H.E.L.L.O.
Thursday, March 26, 2009
TERUK aku kena TAMBAT KAKI kat KERUSI. Beri aku UBAT!
Mungkin ramai yang tak tahu aku pernah bergiat dalam bidang drama/teater. Takdelah gempak mana pun, hanya aktif di universiti. Tak begitu berpeluang untuk meneroka dunia teater luar daripada lingkungan universiti sebab pada masa tu, drama/teater di tempat kami baru nak mula hidup. Bak kata orang, umpamanya kami tiba di hutan belantara yang tebal, dengan berbekalkan parang di tangan. Baru nak rentas denai, tebang pokok, cari kayu buat pondok. Dalam hutan tu ada harimau pulak tu!
Sakit! Memang sakit sangat masa tu. Aktiviti seni (terutamanya kami dari kumpulan drama/teater) masih menjadi suatu taboo bagi kebanyakan orang di tempat kami belajar ni. Setiap kali kami usahakan untuk mementaskan sesuatu, pasti ada saja yang tak kena di mata mereka. Ada saja yang tak baik di mata mereka.
Tapi kami tak kisah. Sebab kami tahu apa niat dan tujuan kami untuk bergiat dalam bidang ni. Jadi kami usahakan juga. Biarlah susah macam mana pun, sebab kami betul-betul dah jatuh cinta kat benda ni, kami buat juga. Muka kami memang dah macam wanted dah di kalangan mereka sebagai sekumpulan pelajar yang tak makan saman. Mereka anggap kumpulan kami ini sebagai perosak moral dan tidak seharusnya dijadikan contoh dalam membina insan bersahsiah tinggi. (Ok,tak semua macam tu. Masih ada insan-insan baik hati yang sedia menyokong kami dari atas. Terima kasih!)
Entahlah. Macam-macam kerenah. Walaupun tak semuanya betul, tapi kalau dah persepsi orang macam tu nak buat macam mana kan. Terpulang kepada kami untuk membuktikan bahawa apa yang mereka katakan tu tak benar. Kami kena buktikan yang kami pun boleh berdiri sendiri. Kami kena buktikan yang dunia kami ni bukan seteruk yang mereka katakan. Bukan seliar yang mereka fikirkan. Kami kena tunjukkan yang kami adalah diri kami sendiri. Kami kena buktikan kami juga bukan setakat boleh menghibur tetapi kami juga boleh mendidik dan mengajar audiens. Kami kena jadi contoh pada adik-adik yang meletakkan harapan pada kami untuk menyediakan ruang mereka bernafas dalam bidang ni.
Hmm..nak cerita memang panjang. Dan setiap kali aku teringat suka-duka perjalanan tu, aku memang tak boleh tahan. Banyak sangat kenangannya pahit manis kehidupan anak seni yang cuba bernafas di kalangan orang-orang yang sungguh teknikal dan professional lah kononnya (Eh, aku pun dah termasuk dlm golongan yang so called teknikal dan professional tu ke sekarang? Huhu).
Ok, aku ni bukanlah seni sangat pun. Emo je lebih. Haha. Tapi, politik kampus memang memeningkan. Mujur kami ada survival skills yang tinggi. Kalau tak, mungkin akan terkubur lagi untuk kedua kali. Membangunkan sesuatu yang totally baru mungkin sukar, tapi lebih sukar lagi bila nak membina semula sesuatu yang pernah jatuh tersungkur dan terkubur.
Eh, aku dah cakap banyak la pulak dalam entri kali ni. Sebenarnya, aku cuma nak katakan yang aku sangat rindu pada Senandika. Main point pendek je. Aku rindu Senandika. Tapi panjang lah pulak cerita yang entah apa-apa kat atas tu kan. Hehe. Maaflah, emosi sekejap. (Kan aku dah cakap, aku ni emosi je lebih? Haha)
Aku rindu Senandika sebab ini. (Sila klik di sini)
Buat aku teringat saat-saat aku berada dalam situasi mereka ketika ini. Pasti mereka sedang gigih berjuang sekarang, kan?
"TERUK aku kena TAMBAT KAKI kat KERUSI. Beri aku UBAT" somehow reflects my situation now and then.
Dulu memang kami TERUK kena TAMBAT KAKI oleh mereka yang duduk di KERUSI itu. Kreativiti dan karya kami tersekat oleh the so called rules and regulation and soft skills! No offence ok.
Sekarang pun TERUK aku kena TAMBAT KAKI kat KERUSI ni sebab Laut China Selatan sangat luas.
Tapi sampai masanya, bila aku dah dapat UBAT, aku takkan kena TAMBAT KAKI lagi. Aku takkan rasa TERUK lagi. Dan aku akan boleh bangun dan bangkit daripada KERUSI ni.
All the best brothers and sisters of Senandika!!
Oh ya, kepada pembaca blog ini yang aku kenal mahupun tak. Jika anda berada di Kuantan pada 4-5 April ni, singgahlah kat Taman Budaya Pahang. Kawan-kawan aku ada perform teater. Datanglah. Maklumat lanjut ada kat link yang aku letak kat atas tadi tu. Oklah, aku letak link kat sini lagi sekali.
(Sila klik sini untuk makluman lanjut mengenai Fiesta Teater Senandika)
Terima kasih.
(Em, Senandika, korang tak kisah kan saya cerita pasal teater ni kat blog saya? Senandika...sweet sangat~)
Saturday, March 21, 2009
M. T.
Maybe I should cut my hair, or go dancing in the moonlight (anyone?) or change some style, or do some extreme sports, or say Hi to a new stranger I just met, or buy new clothes, or have a very loud scream by the seaside, or anything, just so I can let go those things/thoughts that keep bothering me.
(Or should I get myself a new boyfriend?)
Haha! That's a joke, friends! Chill!!
(Senandika and Snoodies are the best medicine for now, but they are so far away!!)
Thursday, March 5, 2009
Saat Aku Rasa Nyawa Aku Mungkin Melayang!
Jam dah lebih kurang pukul 1 pagi. Malam tadi aku bermalam dengan 2 orang kawan aku sebab kami ada kerja sikit. Bila dah tengah malam, masing-masing mula memasak mi segera sebab perut sudah bernyanyi-nyanyi lagu bertajuk "Lapar". Huhu.
Siap. 3 bungkus mi segera menjadi hidangan kami bertiga. Tapi nafsu makan kami belum dapat dipuaskan lagi. Spontan, kami setuju untuk keluar mencari burger untuk memenuhi kehendak tekak dan perut kami.
Mujurlah, tak jauh daripada tempat kami menyewa tu, ada 2 orang abang buka gerai burger. Kami dengan gembiranya singgah membeli. Setiap seorang pesan 2 biji burger. Nak makan punya pasal. Sambil abang tu siapkan burger, kami borak-borak.
Tiba-tiba, kelihatan sekumpulan lelaki tidak jauh dari kawasan gerai burger tu. 4 orang semuanya. Aku nampak dengan jelas, seorang pegang batang besi, seorang pegang parang, yang lagi dua orang aku tak ingat sebab aku dah seriau tengok brader yang pegang parang berkilat tu. Rupa macam nak cari gaduh.
Dalam hati aku berkata, "Janganlah mereka pegi kat gerai burger ni".
Malangnya, harapan aku tinggal harapan. 4 orang brader ni menghampiri kawasan gerai burger ni. Kelihatan seperti mereka mencari seseorang. Agaknya mencari orang yang sakitkan hati mereka sampai mereka bawak parang ke hulu ke hilir.
Aku tertanya sendiri, siapa mereka? Ah-Long kah? Ahli kumpulan gengster kah? Perompak? Atau seorang abang yang marah kerana ada insan durjana yang dah rosakkan adik atau kakak dia?
4 orang brader ni betul-betul berdiri hampir dengan kami. Sangat hampir seoalah-olah kalau ada meja kat situ,umpamanya kami ini sedang duduk minum kopi semeja. Diorang berdiri di celah-celah aku dan kawan-kawan aku.
Aku buat-buat cool. Aku pandang brader 4 orang ni. Brader yang pegang parang berkilat tu jauhnya kurang sedepa je dari aku. Ya, sedepa!
Aku tengok parang dia. Memang berkilat habis. Parang dia bukan parang biasa macam yang pakcik-pakcik kita selalu guna untuk tebas semak samun tu. Parang yang dia pegang ni, macam kalau kita tengok movie, yang orang selalu gantung kat dinding tu. Adalah sikit-sikit macam gambar kat bawah ni, cuma bentuk hulu je tak sama.
Ish, sekali dia libas boleh putus kepala agaknya.
Aku pandang abang burger dua orang ni. Mereka berlagak cool sambil masak burger. Aku pandang pulak kawan aku yang dua orang ni. Pun,mereka juga berlagak cool. Aku pun sama,
berlagak tenang macam tak ada apa-apa.
Tapi dalam hati aku risau sangat. Siapa yang tak risau kalau sekumpulan brader berwajah garang memegang senjata berdiri kat sebelah, kan? Aku berdoa supaya kami tak diapa-apakan.
Setelah beberapa minit mundar-mandir dengan aura marah kat kawasan kami tu, brader-brader ni pun blah. Agaknya orang yang mereka cari tak ada kat situ. Aku terfikir, macam mana kalau orang yang mereka nak ajak gaduh tu ada kat situ. Aku tak mampu nak bayangkan keadaannya.
Aku lega kami semua selamat.
Alhamdulillah.
Sunday, March 1, 2009
Oh Dunia! Oh Malaysia!
Apa yang boleh aku katakan?
Ada akal, fikirlah mana yang anda rasa betul dan baik.
Kalau tak tahu, sila ambil tahu. Jangan buat-buat tahu kalau sebenarnya tak tahu.
Dan jangan pula buat-buat tak tahu kalau anda sebenarnya sudah tahu.
Aku sudah penat dengan kekacauan.