H.E.L.L.O.

Thursday, May 28, 2009

Bangun

Okay.
Aku dah kembali pulih.
Taknak jatuh-jatuh dah.


Jom tengok bola!

(^_^)
Chill!!


Friday, May 22, 2009

Friday, May 15, 2009

Single White Balloon

SINGLE WHITE BALLOON
written by Wani Ardy
(one of the songs that I cant let out of my head. at least for now.)

Memories penetrate into my mind
Tell me how to sleep, with your ghosts around my bed at night
Now you’re packing
Yet it feels like you’ve been missing long before
I’m as helpless and useless
As a broken door

More than anything
I so much want to say those three words
But my intentions die
I’m afraid you’ve grown to hate

My hopes are floating
In a single white balloon
In a single white balloon
All it needs is a little needle to disappear
Into the thin air like it was never there
Into the thin air, I’ll try my best not to care
My hopes are floating
In a single white balloon
In a single white balloon

Surreal, I would love to have you real
Slow me down, but please don’t fade me out
Cautiously
Taking one step at a, one step at a time
I’m like, holding sands
Gently in my open hands


Wednesday, May 13, 2009

My All Time Fave Song

10 all time favourite songs aku


1. Heaven - Aku tak ingat sapa nyanyi. Tapi setelah aku google, jumpa jugak akhirnya. Kumpulan Nu Flavor rupanya. Zaman aku sekolah ni. Dah tak wujud agaknya kumpulan ni sampai aku pun dah lupa nama diorang. Tapi lagu dia aku ingat la. Hehe.


2. More Than Words - Yang ni ada banyak versi. Tak kisahlah versi mana, aku suka. Em, paling aku suka mungkin versi Extreme kot. Lagi aku suka kalau ada orang yang boleh main unplugged depan-depan aku. Haha.


3. Warisan Wanita Terakhir - Teacher's Pet nyanyi. Lama tak dengar lagu ni. Suka sangat lagu ni dulu (sekarang pun suka jugak). Pernah sekali, ada la seseorang ni pegi nyanyi lagu ni kat depan orang ramai di suatu event. Before dia nyanyi tu, dia cakap lagu tu ditujukan khas utk isterinya yang tersayang (aku pun tak ingat time tu minggu Valentines ke atau ada anniversary ke apa, tapi ada reason la kenapa dia nak tujukan kat wife dia). Tengah dia nyanyi tu sedar-sedar je ada air mata bergenang kat mata aku. Pastu kawan aku siku aku. Dia cakap, "oi, tu lagu untuk wife dia, yang ko nak emo ape hal?". Lebih kurang la. Tak ingat ayat sebenar. Weih..Aku bukan emo sebab apa, tapi dia nyanyi lagu tu sangat ikhlas masa tu. Cun plak tuh lagu feveret aku. So what? Huhu.


4. I Thought She Knew - Ni lagu N'Sync. Huhu. Tau kenapa aku suka? Sebabnya konon-konon ada kaitan la ngan life aku suatu masa dulu. Ni kes sorang tunggu sorang, sorang tunggu sorang. Akhir cerita, habuk pun takde. Padahal kalau straight to the point masa tu, memang boleh jadi punya. Sapa suruh aku buat-buat tak tau kan? Padahal obvious giler dah. Haih. Takpelah, masa tu masih budak2 lagi. Hehe.


5. For You I Will - Teddy Geiger, soundtrack cite Shrek. Bukan main lagi aku pegi carik coding lagu ni dulu, nak main dan nyanyi dengan gitar, kononnya. Haha.



Dah lah tu, cukuplah dulu. Oh, aku cakap 10 lagu ye tadi? Abaikan, aku bagi 5 dulu dah la. Lain kali sambung lagi. Lagipun lagu kesayangan aku bukan terhad 10 lagu je okeh. Nanti taun depan orang cipta lagu baru yang best aku tambah list lagi pulak kan. Hehe.

Cheers!

Monday, May 11, 2009

Gelas Kaca Separuh Penuh

Muncul seseorang datang bercerita padaku
Wajahnya tampak keresahan
Aku tanya, kau kenapa begitu gelisah?
Dia hulur gelas kaca berisi air putih
Jawabnya, ini aku.

Diam sejenak.Keliru.Tak faham.
Gelas ini kamu? Tanyaku.

Tiada jawapan. Aku tunggu penuh sabar.

Separuh penuh itu aku, katanya.
Terisi, tapi tetap kosong.
Terisi, tapi tiada rasa.
Terisi, tapi kekurangan.

Diam lagi.

Gelas kaca itu juga aku, tambahnya.
Pegang erat-erat, terlepas nanti boleh hancur jadinya.

Aku tunduk keliru.Tak faham.
Apa yang kau cuba nak sampaikan? Tanyaku.
Dia diam.

.
.
.

Kau,kau boleh tolong aku tak? Dia bertanya. Aku angkat muka.
Tolong apa?

Dia diam lagi. Aku semakin hairan.
Dia ambil gelas kaca dari tangan aku.Letak atas meja. Depan aku.

Tolong penuhkan separuh lagi gelas kaca ini, boleh?
Tolong berikan air putih ini suatu rasa, boleh?
Aku faham jika ada waktunya ia boleh jadi pahit, payau, kelat, masam, kurang manis.
Tapi aku terima, sebab aku tahu tak ada sesuatu yang sempurna sepenuhnya.

Giliran aku diam. Jantung aku berdegup kencang.
Dia sambung lagi.

Separuh penuh itu hati aku
Separuh penuh itu jiwa aku
Separuh penuh itu hidup aku
Separuh diri aku, itu kamu.

Aku diam. Tunduk.
Saat itu aku rasa macam mahu pitam!


Sunday, May 10, 2009

Terbalik

Siang aku dah jadi malam.
Malam aku dah jadi siang.
Tapi aku bukan burung hantu.

Haih.
Chill!!




Thursday, May 7, 2009

Sepotong Kek?

Sedang aku jalan-jalan di kedai kek (aku sangat suka makan kek), aku nampak sebiji yang menarik perhatian aku. Kelihatannya enak. Walaupun mulanya aku ke sana untuk membeli kek yang lain, entah kenapa aku lebih tertarik pada sebiji kek yang baru muncul kat depan mata aku tu. Aku nak beli. Sebab di mata aku kek itu memang sedap dan pastinya sesuai dengan selera aku. Aku mahu!!

Hampa, ada nota kecil di tepi kek bertulis "SOLD".
(Akhirnya aku pulang tanpa sebiji kek langsung!)


Monday, May 4, 2009

Silau

Kau bagaikan cahaya
Suluh jiwa aku
Sirnakan gelap hidup aku
Tapi
Bila saja kau menyinar terlalu terang
Aku jadi silau
Aku tak mahu pandang kau (walaupun aku sebenarnya mahu)
Sebab aku silau
Aku tutup mata aku (walaupun aku sebenarnya tak mahu)
Sebab aku silau
Aku lari jauh-jauh (walaupun aku sebenarnya tak mahu)
Sebab aku silau

Aku bukan sengaja tak mahu hirau
Tapi kau betul-betul buat aku silau
Tolong, pergi!

Dan apabila kau kembali, bawakan aku cermin mata gelap itu
Supaya aku tak silau lagi.