H.E.L.L.O.

Friday, August 2, 2013

Barang Dalam Beg?

Helloooooo!! Lama tak menulis kan. =p

Tersebutlah kisah pada suatu hari aku nak transfer dokumen kat seorang kawan. Terkial-kial jugak aku mencarik pendrive aku kat dalam beg. Cari punya cari tak jumpa, padahal aku memang dah kompiden habis yang aku dah bawak pendrive tu. Mulalah nak gelabah sebab kerja aku dok dalam pendrive tu kot!

Lepas 2-3 minit, aku berjaya jugak jumpa pendrive tu. Lega. ;)

Tapi selepas tu mendapat la kena bebel pasal beg tak organise. Hahaha. Banyak sangat barang dalam beg. Nanti saya organise ye. Aku memang jenis suka sumbat semua dalam 1 beg. Senang. Dulu aku jenis tukar-tukar beg jugak, pastu banyak kali terjadi aku nak barang X tapi barang X ada kat beg Y, nak barang A tapi dok bawak beg B kuar tak pindah barang. Huhuhu. Tak suka. Sebab tu kawan aku cakap pi la beli organiser, senang kalau nak cari barang. Even nak tukar beg pun senang, semua barang ada dalam bag organiser tu pindahkan bag organiser jeh. Baiklah mem. Akan diusahakan ye. Aku memang malas sikit bab2 macam ni. Wat sempoi sudah. Haha.

Pastu kawan aku jenguk beg aku, dok tanya apa ada dalam beg sampai tak jumpa pendrive? Ngeee..

Dah dia tanya, meh sini aku jawabkan.

Erk!
1. Notebook - Untuk catat benda2 yang aku takkan catat dalam fon.
2. Tisu - Lap air mata lepas nangis. Haha kidding!
3. Lip care - Lipstick (paling tak suka guna), lip balm, lip moisturiser.
4. Perfume - Buat spare padahal tak pakai pun.
5. Buku - Baca dalam LRT atau masa tunggu flight balik kampung.
6. Syiling - Buat bayar masuk public toilet.
7. Pins - Safety pins, jarum peniti, pin tudung spare. Untuk kecemasan.
8. Kad akses - Kang takleh masuk ofis kalau tak bawak.
9. Kad LRT - Kang takleh naik LRT kalau tak bawak.
10. Eye mo - Untuk kesegaran mata yg dok ngadap komputer memanjang.
11. Alatulis - Sebab aku suka menulis.
12. Eyeliner - Aku tak suka mekap tapi aku suka guna eyeliner.
13. Kad penting - IC, lesen, kad kuasa dan yg sewaktu dengannya.
14. Compact powder - Bawak demi cerminnya semata-mata.
15. Powerbank - Untuk kegunaan di kala bateri fon dah nak nazak.
16. Sanitizer - Mari membasmi kuman.
17. Kunci - Kang takleh masuk rumah kalau tak bawak.
18. Lanyard - Aku tak faham kenapa aku bawak ni ke hulu ke hilir -_-'
19. Beg duit - Kang kena cari along kalau tak bawak.
20. Losyen - Taknak bagi kulit kering sangat.

Memang huru-hara kan? Hahahha. Selalunya ada makanan jugak dalam beg, usually gula-gula la. Tapi sebab sekarang bulan puasa maka stok makanan pun takde. Hehe.