chill!
(^_^)


Saturday, July 11, 2009

Tunggu Teduh Dulu - a novel by Faisal Tehrani



No, this is definitely not the latest novel by Faisal Tehrani (FT). Cetakan pertama sudah terbit 5 tahun yang lepas. Tapi baru 3-4 minggu yang lalu aku berpeluang untuk membacanya. Aku memang jarang blog pasal buku-buku yang aku baca. Tapi hari ni aku terpanggil nak tulis pasal Tunggu Teduh Dulu (TTD). Bear in mind, I'm not reviewing the book, I just want to blog about me and the book (and the writer too, maybe). That's it.

Kali pertama aku baca karya FT, tahun 1996. Masa tu aku kenal dia sebagai Mohd Faizal Musa. Cerpen dia menang Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat 1994. Tajuknya "Malam Ini Philadelphia Menangis". Antara cerpen yang aku suka dalam siri antologi tu. Buku tu ada lagi, elok lagi.

Kali pertama aku jumpa FT, tahun 2000. Aku sekolah lagi masa tu. Kebetulan teater Misi karya FT dipentaskan kat Kuching, jadi aku dan kawan-kawan ahli kelab drama sekolah pada masa tu dibawa cikgu untuk menonton. Lagi pula cerpen FT "Kerana Manisnya Epal" termuat dalam KOMSAS. Aku beranikan diri berbual dengan dia, pergi tanya dia pasal cerpen tu. Tapi maaflah, ingatan aku kurang, jadi sekarang ni aku tak ingat langsung apa yang kami bualkan. Satu kerugian, sebab aku rasa ada sesuatu yang dia sampaikan malam tu. Tak apalah. What can you expect from a young school girl, kan?

Sekarang aku macam dah addict dengan novel FT. Aku mula kumpul novel dia lepas tamat belajar (Zaman belajar sayang duit. Maka hanya pinjam kat perpustakaan saja). Sebab aku rasa novel dia lain daripada kebiasaan. Ada ilmiahnya. Ada pengajarannya. Atau mungkin sebetulnya aku yang dah bosan dengan lambakan novel klise yang ada kat pasaran?

TTD adalah buah tangan FT yang terbaru aku baca. Aku tak tau kenapa bila aku baca je TTD, spontan aku teringatkan seorang kawan, WZ. Rindu kot! Hehe.

Salsabila Fahim adalah nadi novel ini. Banyak perkara yang aku belajar daripada kisah hidup Salsabila Fahim. Ya, TTD mungkin saja berkisar pada kehidupan Salsabila, seorang pengusaha betik moden. Pasal cinta, keluarga, kerjaya. Tapi ada waktunya, kisah Salsabila serasa sangat dekat dengan aku. Salsabila adalah contoh seorang wanita moden masa kini yang gigih, berani dan berdikari tetapi pada masa yang sama masih mengekalkan ciri-ciri muslimahnya, serta tidak mengabaikan agama dalam kehidupan.

Yang aku suka, apa saja kekusutan yang dia alami, pasti dia rujuk kepada Yang Maha Kuasa. Jauh beza la daripada aku. Huhu. Memang novel ini berkisahkan cinta. Tapi somehow aku rasa ia lebih dekat berbanding novel popular Ayat-Ayat Cinta. Mungkin sebab TTD mengikut acuan tempatan kot. Atau mungkin kerana Fahri dalam AAC sangat too good to be true sedangkan Salsabila ada ketika terlihat juga kacaunya. (Dont get me wrong. Aku suka AAC juga, dan aku memiliki both AAC dan TTD.)

Well...Kisah hidup Salsabila banyak mengajar aku. Aku nak cerita lebih-lebih, tak reti lah pulak. Hehhehe. Tapi antara yang buat aku sentap adalah semasa Salsabila pegi umrah dengan mak dia. Kerja Tuhan, siapa tahu. Betul kan?
Kamil mahu jadi pelangi. Lam Ping Hai mahu jadi matahari.
Dan Salsabila Fahim tersepit menanti hujan teduh.

"Cerita ini bukan cerita cinta tiga segi. Ia lebih daripada itu. Ia cerita tentang pengorbanan manusia kepada Tuhan, cerita tentang takdir yang sangat manis setelah dikecap. Ini kisah saya, bukan kisah mereka sahaja. Ini cerita bagaimana saya menunggu teduh dalam ribut. Ini cerita mengenai hubungan manusia dengan Penciptanya. Ini cerita bahawa hakikat seluruh alam semesta ini berasal daripada Allah dan akan kembali kepada-Nya, tidak dapat tidak. Itulah titik hubungan kita di muka bumi ini, titik hubungan kita dengan insan lain dan juga segala tindakan." - Salsabila Fahim

"Kerja Tuhan, siapa yang tahu." - Teh Sofia (this is my favourite quote in TTD, sebab bila kita rasa macam susah, jatuh, terluka dan sebagainya, bila difikirkan sebenarnya Tuhan sedang aturkan sesuatu untuk kita. Cuma kita saja yang tak tau. Kerana ilmu Tuhan tak terjangkau dek akal kita)

Wallahualam.

Friday, November 7, 2008

Inspirasi Hari Bintang Jatuh

HARI BINTANG JATUH

Mungkin agak tidak relevan untuk aku menulis mengenai Hari Bintang Jatuh (Falling Star) memandangkan majlis ini sudah berlalu lebih daripada seminggu yang lalu. Malah lokasi yang jauh beribu-ribu batu juga menghalang aku untuk menghadirkan diri (itu pun jika aku tahu mengenainya lebih awal). Apatah lagi aku tidak kenal sesiapa di lokasi Hari Bintang Jatuh. Tidak kenal tuan punya majlis. Tidak kenal mana-mana pemuisi, penyanyi, peniaga gerai, pemuzik undangan, penulis atau sesiapa di sana. Mungkin ada seorang dua, tapi kenal hanya sekadar tahu nama dan rupa.

Kembali kepada Mission Confession: Hari Bintang Jatuh. Aku sangat suka pada idea penganjuran majlis ini. Aku jatuh hati pada Hari Bintang Jatuh. Juga mula jatuh hati pada warga di sebalik tabir Hari Bintang Jatuh, terutama tuan punya majlis, Wani, serta teman-temannya. Bukan jatuh hati yang bukan-bukan. Tapi jatuh hati pada 3K. Kreativiti, karya dan kejujuran mereka.

"Bintang Jatuh in this context is a subject that they love, but is unreachable. It could be anyone or anything - family, friends, dreams, ambitions, someone in the past, present, or even future." - as quoted from Wani.


Ke Hadapan Bintang Jatuh.

Pernah aku tertanya sendiri
Pernahkah aku menjadi bintang jatuh kamu
Bersinar bercahaya
Walau tak mampu menyuluh gelita
Cukup sekadar menyeri duka
Pernahkah wahai bintang jatuhku?

Sebentar
Bagaimana mungkin aku bisa memanggilmu bintang jatuhku
Kerana seperti malam-malam sebelumnya
Aku tetap di sini sendiri merenung ke luar jendela
Mengharap akan ada bintang jatuh
Menghiasi langit malam
Agar bisa hajat ini termakbul

~iramahati melody~
Jumaat
2am