Macam mana nama aku boleh jadi Melody? Kenapa Melody? Adakah kerana ibubapaku penyanyi? Ahli muzik? Atau peminat fanatik rancangan Melodi kat TV3 tu?
Sejarahnya bermula pada tahun 1971........
Masa tu ayah aku masih muda remaja lagi. Baru masuk sekolah menengah. Dan pada tahun itu, muncullah filem cinta anak muda bertajuk 'Melody' aka 'SWALK (Sealed With A Loving Kiss)'.
Secara ringkas, ia mengisahkan 2 anak muda, Daniel Lattimer (lakonan Mark Lester) dan Melody Perkins (lakonan pendatang baru Tracy Hyde) yang saling jatuh cinta dan ingin berkahwin. Malangnya mendapat tentangan ibubapa dan guru, maklumlah masih budak lagi. Namun dengan bantuan teman-teman sekelas, pasangan muda ini cuba juga untuk merealisasikan hasrat mereka. Lebih kurang macam tu lah ceritanya.
Filem ini mendapat sambutan hangat termasuklah di Malaysia. Dan salah seorang peminatnya adalah ayahku sendiri. Malah lagu tema filem ini iaitu 'Melody Fair' dendangan kumpulan Bee Gees (Kalau tak tahu ni kumpulan apa, tanyalah ibu bapa anda. Pasti mereka tahu kerana ini kan kumpulan muzik zaman2 mereka. Huhu) menjadi siulan di bibir ayahku. Kesimpulannya, memang ayah aku minat sangat2 kat movie ni.
Sehinggalah bertahun2 kemudian, apabila ayah aku menemui ibuku lalu berkahwin dengan ibuku maka lahirlah aku, dan kata sepakat dicapai untuk menamakan aku 'Melody' sempena nama heroin movie ni. Begitulah kisahnya bagaimana 'Melody' mendapat nama.
(Ni lah dia awek nama Melody dalam filem Melody yang ayah aku minat dulu)
6 comments:
siti melody matjaili.
i admirer her so much.the name suit her perfectly.graceful and enchanting.
p/s:ilham and ilhana sure will like her mom's name as much as i do.
sy suke nama kamu
suke sgt!!
mule2 knal dulu
sblm knal btol2 ngn kak mel
nida knal nama kak mel dulu
hehe~
rasenye mase kelas hoki kot baru tahu..oooo...yg ni rupenye siti melody~
=p
daoz : thanks thanks thanks :)
nyda : haha...sy ingat kamu ms kelas hoki..tp ms tu kite lom bertego sapa lagi kan? ehehehe...
daoz is absolutely right!
siti melody matjaili.. namanya mencerminkan tuannya.. bermelodi dengan iramanya yang asli... =)
p/s: kenal kak mel time dia f4.. tp mula bercakap time dia f5.. my sis sleeping partner! haha
agree with all above..siti melody, nama yg sgt unik and membuat hatiku berlagu riang untuk mengenali siapa pemilik nama itu..huhu
mcm kak nida...sy kenal wajah kak mel slepas mendengar namanya..nice to know u (start kenal masa teater rsnye).. ;p
uisy. memang sentimental nama tu :)
Post a Comment