Hahaha tajuk kemain lagi. Maaflah korang, saya ni first timer mommy-to-be..noobs merata-rata. Kalau nak diikutkan dah lama jugak on hiatus berbloggin ni kan, tapi sejak-sejak aku preggy ni, memang rajin aku blogwalking blog mama-mama bloggers semua. Bukan apa, research katanya hikhikhik.
So, memandangkan aku newbies sangat sampai blur tak tau nak mula dari mana bab-bab prepare barang baby ni, so kebanyakan masa lunch break aku memang aku dok blogwalking je. Lagipun sekarang aku selalu order food delivery je untuk lunch, malas nk keluar sorang-sorang, so lepas aku makan dengan pantasnya, aku pun mula la skodeng blog mama-mama untuk baca sharing diorang camne nak mengharungi 9 bulan mengandung ni dengan jayanya. Lom masuk part beranak dan jaga baby selepas kelahiran lagi tu. Hehe..macam-macam sharing boleh dapat kat blog ni.
Hasil kajian aku (amboi kajian sangat), maka akhirnya dapatlah aku menyediakan checklist untuk prepare barang baby. Checklist sangat kan.
Haa....nampak tak sejenis kegigihan siap tulis buku nota..hehehhe.. nak taip balik segala checklist tu mcm lenguh pulak jari. Semua ni aku dok usha masa lunch hour la since aku pun malas nak keluar tengahari panas-panas bawak perut. Tapi kalau hari Jumaat lunch break panjang so aku rajin keluar pegi kedai baby area ofis aku. Area ofis aku ada Manjaku, Twins Baby dan QQ Baby. Paling selalu pegi memang Manjaku tu lah sampai aku rasa akak Manjaku tu dah cam muka aku kot. Mana tak nye, belek barang sampai berejam, belinya sikit je hahahahah. Mesti bengkek hati akak tu kot. Bukan aku tanak beli sekaligus, tapi aku memang beli sikit demi sikit demi sikit. And aku rajin beli online gak so kehadiran aku kat kedai baby kadang2 sekadar nak cuci mata dan terapi jiwa gitu kononnya. Asal masuk kedai baby rasa macam bonding lak ngan baby dalam perut ni ha..Hikhikhik. Alasan sungguh!
Oklah, nanti rajin aku taip balik checklist ok.
Adios dulu.
P/s: Nak shopping barang baby? Boleh layari https://pgmall.my untuk online shopping!