H.E.L.L.O.

Thursday, January 3, 2013

Demam di Tempat Baru

Kata orang, sakit itu boleh jadi penghapus dosa.

Kalau aku lihat balik rekod MC aku kat kompeni lama, secara puratanya aku rasa aku jarang MC. Kecuali masa aku kena chickenpox tu nak tak nak kena cuti sakit dengan lamanya la kan. He.. Aku rasa aku jarang sakit teruk. Tapi bila aku tengok balik rekod sakit aku, setiap kali aku pindah ke tempat baru, selalunya aku akan sakit. Hmmm..

Masa masuk sekolah berasrama dan matriks, aku tak perasan aku sakit. Badan masih muda kot masa tu, antibodi pun kuat agaknya. Tapi aku teringat, pertama kali masuk universiti kat Phg, minggu pertama terus aku demam sampai kena miss out some orientation events. Masa tu mujur ada kakak fasi dok bagi aku ubat dan suruh aku rehat tido dalam bilik. Then, pertama kali aku dapat kerja kat sebuah kilang semikonduktor, hari kedua je aku terus demam panas. Tapi sebab tu baru hari kedua, sampai je rumah terus aku dengan gigihnya aku telan ubat dan terus tidur berselimut tebal dengan harapan esok pagi kebah sebab aku tak nak MC padahal baru dua hari masuk kerja. Untungla masa tu duduk kat rumah sendiri, pergi kerja pun naik kereta maka larat lagi la nak ke ofis pagi esoknya.

Then aku berenti kerja, sebab dapat kerja kat sektor awam. Before posting, kitorg kena kursus 3 bulan dulu kat Melaka. Ok, dalam minggu kedua mcm tu kot aku hampir demam gak. Again, aku telan panadol dan bawak tidur dengan harapan demam kebah esok paginya. Dan oleh kerana setiap pagi kami kena bersenam masa tu, so aku rasa aku baik demam dengan cepat jugak la sebab peluh keluar. Mujur memang duduk dalam kawasan akademi jugak. Makan minum memang akademi sediakan. Kalau papehal nak balik bilik dekat aje.

Bila dah tamat kursus, aku posting ke KJ. Nak dijadikan cerita, baru seminggu pun dah demam jugak. Siap MC 2 hari sebab tak berapa larat nak bangun. Alahai sedihnya. Asyik sakit je di tempat baru. Hai..badan makin tua la ni... Semoga lepas ni aku sihat walafiat hendaknya la ye.