H.E.L.L.O.

Thursday, December 30, 2010

Alhamdulillah, Piala Suzuki AFF 2010 Milik Malaysia

(gambar diculik dari sini)


Syukur.

Walaupun Malaysia kalah 1-2 kepada Indonesia pada 2nd final leg kat Jakarta, dengan kelebihan 3-0 di Kuala Lumpur minggu lalu, Malaysa berjaya pulang membawa Piala Suzuki AFF 2010 setelah menang agregat 4-2. What a sweet way to end the year, kan?

Patutnya aku terus tulis entri ni malam tadi lepas tengok siaran langsung, sebab masa tu spirit aku still high, so most probably aku dapat tulis entri yang lebih bersemangat waja. Hahaha. Petang ni, aku dah calm down dah. Malam tadi, jangan cakap la. Dengan sorakan tepukan macam-macam aksi ada. Hahaha. (One of the reason why I love to watch football, is because of the adrenaline rush!)

Apapun pujian aku berikan kepada Rajagobal dan anak-anak buahnya. U guys rock! Cayalah. Kekalkan dan perbaiki permainan korang, inshaAllah in the future the team bleh meningkat maju. Sekarang pun dah boleh dikatakan bagus, considering the fact that most of the players are from junior team. Yang penting, jangan meninggi diri dengan segala macam pujian hari ini, kekal fokus dalam latihan dan jaga disiplin.

One of the sweet moments captured by me malam tadi:
Masa penyampaian medal kepada team Malaysia. Kan diorang bersusun ramai-ramai kat belakang para menteri sambil tunggu yang lain-lain disarungkan medal jugak. Ada sorang player ni, aku lupa siapa, dok tenung je medal dia. Tenung lama-lama. Tenung dalam-dalam. Pastu senyum (sambil mata masih merenung medal). Pastu dia cakap sesuatu kat kawan yang berdiri kat sebelah dia. Then masing-masing sambung tenung medal masing-masing sambil tersenyum dengan air wajah yang sangat sangat sangat priceless bagi aku. The way the looked at the medals, macam bercerita seolah-olah "it's been a long, hard journey and finally I got this medal here with me and I'm going to treasure it".

Priceless.

To Indonesia, thanks jugak sebab korang push Malaysia untuk bermain sehabis baik. Your team did well too.

To PM, thanks jugak lah bagi public holiday esok Jumaat 31st December.
Walaupun tak ada kesan sangat kat aku sebabnya memang dari semalam aku dah off duty sampai Ahad nanti, aku tumpang gembira jugak la bagi pihak kawan-kawan.

(P/s: Bila saat-saat macam ni, memang rindu ngan kawan-kawan Ultracrocs yang aku suka follow pegi stadium tengok bola satu masa dulu. Tengok bola dengan diorang memang havoc! Ultras, it's not that I dont fancy football nowadays. I still love to watch the games, and I'd still love to follow u guys to stadiums. It's just that, things change and I can't really commit to be there like I used to. But I still silently support and pray for Malaysian football, and Sarawak team of course. *smile*)

Sunday, December 26, 2010

Keputusan FINAL AFF SUZUKI CUP 2010 Malaysia Vs Indonesia?

FINAL AFF SUZUKI CUP 2010
Stadium Putra Bukit Jalil
26 Disember 2010

Malaysia 0- Indonesia 0!!!

What????!!!
Arghh!!
Bawa bertenang!

Mujurlah itu baru keputusan separuh masa pertama. Masih ada separuh masa kedua untuk Malaysia berhempas pulas memenangi perlawanan ni. Punyalah aku bersemangat nak balik awal sebab nak tengok bola, alih-alih aku terlupa sebab sibuk pindah barang kat pejabat tadi. Bukan main bergegas memandu pulang ke rumah (tapi masih memandu secara berhemah *ye ke?*), tapi still tak sempat nak catch up. Masuk rumah je dah 40 minit separuh masa pertama. (T__T)

Tak apa, masih ada separuh masa kedua. Go Malaysia go!!




(Pasukan Malaysia - gambar diculik daripada Utusan Malaysia)


Sekarang, nak mandi kejap sementara masih waktu rehat. Sempat tak eh? Baru balik kerja ni weh. Huhu.

Update 1:
Minit 55~57 : Siapalah punya kerja dok pancar2 laser dan baling mercun dalam padang ni? Haih. Malaysian, we'd better behave ok.

UPDATE 2!
Minit 60: Malaysia 1 (Safee Sali) - Indonesia 0
v(^___^)v

GO MALAYSIA GO!!

*nervous*
*sambung tengok bola*

UPDATE 3!!!
Minit 67: Malaysia 2 (Ashari Samsudin) - Indonesia 0
v(^___^)v v(^___^)v

*sambung tengok bola lagi*


UPDATE 4!!!
Minit 71: Malaysia 3 (Safee Sali) - Indonesia 0
v(^___^)v v(^___^)vv(^___^)v

*menari-nari*
*sambung tengok bola*

Update 5:
Minit 90 : Pengadil bagi tambahan 8 minit. 3 minit untuk masa kecederaan, 5 minit untuk masa tambahan sebab game terhenti kejap masa orang main laser dan mercun tadi.

*nervous*

Prettttttttttttttttt!!!! *bunyi wisel penamat*


KEPUTUSAN PENUH:
MALAYSIA 3 - INDONESIA 0

Mudah-mudahan kat Indonesia 29 Disember nanti kita menang lagi. Dapat bawak balik Piala Suzuki ke Malaysia pulak tahun ni!

Cheers!!


v(^___^)v v(^___^)vv(^___^)vv(^___^)v v(^___^)vv(^___^)v

Thursday, December 16, 2010

Could This Be The Sign?

Should I step up to next level?

Looking back, it was scary.
Looking forward, it is risky.
But to freeze is tragedy.



I guess it is faith that I need for the moment.


P/s: This entry can have different meaning for different readers considering how many different surprises that had happened recently (I mean for those who personally know me, for those who doesn't, no big deal really). But actually, what I was trying to talk write about, just so you readers know, had nothing to do with work-related topics.

Sunday, December 12, 2010

Something Is Missing....

Entri ini sepatutnya bernuansa ceria. Gembira. Bahagia. Istimewa. Sebab hari ini memang sepatutnya menjadi istimewa.

Tadi memang aku rasa seronok sepanjang hari. Tapi, bila aku fikir balik masa nak tulis entri ni, deep down inside aku rasa macam ada something missing, dan somehow mood ceria, gembira, bahagia tu aku tak boleh salurkan kepada entri ini. Macam masakan tak bergaram, tetap boleh dimakan tapi rasanya kurang.

Apapun, aku tak sepatutnya terlalu fikirkan pasal tu kan? Life is too short to worry about things that's not around. Should focus more on things that complete us, dont you think so?


Hi there, 26!! Come in, pintu tak kunci.

Sunday, December 5, 2010

Where Is Vanuatu?

Malu nak bagitau, tapi bagitau jugak lah. Selama aku kat dunia ini, sekali pun aku tak pernah tau ada satu bahagian lain di dunia tempat aku berpijak ni namanya negara Vanuatu. Ye, Vanuatu. Korang pernah dengar?

Semalam masa aku belek-belek akaun Nuffs aku, saja nak spot cek pelawat kan, rupanya ada pembaca dari Vanuatu sesat kat blog aku.

Serius, ni pertama kali aku dengar. Tak kisahlah kalau korang cakap aku kurang membaca atau tak ambil tahu hal ehwal dunia atau apa. Yang penting, sekarang aku dah tau kewujudan negara bernama Vanuatu ini. Jadi apa kata aku kongsi dengan korang. Senyum sikit ye. Kata sharing is caring, bukan begitu? Hehe.

Mari kita berkenalan dengan Republik Vanuatu. Oh, sebuah negara pulau rupanya.

Tahukah anda Vanuatu terdiri daripada sekurang-kurangnya 83 buah pulau? (Snoodies, ada nada HMS on site tak? Ngeee~)

Tapi dekat mana eh?


Ooo...belah-belah situ rupanya. Fuh! Jauh jugak tu Vanuatu. Ok sekarang mari kita minta autograf Republik Vanuatu (No, bukan autograf as in signature tu tau. Ini autograf yang masa kecik-kecik zaman sekolah beli buku comel pastu passing satu sekolah mintak diorang tulis biodata/kata-kata/ucapan/apa saja-masa tu kitorang selalu sebut 'isi buku otograf' hahaha. Err, budak sekolah sekarang still have those things ke?)


Full Name - Republic of Vanuatu
Capital City - Port Vila (on the island of Efate)
Area - 12, 189 km2 , (4,706 sq miles)
Population - 221,417 (2007, National Statistics)
Time Zone - GMT/UTC +11
Languages - There are over 120 distinct languages and many more dialects in Vanuatu but only 3 official languages: English, French and Bislama (pidgin English).
Religion - Christian (84%), Other (16%)
Currency - Vatu (VT). Foreign cash, travellers cheques and credit cards are widely accepted in Port Vila.
Climate - Cooler, drier Season May-Oct, Average daytime temp 26C. Wetter, hotter season Nov – Apr average daytime temp 29C


Ok tu semua aku Google dan jumpa kat sini. Sila klik sendiri untuk bacaan lanjut. Tak kuasa pulak aku nak buat kelas Geografi kat sini. Hehe. Sebab diri sendiri pun tak terer Geografi. Kena tuisyen dulu baru boleh bagi kelas tambahan kat korang. So, ada sesiapa nak bagi tuisyen Geografi free untuk aku? Hahaha.

To whoever that person from Vanuatu that had accidentally visited my blog the other day, thanks to you, now I know where Vanuatu is. Cheers! *Claps*
(Macam la orang tu akan datang balik blog aku dan baca ucapan ni kan?) T___T

Friday, December 3, 2010

December......







.....equals to L.O.V.E
^_____^

Tuesday, November 30, 2010

Snoodies Kedua Selamat Berumahtangga

Snoodies ada 10 orang semuanya. Alhamdulillah, minggu lalu, selamat sudahlah Khairiyah Kamaruddin @ Carrie menjadi isteri orang. Kami para Snoodies tumpang gembira dan berbahagia sekali. (Eh, kenapa ayat mukadimah sebijik macam mukadimah entri ini? Hehehe..)

Pada kesempatan ini, aku selaku alwakil Snoodies cawangan Kepulauan Borneo (ecewah..lantik sendiri nampak) ingin mengucapkan....

SELAMAT PENGANTIN BARU CIKGU KHAIRIYAH DAN CIKGU SALIM!!!

Semoga perkahwinan anda berdua mendapat keberkatan Allah dan dipanjangkan jodoh kamu berdua hingga ke akhir usia.

Maaf tak ada gambar kali ini sebab aku tak pergi ke majlis diorang (sedihnya). Tapi walaupun ada 5 orang yang tak dapat menghadirkan diri, doa kami tetap bersama kamu Cik Puan Carrie.

And to the remaining 8, I can't wait for the next wedding event! Macam dah terbau nasi minyak dari seseorang ni. Haha. Takpe, kita sama-sama tunggu sidang Gmail tergempar bila tiba masanya nanti ye. Hehehe.

Oh, iklan sekejap. Siapa nak kahwin tahun depan dan seterusnya boleh usha website ini. Aku cakap tahun depan dan seterusnya sebab tahun ini tinggal 30 hari je lagi. Takkanlah korang nak kahwin dalam masa 30 hari ni tapi tak get ready lagi kan? Err..ke ada macam tu? Takpe, usha je. Yang belum ada calon pun boleh usha jugak mana tau nanti tetiba sampai seru tau dah kat mana nak cari kan?

Have a good day!

Saturday, November 27, 2010

Would You Tell Me Your Secret?

Rahsia.
Semua orang ada rahsia. Besar, kecil, baik, buruk, bersih, kotor, selagi kau simpan seorang dan kau tak berniat mahu kongsi dengan orang, tetaplah rahsia namanya. Walaupun setakat fakta kau nak makan coklat tapi kau tak mahu sebab kau takut gemuk, selagi tak beritahu orang, itu adalah rahsia kau.

Rahsia.
Bila seseorang dah amanahkan kau untuk simpan rahsia dia, maka kau kena simpan. Biar sekecil mana sekalipun, kau mesti simpan jugak. Sebab itu amanah yang dia dah turunkan pada kau. Jadi, kalau kawan kau larang kau beritahu mak dia yang dia balik lambat setiap hari sebab kerja sambilan kat kedai Ah Liong hujung kampung demi nak belikan baju kurung baru untuk harijadi mak dia, kau senyap.

Rahsia.
Tapi ada juga rahsia yang memakan diri. Kau simpan, kau sakit. Kau luah, kau sakit jugak. Jadi kau terhimpit. Kata orang ditelan mati emak, diluah mati bapak, dikulum dalam mulut pun mati anak. Jadi macam mana?

Rahsia.
Ada orang bila tak boleh simpan rahsia tapi tak boleh sebar rahsia, dia pergi cakap dengan pokok. Atau dengan kucing. Atau pada angin. Atau pada bulan. Sesetengahnya tulis atas kertas sampai puas, lepas tu carik-carik dan bakar jadi abu. Atau lipat jadi kapal dan pergi ke laut dan lepaskan ia dimakan ombak. Mungkin juga sumbat dalam belon dan lepaskan ia terbang ke langit tinggi.


Rahsia.
Ada yang hantar ke ruangan berkongsi rahsia secara rahsia.

Kamu? Kalau ada rahsia yang tak tertahan tapi tak terluahkan, kamu buat apa?

Thursday, November 25, 2010

Gelas Kertas Separuh Penuh

Aku datang kepadanya yang sedang duduk santai sendiri di bangku taman bunga. Hulurkan gelas kertas air bikarbonat kegemaran ke tangannya, lalu turut duduk bersama.

Usai hirupan pertama, dia bertanya.
Ingat lagi masa aku hulurkan gelas kaca separuh penuh di atas meja?

Aku pandang dia. Lama, baru aku bersuara.
Kau masih tak lupa?

Senyum kelat. Lama, baru dia membalas kata.
Bagaimana mungkin lupa? Sampai tika ini kau masih berhutang padaku jawapannya.

Dia kemudian diam. Lama. Aku masih bungkam. Lama.
Yang kedengaran cuma hela nafas yang dalam.

Selang beberapa ketika, aku ambil gelas kertas di tangannya. Air bikarbonat sudah separuh habis membasah tekak. Aku unjuk depan matanya sambil tarik nafas panjang.
Ini aku.


Jeda. Sepi tanpa suara. Dia kerut dahi tanda kurang faham.
Aku pandang mata dia.
Gelas kertas ini umpama hati aku.
Mudah koyak.
Mudah renyuk.
Mudah rosak.
Tuangkan air panas mendidih, tak sesuai.
Tuangkan air sejuk mengaisbeku juga tak sesuai.
Terkena kotoran tak mudah dicuci.
.
.
.
Dan bebelanku seakan tiada penghujung, hingga akhirnya dia hentikan aku daripada terus bicara. Dia kata pada aku. Gelas kaca, gelas kertas, gelas jenis apa sekalipun, bukan itu yang utama pentingnya. Tapi isinya.
Kamu.

Dan sekali lagi, aku hanya mampu terdiam menunduk.




Nota pendek: Teringat Gelas Kaca Separuh Penuh.

Saturday, November 13, 2010

Food Cravings

Tadi aku terasa nak makan McD. Punyalah geram aku tengok iklan McD yang ada bebudak battle freestyle lagu McChicken..terliur aku dibuatnya. Tapi bukan terliur McChicken. Terliur Double Cheese Burger. My fave! Huhu. Ada orang tu kata nak temankan, siap sempat 'buli' aku lagi sebab kalau tak dia kata tak mo temankan aku pegi McD (bweks! I know you'll read this so double bweks for you dush!) tapi sebenarnya dari awal lagi dia memang tak boleh temankan pun. Sia-sia je aku dibuli. Bweks again!



(oh my dablechiz beger!)


Anyway, aku terfikir, what makes us crave for certain food?


comel je ikan ni boleh pulak mengidam nak makan sushi


Oh, kalau sesiapa tak tahu apa itu food craving ataupun mengidam tu (ada ke yang tak tau?), wikipedia cakap, maksudnya adalah keinginan untuk memakan sesuatu makanan tertentu. Contohnya, macam kes aku tadi : keinginan untuk memakan Double Cheese Burger McDonald!

Lepas google, barulah ku tahu kemungkinan perasaan ingin makan sesuatu tu adalah disebabkan oleh beberapa perkara:

1. Badan kita sedang mengalami ketidakseimbangan kandungan bahan dalam badan. Might be chemicals, vitamins, minerals, atau apa saja. Ada penerangan yang panjang, tak kuasa nak tulis kat sini. Korang google lah ya.

2. Sesetengah fungsi badan kita tengah lemah-lemah sikit. Contoh macam pankreas, atau mungkin kelenjar-kelenjar tertentu tidak merembes dengan baik. Who knows.

3. Emosi. Korang tau tak bila hati dilanda resah (amboi ayat aku), kita lebih mudah untuk mengidamkan makanan-makanan manis? Contohnya coklat. Sebab makanan manis ni boleh mengaktifkan bahan kimia dalam badan (ke otak ntah) yang boleh buat kita rasa gembira. Korang google sendiri, ada banyak info. Patutlah lepas makan coklat aku selalu rasa best. Hahaha. Sapa kuat emo cepat pegi cari coklat sekarang! Hehe.

4. Habit. Totally habit. Contohnya korang dah biasa makan aiskrim tiap-tiap hari lepas makan malam. Once korang tak dapat aiskrim, memang korang akan cari sampai dapat. Hmm.

Ada banyak lagi artikel aku jumpa yang ada kaitan. Kenapa ada orang addict dengan certain food/drink (macam coklat and coffee). Kenapa orang mengandung mengidam bukan saja makanan tapi benda selain makanan (mengidam benda selain makanan, istilahnya 'pica' in English tau) dan macam-macam lagi. Aku nak cakap lebih pun ini bukan bidang aku. Mari kita sama-sama google dan sama-sama baca.


Artikel ini tidak membantu? Memang tak membantu pun, sebab aku nak lepas geram je kerana tak boleh makan McD. Dan, sebab ada orang buli aku. Dush!

Now let's stop blogging and see what I have inside that fridge. Oh ya, chocolates!! (Bolehlah, untuk mengubat hati resah sebab tak dapat Mcd)

wah, kalau aku tinggal dalam istana coklat macam ni, mau roboh dengan cepat rumah aku kena gigit.

Friday, November 12, 2010

Shamrin (Fotograf) Meninggal Dunia?

By now mungkin ramai dah dengar khabar penyanyi ni telah kembali ke rahmatullah, dikatakan sebab terjatuh masa bermain futsal. Aku baru tau tadi sebab bekas rommate aku Cik Pearl ada tulis pasal ni kat blog dia. Mungkin berita ni masih baru sebab aku belum nampak berita ni kat suratkhabar secara rasmi. Apapun, kalau betullah dia dah tak ada, mari kita sedekahkan al-Fatihah sebagai saudara seagama (walaupun aku ni bukanlah peminat tegar Shamrin atau Fotograf, tapi pernah jugaklah dengar lagu diorang kat radio atau TV).

Macam yang aku cakap tadi, aku ni bukanlah peminat tegar dia sampaikan boleh tertulisnya entri ini. Aku jarang tulis berita artis kot. Cuma, aku rasa nak tulis pasal ni sebab aku terkejut dan rasa macam tiba-tiba sangat berita ni aku terima, sampaikan aku jadi sentap sekejap tadi sebab terfikir bahawa aturan Tuhan adalah sangat di luar jangkauan kita manusia.

Baru bulan lepas, aku terima emel pasal pertandingan mencipta lirik untuk single pertama Shamrin. So Shamrin sekarang dalam proses nak keluarkan single baru. Honestly, memang aku nak turut serta peraduan tu sebab nak cuba nasib je. Manalah tau lirik aku sangkut kan, dapat jugak duit poket. Walaupun highly unlikely got chance to win, but so what?




Tapi, disebabkan ada kekangan, aku tak dapat idea untuk menghasilkan lirik aku. Boleh je kalau nak redah dan tulis je, tapi sebab aku tak nak main hantar lirik yang macam sampah, aku tahankan sampai aku puas hati dengan lirik aku. Seganlah nak hantar lirik yang entah apa-apa. Lainlah post kat blog aku ni. Kalau aku tulis sampah kat sini,ikut suka aku la kan sebab ni blog aku. Tapi, kalau yang nak bagi kat orang ni, kenalah bagi yang melepasi benchmark yang aku sendiri dah tetapkan.

Dok dengar lagu dia kat youtube (klik sini untuk dengar melodi) pun masih tak boleh nak tulis apa.

Jadi, sampai ke tarikh tutup 1 November, aku masih tak didatangi idea bernas dan emas, jadi aku terlepas untuk join peraduan ini. Aku kalah di tangan masa, dan aku redha.

Tup tup tadi aku dapat berita Shamrin meninggal dunia. Sudah begitu janji Tuhan, kita takkan dapat menghalangnya. Al-Fatihah.

Jadi, untuk kita-kita yang masih bernafas ni, fikirlah sendiri. Hari ini kita bernafas, esok belum tentu lagi. Apa yang kita dah buat hari ini? Dan apa yang kita belum buat sampai saat ni?

Apa yang aku sudah dan belum selesaikan hari ini?

Sunday, November 7, 2010

November Rains

It's November already?
Wow. How time flies.

I (kind of) hate November, yet I love it.
Hmm..Well, not that I really hate it,
but somehow the month of November reminds me of things I want
(but I cant)

Like this one.
(Sigh)

But I do love it because if there is no November,
how on earth can I have my lovely December, right?




(11 months and counting.....Gosh, I hate this part right here)

Friday, October 29, 2010

Lelah

Pada hari-hari yang mana aku rasa jiwa aku begini, bisakah kamu tahan aku dari rebah?

Tuesday, October 26, 2010

My Circadian Rhythm

Bila kantuk meraja di saat mentari masih tertawa
Bila lena terjaga dan lihat jam dinding di angka dua
Does that means my Circadian rhythm is out of order?
Sigh~

Circadian rhythm adalah ritma semulajadi pada hidupan yang mana ia berulang setiap 24 jam. Korang tahu tak, bagi seorang dewasa, purata Circadian ryhthm kita adalah lebih kurang 24 jam 11 minit. Ini wikipedia yang bagitau aku. Benda ni dah built-in dalam badan kita. Tak kisah lah kat manusia ke haiwan ke tumbuhan ke, semua ada cycle masing-masing. Sebab itu kita mengantuk di malam hari dan terjaga di awal pagi. Sebab badan kita terima signal dari persekitaran dan pastikan kawalan tubuh kita berada pada perkara yang sepatutnya.

Tapi, bila ritma ni terganggu (macam aku sekarang ni kot), tu yang jadinya terjaga pukul 2am tak tahu nak buat apa ni. Haih. Blogging je lah jawabnya.

Wikipedia cakap, antara contoh circadian rhythm sleep disorders adalah:
a) Tidur awal sangat (Advanced sleep-phase syndrome, ASPS)
b) Tidur lewat sangat(Delayed sleep-phase syndrome, DSPS)
c) Tak tentu masa tidur dan jaga (Irregular sleep-wake disorder).

Korang selalu dengar orang jetlag? Haa..itu pun sama jugak, Circadian rhythm dia dah lari sikit sebab body clock hour dia masih ikut cycle kat tempat lama, tapi tempat baru tu mungkin berbeza banyak jam dengan tempat lama, tu yang jam badan pun jadi pening.

Aku tak pasti aku dalam kategori mana. Yang aku tau, aku mengantuk di petang hari dan aktif di tengah malam. Haih. Nocturnal? Whatever. Yeah, maybe it has something to do with my working lifestyle.

Ini adalah Circadian Cycle yang aku ambil dari Wikipedia



Ini pulak, adalah aku punya daily cycle. Fuh..korang nampak tak bezanya? Sobs..

Thursday, October 21, 2010

Selamat Pagi.

Selamat pagi.
Dah bangun?

Aku belum tidur.
T____T

Wednesday, October 6, 2010

Admire

1. I admire my dad coz he can play music well. He can play by the ears, something that I am still lacking. (In fact, I still cannot tune my own guitar well without the tuner. I can tell if it is out of tune, but to tune it to the right key is quite a struggle for me)

2. I admire people who can sing AND play music simultaneously.
I've tried and I messed up. While I'm focusing on my music, I tend to forget the lyrics. And the moment I'm trying to memorize my lines, my fingers do not seem to go along well with whatever instruments I'm playing. That sucks.

3. I admire people who can compose great piece of music. It will always wonders me, how on earth do people got the idea to create so many different piece of beautiful music just from 7 basic notes. Sometimes I feel it's magical.

Saturday, September 25, 2010

MoonCake Festival!



One of the great thing about being a Malaysian, is that we have the chance to celebrate so many festival around. Hehe. Recently, not long after the peak of Eid celebration (we are still in Eid festive season now anyway) was the Moon Cake Festival.

So, few days back, me and my friends went to see the Mooncake Festival Celebration, located at the Carpenter Street, the so called Chinatown. (There is also the Indian Street nearby). It was a fun outing, and I had enjoyed myself that night. Thanks komity!

In some places, it is also called as Mid-Autumn Festival, or Moon Festival, or Lantern Festival.

There are famous myths related to the history of the festival, of them are the well known story of Hou Yi and Chang Er (there are quite a number of versions though) and how Han Chinese planned to overthrow the Mongols by the mean of mooncake. You may read more here. :)


See, lots of lanterns hanging around. Beautiful, isn't it? Oh by the way, meet me and my friends : the Komity. Say hi~ (however one of the member is missing. Huhu.)

Wednesday, September 22, 2010

Me and My Midnight Melodies...

It's so late after midnight and I dont feel like sleeping, not that I dont want but I just cant sleep. And for the past few hours I've been looping songs from my playlist in Reverbnation.

Just thought I might share some of the songs, since lagu-lagu ni korang takkan dapat dengar kat radio. Well, I mean for the time being lah..mungkin tahun depan ada masuk Xfm..Mana tahu, kan?






















dan banyak lagi tapi tak terlarat aku nak copy paste sekarang.
Nanti-nanti sajalah.

Enjoy!

Friday, September 10, 2010

Salam Aidilfitri! Have A Blessed Eid!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

I'd like to wish Happy Eid to my fellow families and friends, an all readers who are celebrating Eid-al-Fitr wherever you are.

Semoga Syawal ini membawa jutaan rahmat dan barakah pada kita semua. Ramadhan telah berlalu pergi, tapi harapnya apa yang kita sudah pelajari dalam 'sekolah Ramadhan' sejak sebulan yang lalu tidaklah dibiarkan begitu sahaja menunggu datangnya Ramadhan tahun hadapan pula.

Pada kesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf kepada sesiapa sahaja,baik sanak saudara, sahabat handai, kenalan rapat mahupun kenalan di alam maya, malah yang belum menjadi kenalan dan pembaca/pelawat yang memilih untuk tidak menunjukkan diri. Maaf andai ada tulisan yang mengguris hati, maaf jika ada janji yang belum tertunai, maaf jika ada salah dan silap, maaf segalanya sama ada yang saya tidak sengaja, apatah lagi yang sengaja.

Have a wonderful celebration and May Allah Bless You.

Ikhlas,
Melody Myzmyn @ iramahati
-live in kampung-
Hehhehehe..

Am taking quite a long break from blogging. (But masih menulis di buku nota kecil biru kesayangan). Mahu cuti puas-puas. See you after 2 weeks time!!

Friday, August 27, 2010

The Truth of Being Perfect

As difficult as it is for you to not tell me the truth, is as difficult it is for me to not let you know, that I knew.
(And I've known it for quite some time, long before we met)

The more you are trying to be perfect for me and for us, the more that you are letting me down. So just be yourself, because you are imperfectly perfect in my eyes. And this is the truth.






Kris Allen - The Truth

Lying next to you
Wishing I could disappear
Let you fall asleep
And vanish out into thin air

It's the elephant in the room
And we pretend that we don't see it
It's the avalanche that looms above our heads
And we don't believe it

Trying to be perfect
Trying not to let you down
Honesty is honestly the hardest thing for me right now
While the floors underneath our feet are crumbling

The walls we built together tumbling
I still stand here holding up the roof
Cause it's easier than telling the truth

I still keep your photographs
I remember how we used to laugh
I can keep on losing sleep
If you're okay with being torn in half

It's the elephant in the room
And we pretend that we don't see it
It's the avalanche that looms above our heads
And we don't believe it

Trying to be perfect
Trying not to let you down
Honesty is honestly the hardest thing for me right now
While the floors underneath our feet are crumbling

The walls we built together tumbling
I still stand here holding up the roof
Cause it's easier than telling the truth

Stop ignoring that our hearts are mourning
And let the rain come in
Stop pretending that it's not ending
And let the end begin, oh yeah...

Trying to be perfect
Trying not to let you down
Honesty is honestly the hardest thing for me right now
While the floors underneath our feet are crumbling

The walls we built together tumbling
I still stand here holding up the roof
Cause it's easier than telling the truth


It's easier than telling the truth...



P/s: I am currently trying to work on a cover version (cum reply version) of the song.

Monday, August 23, 2010

Kad Raya Masih Wujud Tau....

Setiap tahun, saya memang suka pergi pejabat pos kirim kad raya. Perasaannya lain daripada hantar e-card atau SMS atau MMS. Bila saya tulis kad raya untuk girl friends saya, bersungguh saya fikir ayat supaya ucapan dan pantun kat setiap kad tu berbeza. Konon tak copy paste lah. Padahal girl friends saya semua duduk jauh-jauh, tak adanya nak membandingkan ayat ucapan dalam kad tu. -_-


Nak kirim kad raya tak tahu official punya alamat surat-menyurat, tapi tak nak tanya dia apa alamat penuh sebab konon mahu surprise.

Hmmmm....




Agak-agak kalau hantar macam ni, posmen reti cari tak?




Teaser: Sesiapa pernah dapat kad raya tahun lepas, berkemungkinan besar tahun ni kamu dapat jugak. ^_^.

Disclaimer: Oh, sesiapa tak pernah dapat kad tu, minta maaf, bukan saya tak ingat kamu. Mungkin saya tak tahu alamat kamu tapi saya segan nak tanya alamat terkini, dan sebab saya lebih suka surprise

P/s: Padahal dah tak surprise dah kalau orang baca entri ini (-_-')


Iklan: Sesiapa yang rasa macam dah lama tak terima kad raya dan teringin nak dapat satu kad raya klasik bertulis tangan tahun ni (official kad raya yang setiausaha klien kita selalu print pastu main cop kompeni aje before bagi kat bos dia suh tandatangan sebelum suh ofis boy/mat despatch tolong pegi pos tu tak aci lah kan), sila emel..

^_^

Saturday, August 21, 2010

Tempat Asal Cinta seperti yang ditulis oleh Wani Ardy

Bacalah, dan semoga kamu akan faham....

Tempat Asal Cinta

by
Syazwani Ardy on Friday, August 20, 2010 at 3:05pm
Pernah jatuh cinta dengan orang yang hatinya sudah berpunya?

Saya pernah. Lebih sekali. Saya percaya ramai di luar sana juga pernah. Normal bagi mereka yang tidak pernah, untuk menganggap golongan yang pernah ini sebagai gatal, atau sengaja, atau mencari fasal. Normal untuk kita berkata itu ini sebelum merasai. Manusia prejudis pada apa yang mereka tidak tahu dan skeptikal pada apa yang mereka tidak faham. Ini kelaziman kita semua. Jangan kecil hati.

Gatal, sengaja, atau mencari fasal - saya tidak akan mengiya atau menidakkan mana-mana. Boleh jadi tiga-tiga. Boleh jadi salah satu. Boleh jadi bukan langsung. Jangan bilang "kejinya, aku takkan buat begitu." Perjalanan hidup bukan semuanya dalam tangan kita untuk menentu.

Pada saya, mereka yang melalui pengalaman ini adalah golongan idealis (yang perlu direalistikkan), sedikit lemah (yang perlu dikuatkan), dan yang paling penting, terpilih oleh Allah untuk dihadapkan dengan ujian.

Kalau jatuh cinta dengan orang yang hatinya sudah berpunya itu dosa, kenapa Allah menghalalkan poligami? Fikir. Yang bikin dosa adalah perbuatan, bukan sangat perasaan.

Saya berani kata begini sebab saya banyak dosa.

Tapi itu cerita lain. Ini cerita kita-kita.

Selama hampir 26 tahun saya bernafas, mengutip pengalaman dari hidup sendiri, mengutip cerita dari hidup ratusan orang di sekeliling, saya semakin sedar, bahawa jatuh cinta adalah jatuh cinta.

Jatuh cinta setelah tahu dia sudah berpunya.
Jatuh cinta sebelum tahu dia sudah berpunya.
Jatuh cinta namun berpisah kerana hatinya diambil orang lain.
Jatuh cinta, berpisah, dia mula hidup baru dengan teman baru, namun kita masih terus menerus jatuh cinta.

Jatuh cinta adalah jatuh cinta. Titik.

Sakitnya mengetahui bahawa orang yang kita kasih itu mengasihi orang lain, atau terikat dengan orang lain, adalah sakit yang luar biasa. Bilamana dia itu suami/isteri orang, tunangan orang, atau kekasih orang, kita serta-merta mengarah hati kita supaya berhenti. Jangan sayang lagi. Tak boleh!

Hati tanya kenapa?

Kita jawab tak boleh.

Hati tanya kenapa?

Kita jawab tak boleh!


Setakat "tak boleh", lut ke?

Biasanya kalau ada rasa benci, akan lebih mudah untuk awak berhenti mengasihi. Kalau dia itu jahat orangnya, banyak buat salah, layan awak seperti sampah, adalah modal untuk membenci. Masalahnya dia baik (kalau jahat kenapa pula awak hendak jatuh cinta, betul?), dan dia tidak buat salah, dan dia tidak layan awak seperti sampah. Jadi modal untuk membenci tidak ada. Satu-satunya modal untuk berhenti ialah kekuatan diri awak sendiri. Iman. Nekad. Dua perkara itu paling payah hendak timbul bila sudah bertembung dengan hati yang sarat dengan nafsu hendak mencinta dan dicintai. (Dan orang gila mana yang tidak mahu mencinta dan dicintai?)

Hati dengan otak, manalah duduk sebelah-menyebelah.

Apa yang saya buat dahulu untuk memboloskan diri dari keadaan ini ialah, saya berserah. Bukan berserah sekadar di mulut, tapi betul-betul berserah. Tahun demi tahun, saya semakin sedar bahawa manusia bukan kepunyaan manusia. Pasangan kekasih bukan dimiliki satu sama lain. Pasangan tunangan bukan dimiliki satu sama lain. Suami isteri juga, bukan seratus-peratus dimiliki satu sama lain. Lelaki yang saya jatuh cinta itu bukan barang runcit, yang saya boleh curi-curi ambil dari troli orang lain. Kalau pun dia dengan saya, satu hari dia boleh pergi ke orang lain. Kalau pun dia dengan kekasihnya, satu hari dia tetap boleh pergi ke orang lain. Dia ada otak, ada hati, ada kaki; dia boleh ke mana-mana sesuka hati. Setiap manusia ada hak dan daya untuk memilih. Jadi apa makna "pemilikan"? Apa makna "kepunyaan"? Wujudkah "pemilikan" dan "kepunyaan" sesama manusia? Siapa yang benar-benar memegang otak, hati, kaki, seluruh anggota manusia tadi? Siapa yang ada kuasa total untuk mengawal semua ini?

Kawan saya kata, "tempat asal cinta ada satu saja."

Saya percaya, kita jumpa jodoh kita kalau kita mula mencinta dengan mencintai Allah. Saya bukan orang yang paling baik. Saya cuma tukang redha. Tukang berserah. Tukang sujud. Tukang tadah. Dan semua ini paling ketara bila saya paling susah. Saya bukan orang yang paling baik.

Cuma dalam situasi sebegini, saya ambil langkah pertama dengan berhenti berfikir, "Aku nak dia. Aku nak dia. Aku nak dia." Sebaliknya saya mula berfikir, "Terpulanglah, Allah. Apa saja yang Kau rasa baik untuk aku. Terpulanglah. Buatlah." Redha dan berserah pada mulut adalah sangat-sangat berbeza dengan redha dan berserah pada hati. Hanya bila ia terjadi pada hati, akan awak tahu bezanya. Percaya cakap saya; sangat-sangat besar bezanya.

Saya percaya jodoh itu misteri. Letaknya di tangan Allah, bukan manusia. Jangan biar manusia lain menetapkan definisi jodoh bagi kita. Jodoh itu bukan bererti jatuh cinta dengan orang bujang. Atau lelaki berkopiah. Atau wanita yang tidak pernah berbuat salah. Menjadi isteri kedua adalah jodoh. Menjadi isteri pada cikgu awak adalah jodoh. Berkahwin dengan office boy tempat awak bekerja adalah jodoh. Berkahwin dengan musuh awak zaman belajar dulu adalah jodoh. Berkahwin dengan janda adalah jodoh. Berkahwin dengan lelaki yang lebih muda adalah jodoh. Berkahwin dengan duda anak tiga juga tetap jodoh. Kerana jodoh itu bubuhnya di tangan Maha Pencipta, jadi ia boleh datang dalam macam-macam rupa.

Kalau kita betul-betul hendak tahu apa akhir cerita cinta kita,
kita kena berbalik pada tempat asal cinta itu.

Dan seperti kawan saya kata,
tempatnya cuma ada satu.



This is what Wani Ardy had posted on her FB notes. Dan saya salintampal di sini untuk kita kongsi kerana apa yang saya baca dan rasa terlalu mahal untuk saya simpan sendiri. Perkongsian untuk diri sendiri, keluarga, sahabat dan semua yang membaca. Such a meaningful post from her. Fikir-fikirkan.

Dan kepada kamu-yang-tak-perlu-disebutkan-namanya-di-sini, baca dan (harapnya mungkin) kamu akan faham apa yang saya maksudkan.

(Wani, you did it again.
Thanks)




Tuesday, August 17, 2010

I Love My Name : Melody


Aku tak tau nak cakap macam mana, tapi aku memang suka giler dengan nama diri sendiri. Suka sangat-sangat sampai aku rasa nama aku yang paling cantik kat dunia. Hahaha. Oh, siapa-siapa yang masih tak tahu dan tak pasti, nama aku Melody. Betullah macam yang korang nampak kat halaman aku ni, nama aku lah tu. Bukan saja-saja letak Melody sebab suka tengok Melodi kat TV3. Tak ada kaitan ok.

Berbalik kepada cerita nama aku. Aku tau, kadang-kadang ada orang cakap nama aku pelik sikit. Yelah, Siti Melody kan. Lainlah Siti Zubaidah atau Siti Mariam atau Siti Nurhaliza. Hehe. Tapi, aku peduli apa. Aku tetap suka nama Melody tu. Bagi aku, unik. Dan sebab nama aku Melody jugak lah, kawan-kawan lama yang dah bertahun-tahun tak pernah jumpa lagi malah dah lupa rupa aku macam mana, masih boleh ingat aku. dan sebab nama aku Melody jugak, aku jumpa ramai kawan baru. :)

Persitiwa 1:
(Berkenalan dengan kawan baru)
"Hey, your name is Melody? Masa sekolah rendah I ada sorang classmate, nama dia Siti Melody..bla bla bla...tapi tak tau dia kat mana sekarang bla bla bla...."
"OMG! Dude, I'm that Melody!"
(Oh korang, ini versi setelah dialihbahasa ye. Tak adanya aku borak ngan kawan-sekolah rendah sekampung aku stail macam tu, mau kena sekeh sebab lupa daratan karang)

Peristiwa 2:
Aku terbang dari KL, baru mendarat di Kuching International Airport. Korang tau kan kita kena bagi kad pengenalan kat kaunter imigresen?
(Sambil unjuk IC kat cik kaunter imigresen)
"Siti Melody? Awak kawan XXXXXX kan?"
(Tergamam)..."Err...Yup..Macam mana tau?"
(Cik kaunter senyum)..."Saya cam nama awak. Saya kawan XXXXXX"
(Masih tergamam kot).."Oh,ok..." (Senyum kembali)

Aku selalu cerita pasal nama aku kat kawan-kawan aku. Especially Snoodies, diorang pun dah muak kot selama 4 tahun aku dok kat Pahang dengan diorang dulu, ada saja aku ulangtayang siaran langsung cerita "How Melody Got Her Name" tu. Hahaha. Kalau tiba-tiba pensyarah kelas bahasa Inggeris panggil ke depan dan suruh buat impromptu public speaking, terus aku cerita pasal nama. (Sebab masa gabra dah tak boleh fikir nak cakap apa, maka aku cakap je apa yang aku suka)


Apart from my real name, I am also in love with my nickname/nama pena/nama samaran ikut korang lah nak panggil nama apa. iramahati, with small letter i for "i"ramahati ok. :) I first used that name in iRC, hehe those were the days. Tapi lepas dah tak main iRC, nama tu masih lekat lagi dan sampai sekarang aku masih guna lagi. I even made my own phrase/tagline : "irama hati ini kan terus bernyanyi, selagi nafas masih bermelodi". My favourite line. Hehe.

Satu lagi, aku memang pantang tengok barangan yang ada nama Melody atau ada kaitan dengan muzik/melody. Suka sangat! Dulu masa belajar aku ada kumpul lencana yang ada tulisan "melody". Ada warna biru, pink, hitam etc. Pastu barang paling aku suka adalah kotak muzik bentuk hati warna hitam/emas, dan ada tulisan "melody" kat cermin dia. Aku malas nak bangun snap gambar, so korang imagine sajalah ye. Aku pernah dera seorang kawan, ke hulu ke hilir dia kena temankan aku keluar masuk macam-macam kedai, sebab aku nak beli earring yang bentuk musical note. Dan sekarang aku ada jugak simpan buku kecik yang cute tu yang ada gambar kartun comel main music. Masa aku jumpa buku kecik comel tu, aku rasa macam nak borong je semua (Info: Aku suka kumpul buku nota jugak. Suka giler). Ada yang main gitar, main piano, main biola, nyanyi-nyanyi, macam-macam. Tapi akhirnya aku ambil yang gambar main piano je. RM 1.90 satu, nanti aku nak pegi kedai tu beli lagi. Hehe.

Kartun My Melody pun aku layan. Dulu aku nak beli dia punya bantal peluk comel ngan slipper rumah tu



(Kartun My Melody)

Alamak dah tulis panjang sangat. Ok bye.

Monday, August 16, 2010

Ramadhan

I have not post any Ramadhan greetings here in my blog, kan? Tak terasa dah hampir seminggu umat Islam berpuasa. Another 3 more weeks to go, hope everyone is doing fine ya..

HAVE A BLESSED RAMADHAN, ALL.
AND FORGIVE ME FOR ALL MY WRONGS, SENGAJA ATAU TIDAK.



P/s: Rasa-rasa macam banyak cerita Ramadhan yang nak aku kongsi, tapi macam tak ada mood nak tulis sekarang. Kalau ada, nanti aku update. Kalau tak ada, tunggu tahun depan saja lah.

Fast Forward

Fast Forward

Can I just fast forward
The life that i am living
to the time that i
will find u
will meet u
will know u

can i just fast forward
now?

Saturday, August 7, 2010

Jatuh Hati Pada Melody!

Aku jumpa satu lagu yang aku suka sangat-sangat.




Melody - by Kate Earl

no matter what has ever come to me
i got my own brand of company
i got ba ba ba inside my head
and i sing songs back to back until i got to bed

wake up by myself inside an empty room
theres no body next to mine to oooh
but my skin is warm and my heart is full
its the do do do do do do

walking waking on a crowded street
with my headphones loud
so my hips can swing, so my head can nod
to the rock and roll to the boom boom beat

and i find that im never alone
and i find that my heart is my home
and the music within makes me whole
a world that i built on my own

and i know that im never alone
and i know that my heart is my home
every missing piece of me
i can find in a melody

no matter what has ever come to me
i got my own kind of company
i got ba ba ba inside my head
and i sing songs back to back until i go to bed

theres a river in my mind thats never still
swirling , soothing all the time gives me a thrill
swimming in the notes that go
oh oh oh oh oh oh oh

wandering, waking in an empty wood
it is quiet here, i am powerful
i look down below serenade the world
from inside my soul

and i find that im never alone
and i find that my heart is my home
and the music within makes me whole
a world that i built on my own

and i know that im never alone
and i know that my heart is my home
every missing piece of me
i can find in a melody

when the walls begin to creep in
and the sky is fallin down
when im swallowed up in feelings
i get lost inside the sound...


Huhu..
This song touch me...

Tuesday, August 3, 2010

Snoodies: 1 Sudah Selamat, Lagi 9 InsyaAllah...

Snoodies ada 10 orang semuanya. Alhamdulillah, Sabtu 31 Julai 2010 yang lalu, selamat sudahlah Izzatun Nadiah @ Nutz menjadi isteri kepada Ikmal Adri aka Kong. Kami para Snoodies amat gembira dan berbahagia sekali.

SELAMAT PENGANTIN BARU IZZATUN NADIAH DAN IKMAL ADRI!!!!

(Sila klik gambar kalau tulisan tak jelas, tapi tak perlu baca pun tak apa. Bukan ada apa pun)


wanzu: nutz, sebelum kami serahkan ko kpd kong, ko kena jawab denda dulu.
art: betul2 tu wan..aku sokong!
nutz: alaaaa..korang nak buat apa ni.. hehehe
kong: (dalam hati) ish, diorang nak ragging nutz ke?



kong: sayang, i selamatkan u..mari, kita balik.tayah jawab denda.
wanzu: mana boleh macam tu kong



nutz: sayang, i nak ikut u balik lah macam ni..
kong: jum sayang..
wanzu: zue, tahan zue...denda nutz tu dia tak buat lagi mana boleh balik!!
zakiah: cepat zue, tahan..kita kena suruh nutz baling bunga kat kita dulu..



nutz: lorrr..cakap la awal2 nak suruh aku baling bunga, aku pikir korang nak suh aku menari wakawaka eh eh
snoodies: cepatla baling nutz, tak sabar nak rebut nih..



nutz: ok aku baling ni..sedia..1,2,3..sambut!!
snoodies: aku punya! aku punya!



Oh ya, did I mention Snoodies ada 10 orang semuanya tadi? Kalau kira balik, ada 9 je kat atas ni. Mana lagi seorang Snoodies?




To Nutz and Kong, congrats and we are so happy for you!!
Semoga beroleh kebahagiaan sampai ke syurga dan mendapat zuriat yang soleh,solehah dan comel macam mama dan papanya ye.

And that's how I spent my holiday last week. Full of excitement!! (sebab bukan senang 10 Snoodies berjumpa bersama ni tau. Rindu korang!!!!)

(P/s: Dialog tu tambahan dan rekaan aku saja ye, saja mau tiru gaya Abang N*** punya blog post hari ini. Hehehe.)

Friday, July 30, 2010

Hidup

Saya percaya dalam setiap kita, pasti ada satu titik hitam yang kita mahu padam, atau satu langkah tersasar yang kita harap bisa diundurkan, atau satu keputusan silap yang membawa kepada penyesalan sepanjang hayat, atau satu keterlanjuran kata yang tidak mungkin kita bisa tarik balik dan harus terima akibatnya.

Pendek kata, kita manusia. Kita bukan Tuhan. Kita tidak sempurna. Kita buat silap. Kita belajar. Belajar untuk terima silap kita. Belajar untuk hidup dengan silap yang kita cipta. Belajar untuk terus gagah biarpun kita dicerca. Belajar untuk tidak ulangi silap yang sama. Kita belajar jadi kuat.

Tapi, akan ada waktunya bila semua benda yang kita dah cuba nak lupakan tu datang balik menjajah dan kita jadi lemah. Lagi-lagi bila persekitaran mula menghukum. Nak buat macam mana?

Hidup mungkin lebih mudah kalau kita boleh backspace atau ctrl+z bahagian yang kita tak mahu,kan? Huhu.

Sunday, July 25, 2010

Minggu Hadapan...

Terbang.
Rentas awan.
Dakap kenangan.

Terbang.
Rentas lautan.
Peluk kerinduan.

Tuhan,
Restui kami bersatu kembali



(P/s: Aku sudah tidak keruan menghitung hari bertemu Snoodies)

Tuesday, July 20, 2010

Siapa Ada Setup Game SNOOD? Aku Nak!

Korang pernah main game SNOOD tak?

Kenalkan, ini Snoods.



Aku rindu sangat nak battle game SNOOD ngan Snoodies. Ok, bukan battle lah sebab ni permainan persendirian, bukan game lawan-lawan macam Counter Strike tu. Maksud aku battle tadi, sebab kami Snoodies masing-masing cuba nak pecah rekod Hall of Fame tu supaya dapat jadi top scorer. Wah I really miss those days.. Sobs.

First time tengok game Snood ni memang mengata. Mana taknya, muka Snood tu hodoh seh! Nak tengok pun tak lalu. Tapi bila main, masyuk plak. Pastu bila dapat selesaikan level-level tertentu kan, Snood tu pergi keluarkan pantun hikmat dia. Memang sengal gak kadang-kadang pantun keramat game Snood tu. Nak quote aku tak ingat lah pulak. Tapi memang kadang tu tak boleh blah, tambah lagi dengan muzik latarbelakang dan muka hodoh (tapi bila tengok lama-lama macam comel lah pulak) Snood tu.

Nak pergi cari setup game ni dulu ya. Nak layan, sebab minggu depan nak pegi jumpa Snoodies, so nak tahan rindu sambil menghitung hari tu aku kena layan game Snood dulu. ^_^

Oh, untuk makluman Snoodies bukanlah seperti gambar Snoods di atas ye.

Ini barulah dia Snoodies kesayangan. (",)



Gelap dan kabur gambar ni, tapi takpe sebab kami low profile. Hehe. Gambar masa zaman universiti. Masa tu belum mampu nak ada kamera canggih lagi. Muka pun muka budak-budak. Tapi layan je lah ye, sebab ni je gambar lengkap bersepuluh yang ada dalam simpanan aku.

InsyaAllah, kalau apa yang dirancang diperkenankan Yang Maha Kuasa, minggu depan kami akan bertemu kembali lengkap 10 orang. Untuk pertama kali semenjak graduasi. *berdebar*
Ya betul, kami tak pernah berkesempatan nak jumpa lengkap 10 orang *sayu*. Paling ramai pun yang pernah berjaya dikumpulkan setakat ni 7 orang je dalam siri small Snoodies gatherings sebelum ni.

Korang yang baca ni, doakan aku dapat jumpa 9 orang sahabat aku ni ya. Terima kasih.

Ok, back to my Q. Siapa ada setup game Snood? Aku nak!!!

Wednesday, July 14, 2010

Life Is Nothing But Only Drama

Today's quote :


"Every man's life is a fairy-tale written by God's fingers" -Hans Christian Andersen


Life is nothing but only drama. What do you say?

Monday, July 12, 2010

Quick Updates

Oh my, I havent post anything for July. It's been quite tiring for the past weeks, and I cant think of anything to write. Wait, I did think of few things to write, like the review the latest movie I watched, or the drama of World Cup 2010 (too bad we can't make it to final, Germany. Spain, congrats!) or the usual jiwakacau entries and whatsoever...

Just that I dont have the feel to write, yet. Till then...

P/s: I am in progress of writing my latest syok sendiri poem-turned-song hahaha. Thanks to KSMR for the kind words and support, wish you all the best in your journey too. (I know he might not be reading this, tapi nak jugak cakap. Hehe)

P/s again: And, to mysterious 'Red Shirt', thanks for the 1 second inspired moments. :)

Wednesday, June 30, 2010

Teori Si Budak Kecil : Ke Mana Abang Saya Menghilang? #1






Mungkin sesat jalan. Dan terus hilang....


Sunday, June 27, 2010

He Is Back, Hopefully For Good.

After the series of silence, he finally made up his mind to return into this world. Again. And I don't know he'll stay for how long, hopefully longer than before.
*smile*

Senandika dearies, nih Abang Zam korang dah kembali. :)
Ke arena blogging of course dear, what were you guys thinking? Hehe. Jadi, pada korang yang pernah tertanya-tanya ke mana menghilangnya Abang Zam korang sampai berhabuk Wordpress lama dia tu tak berusik (Eleh, Senandika nih, mula la masing-masing garu kepala pandang langit siku orang sebelah, tak mau mengaku la tu), ni dia dah buat blog baru kat blogspot. Klik sini

Tahniah kepada Daoz Razak yang berjaya menagih janji sekaligus menghasut Abang Zam anda sekalian untuk kembali ke dunia blogging. Dah tentu lah saya yang tolong Daoz Razak tagih janji kat Abang Zam (nak jugak tu letak kredit kat diri sendiri! Hehe.)

By the way, saja nak letak gambar lama Senandika di sini.

Pada zaman gambar ini diambil, semua orang masih syiok layan Friendster dan baru seorang dua berblog. FB? Twitter? Apa tu? Haram langsung tak tahu dan tak pernah dengar ok. Hahaha!


Happy Blogwalking.

Thursday, June 24, 2010

Bintang Jatuh

Tiba-tiba, semenjak beberapa hari kebelakangan ini, saya jadi rindu pada masa dulu. Saya rindu Hari Bintang Jatuh 2008. Semuanya bermula kerana event ini. Pertama kali di sini.

2008. Ah, rindu!



P/s: Tau tak apa yang saya paling suka pasal HBJ? HBJ 2008 - the Wall of Confession. HBJ3V:09 - The Tree of Confession. I wonder what will the next HBJ have. Not because I would want to stalk other people's confessions, just that whatever they write will make me feel better. Seriously.

I wonder if I ever got chance to write something for that too. That's if I ever got chance to attend HBJ lah kan. Maybe I should just send my secret confession here instead.

Wednesday, June 23, 2010

Jawab Tag

Bila kena jawab tag ni, rasa macam artis jawab interview dari press pulak. Berangan!

1. 3 names in your msg
:: Purly Comel, El Cappuchino and Xamree. (Mengikut latest msg in my inbox)

2. Your main ringtone
:: Airplane by BOB featuring Haylee (aku tak ingat lak camne eja nama Haylee. Or Haylie. Or Hailey?)

3. What u did at 12 last night ?
:: Internet + Astro

4. Who was the last person u went out with ? Where ?
:: Malam tadi, dengan Purly Comel, El Cappuchino and Xamree kat kedai Chillipeppers baru kat belakang rumah Purly Comel :p

5. The colour of the t-shirt u're wearing now ?
:: Dark Purple

6. The last thing u did
:: Makan

7. 3 of your everyday fav items
:: My phone
:: My lappy
:: Erm, my guitar.

8. The colour of your bedroom
:: It's so dark I cant even see what's the colour hahaha.

9. How much money in your wallet now ?
:: Malas nak cek wallet boleh tak?

10. How's life ?
:: Doing good, doing good. :)

11. Your fav song (s)
:: I can have an endless list for this!

12. What will u do next weekend ?
:: Err..work? Huhu.

13. When was the last time u see your mum ?
:: Monday morning.

14. Where is she now ?
:: At her workplace.

15. When was the last time u talked to your parent ?
:: Monday morning,when we were having our breakfast date hihi.

16. Who is the last person that talked with u last night ?
:: My brother.

17. Where did u have dinner last night ?
:: Chillipeppers belakang rumah Purly Comel.

18. The last suprise u got ?
:: This morning! Kena terjah dengan Xamree, Sepul and Adlin kat depan rumah! Oh My God nasib baik pintu tengah tutup kalau tak visible lah aku dahlah pakai seluar pendek je. Hish budak-budak ni..Terkejut aku.

19. Last thing u borrowed from your friend
:: Cant remember lah

20. Who is your bf/gf/husband/wife ?
:: Bf~ Anyone who is my friend that happened to be male. :p (Jawapan mengelat? No lah! hihi)
:: Gf~ Anyone who is my friend that happened to be female. :p
:: Husband~Not yet
:: Wife~ No way
:: Life is~ unpredictable.

21. What do u feel now ?
:: I miss my Snoodies...Sobsobsob.

22. Wanna share with who ?
:: With Snoodieslah. Hehe..dah selalu sangat kot aku cakap aku rindu kat diorang.

23. Who knows your secret ?
:: Kalau top secret mestilah diri sendiri. Kalau tak berapa nak top sangat, my best friends lah.

24. They keep your secret ?
:: InsyaAllah.

25. Are u angry with someone ?
:: Not anymore.

26. What do u order at MCD ?
:: Selalunya double cheese burger.

27. The last time u felt so sad
:: Erm..Cant remember.

28. Mahu tag ?
:: Mahu! Nak tag Wanzu lah, boleh?


Erk. Dah habis ek? Ok. Habis. Tapi kalau rasa macam ada soalan ekstra nak bagi kat tuan blog ni, boleh je korang pergi kat page Formsping dia. Tanya saja sesuka hati. Confirm jawab punya. Paling koman pun jawab "No komen" hahahha.


Blog Baru

Aku tukar wajah. Eh, tak tak tak aku bukan buat plastic surgery lah! Maksud aku, aku tukar wajah blog aku. Sebenarnya, dah agak lama juga aku mencari template yang aku suka, tapi aku tak jumpa yang aku betul-betul nak. Pernah jumpa yang berkenan di hati, tapi bukan warna biru pulak. Ya, aku memang nak jugak blog ni warna biru. Favourite colour ok. Kalau tak biru, tak mau. Cerewet giler. Patutlah belum kahwin sampai sekarang. Tapi sebenarnya tak cerewet mana pun, Aku suka yang sederhana dan ringkas. Kalau korang tengok blog aku ni pun, ringkas dan tak ada aksesori tambahan yang liplapliplap blinking segala. Memang aku suka yang macam tu ok. Tak kisah lah korang bosan ke apa, janji aku suka sudah. Haha.

Eh, kenapa tajuk letak Blog Baru tapi cerita pasal wajah baru pulak.

Sebenarnya nak cerita yang blog ni dah ada adik. Bosan giler kot aku malam tadi, sambil layan Argentina vs Greece kat TV, sambil tu tangan aku dok gatal buat blog baru kat sini . Hehe. Ok tu je lah.. Bye.


Oh, by the way Argentina menang lawan Greece 2-0. (^_^)

Monday, June 21, 2010

Simple Things Can Make People Happy.

OMG I am in her emailing list!!!
What a surprise!!
That's more than enough to make me smile the whole night.




Sebab saya dah tahu saya bukanlah sepenuhnya halimunan di mata dia.
Ah, it's a wonderful feeling, seeing how simple things can make people happy, kan?
(^_^)

Wednesday, June 16, 2010

Teori Si Budak Kecil : Ke Mana Abang Saya Menghilang?

Masa saya kecil, saya sangat menginginkan seorang abang. Saya rasa, semuanya bermula semasa saya darjah 1 dan ada seorang budak darjah 2 bernama Bob tumbuk saya kat sekolah. Saya tak ingat dia siapa, kenapa dia kenakan saya atau apa-apa selain daripada fakta dia pernah tumbuk saya sekali itu di tepi tangga. Sejak tu, saya selalu fikir, kalau saya ada abang kat sekolah tu jugak, mesti Bob tak berani buli saya si budak darjah 1 yang baru masuk sekolah.

Masa darjah 1 dulu, saya ada satu geng. Ini geng tadika dan jumpa balik semasa darjah 1. Senang sikit saya masuk sekolah rendah sebab dah ada geng. Tak adalah kes mak saya kena tunggu di tepi tingkap. Dalam ramai-ramai geng ni, salah seorangnya, yang juga merupakan jiran sekampung saya, ada abang yang sama umur dengan si Bob pembuli tu. Abang kawan saya nilah yang selalu jaga kami masa kecil dulu. Well, actually dia jaga adik dia lah kan tapi sebab saya satu geng adik dia, tambahan kami jiran sekampung dan rumah dekat jadi secara tak langsung, saya rasa macam saya pun kena jaga jugak la. Haha.

Saya paling ingat ada suatu hari saya rasa macam nak nangis je sebab waktu rehat dah nak habis tapi saya tak boleh nak minum air Ribena botol yang mak saya suruh bawak pegi sekolah. Sebab apa? Sebab botol Ribena tu punyalah payah nak buka penutup dia. Sepanjang waktu rehat saya dan kawan-kawan saya cuba pulas penutup botol tu tapi masing-masing tak berjaya. Saya sedih sangat masa tu sebab air Ribena yang sedap tu saya tak boleh minum, waktu rehat pulak dah nak tamat. Tapi, entah dari mana, tiba-tiba abang kawan saya tu datang kelas kami dan dia tolong saya buka penutup botol tersebut. Saya bukan main gembira lagi. Terus dia jadi superhero di hati saya. Haha.

Sejak tu jugak, saya semakin mahukan seorang abang. Saya membesar dengan suatu kepercayaan yang saya memang ada abang, and he is somewhere out there. What's more, I even made theories on "Di Mana Abang Saya" semasa kecil dahulu. (T___T)

It used to be something very personal for me during my school days. Jarang kot saya share dengan orang pasal "Teori Kewujudan Abang Saya". Hanya beberapa orang saja yang pernah baca/diberitahu pasal teori-teori ni. Tapi sekarang ni bila fikir balik pasal teori tu, memang mengarut giler lah!! Mengarut tahap langit ke-7. (-_-')

Ada masa nanti saya share Teori Kewujudan Abang Saya tersebut di sini. Haha. Memang teori yang entah apa-apa.

P/s: I still want my own big brother nowadays (I do! I really do!!), tapi saya taklah semengarut masa saya kecik dulu yang tak boleh terima hakikat saya anak sulung siap buat teori kewujudan abang sebab percaya saya ada abang kat luar sana. Kecik-kecik dah in denial. Haih. Sekarang dah besar, dah boleh terima kenyataan yang saya tak mungkin ada abang kandung. Hehe.
(Tapi, tak pernah pulak buat teori kewujudan kakak. Kecik-kecik dah bias. Hahhahaha.)



Sunday, June 13, 2010

Geram: The Return

Sesi geram kembali lagi. Aku pun tak tau kenapa nak geram. Tapi spontan darah naik,muka merah, hati panas.

Tak sukalah macam ni.

Argh...Geram betul dengan budak bawah umur yang konon tahu semua tapi sebenarnya baru nak pijak dunia. Bertambah geram bila ada yang dah terlebih umur buat perangai macam budak baru jumpa dunia padahal usia dah tak muda!!!

Eeee... geram!!!!!

(P/s: Nak Snoodies.....sobsobsobsobsobsob)

Wednesday, June 9, 2010

Be Ready To Lose Your Guy (Or Lady!)

The once in 4 years time fever had returned!!
It's the 2010 FIFA WORLD CUP season, peeps!!

So Ladies, be prepared to lose your guy for a while ya.
Itu pun kalau boyfriend/husband korang tak kaki bangku okeh. Eh, tapi kaki bangku pun ambil kesempatan ni untuk pergi lepak ramai-ramai dengan kawan untuk tengok bola kat big screens di kedai mamak, kot?

And guys, be prepared to lose your ladies too!
Apa, korang ingat we ladies tak layan bola ke? Jangan ingat kami berkumpul ramai-ramai tu cerita gosip artis saja. We do talk about sports too.


Tak caya? Tanya Zakumi. Hehehe. Uiks, siapa Zakumi? Zakumi tu maskot World Cup lah. Tipulah kalau tak tau.


(Suka tengok Zakumi, sebab bila tengok Zakumi, teringat kat Gege. Haha. Walaupun lain, tapi kira satu famili jugak lah kot. Hehe.)


So, who do you think will win the 2010 WORLD CUP????


Thursday, June 3, 2010

Hope

Lewat kebelakangan ini, hati sering digugah resah mendengar perkhabaran dari sana, atau di mana-mana saja. Sehinggalah aku terlihat kata-kata itu, mampu sudahlah aku untuk mengukir sedikit senyum biarpun masih tersisa kelatnya.



"We could cry blood but we're never lack of hope."- Wani Ardy
Ya, jangan putus harap. Doakan saja segalanya selamat.




Tuhan,
Aku belum cukup amalan untuk memohon Kau kabulkan doaku
Aku belum cukup amalan untuk mengharapkan Kau mendengar rintihku
Aku malah kosong, tiada layak mahu meminta-minta kepadaMu

Aku hanya punya sekelumit rasa dalam diri kerdil aku
Kumohon padaMu, selamatkan mereka.

Amin.




(iramahati: Mudah-mudahan segala yang berlaku di luar sana dapat aku jadikan iktibar. Semoga Kau kurniakan kepadaku Nur dan dibukakan kepadaku pintu hidayahMu.

Kerana aku sedar, aku sangat beruntung berbanding mereka yang hidup bertemankan huru-hara, tapi aku sering lupa padaMu)


Tuesday, June 1, 2010

Giving Up

A song by Ingrid Michaelson that I like (Well, most of her songs are my fave)

"GIVING UP"


I wish I can give up.

Thursday, May 20, 2010

Dibunuh Bosan

Kadang-kadang bila aku duduk seorang
Aku rasa sangat bosan
Aku nak je angkat telefon dan dail nombor kau
Tapi tangan aku kaku

Bencinya!





I miss my girls!
I miss our talks late at nights...

Wednesday, May 19, 2010

Formspring.me Melody Myzmyn?

I wonder, if give chance for people to ask me questions, what will they ask?
Selalu tu Melodi je yang terjah orang. Kalau orang terjah Melody, dia jawab apa agaknya? Tapi Melodi dan Melody tu beza ok. Bunyi je sama.

Salahkan Cik S.A.A.R sebab mempengaruhi saya main Formspring. Sebab saya pergi masuk Formspring dia dan ada macam-macam soalan rawak yang lucu, kelakar, kadangkala tak masuk akal malah tiada kaitan dengan diri dia (ataupun saya huhu) tetapi seronok untuk dibaca.

Apa agaknya yang orang akan tanya saya ya? Itu pun kalau ada yang bagi soalan. Jangan tanya saya macam mana nak selesaikan soalan pengamiran, sudahlah. Hehheehe.

http://www.formspring.me/iramahati

Monday, May 17, 2010

Saya Suka Orang Yang Saya Benci

Saya ada penyakit "suka pada orang yang tidak sepatutnya disukai". Penyakit ni dah lama dah. Dari zaman belajar sampailah sekarang dah kerja. Tak tau kenapa, susah nak terangkan tapi memang begitulah. Cuma, kalau saya suka orang yang saya benci, saya suka diam-diam sajalah. Kat mulut banyak keluar ayat kata benci, dalam hati kata suka. Sebab macam tak logik la saya nak cakap saya suka orang yang saya benci kan? Haih. Susahnya suka dan benci orang yang sama pada masa yang serentak.

Sebab tu, bila Lin Dan (LD) berjaya kalahkan Lee Chong Wei semi final Thomas Cup Sabtu lepas, separuh diri dalam hati saya berasa gembira (Art, Zakiah, and others pls dont get mad at me). Dont get me wrong, saya memang sokong pasukan negara tak kiralah walaupun mereka rebah atau tidak. Tapi, saya tak boleh nak kawal rasa gembira saya sebab saya suka LD lama dah. Huhu. Bukan sebab dia pandai main (itu salah satunya lah jugak kot) atau sebab dia kacak (kacak ke?) atau sebab dia pandai menari breakdance hahaha, tapi sebab dia suka buat muka ego dan psiko lawan macam dia tu terer sangat (memang lah terer pun kan). Asal main je mesti buat muka kerek.

Saya tak suka lah macam ni. Susah. Walaupun separuh hati saya sedang senyum sebab LD menang game, tapi separuh hati saya lagi sedih dan kecewa sebab Malaysia kehilangan mata pertama yang sepatutnya menjadi suntikan semangat seisi negara. Jadi, walaupun sedang bergembira dan meraikan, separuh lagi sedang kecewa dan berkabung. Kompleksnya! Not to mention that it hurts! Really hurts! Haih.

Hairan. Kenapa saya selalu jadi macam ni,selalu nak suka sesuatu yang tak sepatutnya. Padahal saya dari awal dah tau kalau macam tu nanti saya sendiri akan sakit hati? Kenapakah? Hmmm..

Hidup memang penuh misteri, kan?


Sunday, May 9, 2010

I Am Here Because of You.




Though I seldomly say it
And even more seldomly show it
I do love you, mum. I do.

For all the teardrop, the sweat, the pain and heartbreak..Deeply sorry.
I love you. Thanks for everything.

Friday, May 7, 2010

Cintaku Berputik Seorang Diri

This is a new song from me, as requested by a friend, nak tulis nama dia kat sini ke? Tak payahlah. Dia tahu dia siapa, kan Wanzu kan? Ooppss... Did I say Wanzu? Ahakss.. Chill, it's just a song! sila jangan tanya saya ataupun requestor kenapa lagu ini diwujudkan. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang sudah tiada ya peeps.

Cintaku Berputik Seorang Diri

tiada nada tiada irama
untuk ku bikin lagu buatmu
tiada kata bisa kubicara
untuk ku ungkap kasih buatmu

aku tetap aku
pemuja bisu, si gadis kelu
dan kamu masih kamu
putera idaman kalbuku selalu
fahamkah kau puteraku, isi hatiku?

korus:
cintaku berputik seorang diri
rahsia hatiku tak siapa tahu
cintaku berputik seorang diri
rasa hatiku kau tak pernah tahu
sampai bila kan ku mampu
sembunyi rasa ini
oh..cintaku berputik seorang diri

(muzik)
ulang korus

aku tetap aku
pemuja bisu diam merindu
menanti putera fahami maksudku....



Okeh Cik Wanzu, assignment saya untuk minggu ini, siap! ^____^
Oh ya peeps, harap maaf atas kualiti yang tidak seberapa, kerana request datang mengejut, deadline hampir tamat, and i am not quite in my best mood to write beautifully, or soulfully (perkataan ini wujud kah?).

Mula-mula nak guna alasan writer's block untuk mengelat dengan requestor, tapi Dr Freiman cakap there is no such thing as writer's block ever exist, jadi saya tulis saja. Oh my, apa yang saya membebel ni? Sorry. Ok, I'm out. Daaa.....

Thursday, April 29, 2010

My Girls Tagged Me

I've never done tag in my blog before, as far as I could remember. People tag, I neglect. But not today.

2 of my Snoodies tagged me yesterday afternoon. Art and WanZu. And I miss them so much that I think I'm going to do the tag thingy now. Haha. Saja cari alasan untuk buat tag, sebab dulu saya pernah cakap yang saya tak mahu main tag dalam blog. Cakap tak serupa bikin betul...Tsk!

Here it goes......

Tagged #1:


1. Adakah anda rasa anda hot?
Hot? Panas? Bandaraya Kuching memang sangat panas hari ini so yes, saya hot. Haha.

2.Upload gambar kegemaran anda.
Saya ada banyak gambar kesukaan sampai saya tak tahu nak pilih yang mana. Ok, salah satu secara rawak. Saya suka gambar ini.




3.Cerita pasal gambar?
KLIA journey with Silky Siblings. One of the most spontaneous, unexpected and unforgettable moments of us together. Precious!!

4.Bila kali terakhir anda makan pizza?
Oh, dua malam lepas. Tapi not really makan la, saya mintak sikit je pizza dari pinggan kawan. Sekadar nak rasa.

5. Lagu terakhir yang anda dengar?
Cuba by Faizal Tahir. Teehee... That was the last song I heard, on the radio.

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
Tiada. Baru sudah membaca dan makan tengahari.


7. Selain nama sendiri anda dipanggil nama apa?
Nama sendiri jugak. Melody, Mell, Myn, Melly, Melo, Siti...Oh, does iramahati counts? If so, then saya juga dipanggil iramahati oleh sesetengah orang. Kan selain daripada nama sendiri tu. :)

8. Tag lagi 6 orang.
Kamu, awak, anda, hang, kitak, you yang rasa nak jawab tag ni. Dipersilakan.

9. Siapakah orang No.1 pada anda?
Alamak tak boleh jawab soalan ini pula kalau jawab soalan 8 seperti di atas. Mari kita repeat paper. Eh, maksud saya jawab semula.

8(ulangan). Tag lagi 6 orang.
Daoz, Azrul, Nyda, WanZu (walaupun dia yang tag saya, saya nak letak jugak nama dia kat sini), Zakiah, Hazirah.

9(ulangan). Siapakah orang No.1 pada anda?
Junior, brother, friend, geng, colleague (kira colleague la dulu kita kerjasama dalam kelab hihihi) and the list goes on. Hehe. In short, orang No.1 ini sangat saya rindukan. One of my Silky Siblings!

10.Kata sesuatu mengenai orang no.5.
Saya tertunggu-tunggu dia buat pengumuman bila dan dengan siapa dia bakal ditunangkan.

11.No.3 ada hubungan dengan siapa?
Haaaa..yang tu kenalah tuan punya badan yang jawab sendiri. Ehem. Zanida Zamani bila mahu buat press conference?

12. Bagaimana pula orang no. 4?
Bagaimana apa? Keliru lah soalan ini. Kalau jawab test, wajiblah dapat bonus mark untuk ini kerana soalan tidak jelas. Boleh saya ubahsuai soalan ini kepada "Bagaimana pula dengan status orang no. 4?". Ok. Jawapannya: Single and available. Ngeee~


13. Pesanan kepada orang no.6?
Cikgu Hazirah, jadilah guru yang mendidik dan memanusiakan, bukan sekadar mengajar budak-budak untuk lulus periksa. Wah, pesananku itu sungguh tak tahan. :p

14. Apa kelebihan yang anda nampak pada orang no.2 ini?
Dia lebih organized daripada aku.

Tagged #2:
A. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi tag ini.
Art: 1.bakal mengikat tali ehehehehemmm, 2.semakin hari semakin kiut kerana sudah hampir masa untuk mengikat tali ehehehemm, 3.semakin hari semakin tinggi, 4.semakin hari semakin nervous, 5.semakin hari semakin saya rindukan..sobsobsob
WanZu: 1.She is single 2.She is available 3.Dia suka membaca 4.Dia suka budak-budak 5.Dia pun saya sangat rindukan jugak..sobsobsob

B. Nyatakan 5 fakta diri sendiri sebelum memilih penerima TAG seterusnya.
Suka muzik, suka pentas, suka buku, suka nama diri sendiri, suka kamu (maksud saya, saya suka kamu sebab kamu baca blog saya yang merepek sangat ni, Terima kasih ya!)

C.Nyatakan hobi diri sendiri.
Muzik, pentas, buku, internet.

D.5 penerima TAG seterusnya:
Kamu, awak, anda, kitak, you yang rasa nak jawab tag ni. Dipersilakan.


Ok, dah habis.
TAMMAT.
Chill!!! (^_^)