H.E.L.L.O.

Thursday, March 5, 2009

Saat Aku Rasa Nyawa Aku Mungkin Melayang!

Pengalaman aku malam tadi.

Jam dah lebih kurang pukul 1 pagi. Malam tadi aku bermalam dengan 2 orang kawan aku sebab kami ada kerja sikit. Bila dah tengah malam, masing-masing mula memasak mi segera sebab perut sudah bernyanyi-nyanyi lagu bertajuk "Lapar". Huhu.

Siap. 3 bungkus mi segera menjadi hidangan kami bertiga. Tapi nafsu makan kami belum dapat dipuaskan lagi. Spontan, kami setuju untuk keluar mencari burger untuk memenuhi kehendak tekak dan perut kami.

Mujurlah, tak jauh daripada tempat kami menyewa tu, ada 2 orang abang buka gerai burger. Kami dengan gembiranya singgah membeli. Setiap seorang pesan 2 biji burger. Nak makan punya pasal. Sambil abang tu siapkan burger, kami borak-borak.

Tiba-tiba, kelihatan sekumpulan lelaki tidak jauh dari kawasan gerai burger tu. 4 orang semuanya. Aku nampak dengan jelas, seorang pegang batang besi, seorang pegang parang, yang lagi dua orang aku tak ingat sebab aku dah seriau tengok brader yang pegang parang berkilat tu. Rupa macam nak cari gaduh.

Dalam hati aku berkata, "Janganlah mereka pegi kat gerai burger ni".

Malangnya, harapan aku tinggal harapan. 4 orang brader ni menghampiri kawasan gerai burger ni. Kelihatan seperti mereka mencari seseorang. Agaknya mencari orang yang sakitkan hati mereka sampai mereka bawak parang ke hulu ke hilir.

Aku tertanya sendiri, siapa mereka? Ah-Long kah? Ahli kumpulan gengster kah? Perompak? Atau seorang abang yang marah kerana ada insan durjana yang dah rosakkan adik atau kakak dia?

4 orang brader ni betul-betul berdiri hampir dengan kami. Sangat hampir seoalah-olah kalau ada meja kat situ,umpamanya kami ini sedang duduk minum kopi semeja. Diorang berdiri di celah-celah aku dan kawan-kawan aku.

Aku buat-buat cool. Aku pandang brader 4 orang ni. Brader yang pegang parang berkilat tu jauhnya kurang sedepa je dari aku. Ya, sedepa!

Aku tengok parang dia. Memang berkilat habis. Parang dia bukan parang biasa macam yang pakcik-pakcik kita selalu guna untuk tebas semak samun tu. Parang yang dia pegang ni, macam kalau kita tengok movie, yang orang selalu gantung kat dinding tu. Adalah sikit-sikit macam gambar kat bawah ni, cuma bentuk hulu je tak sama.


Ish, sekali dia libas boleh putus kepala agaknya.

Aku pandang abang burger dua orang ni. Mereka berlagak cool sambil masak burger. Aku pandang pulak kawan aku yang dua orang ni. Pun,mereka juga berlagak cool. Aku pun sama,
berlagak tenang macam tak ada apa-apa.

Tapi dalam hati aku risau sangat. Siapa yang tak risau kalau sekumpulan brader berwajah garang memegang senjata berdiri kat sebelah, kan? Aku berdoa supaya kami tak diapa-apakan.

Setelah beberapa minit mundar-mandir dengan aura marah kat kawasan kami tu, brader-brader ni pun blah. Agaknya orang yang mereka cari tak ada kat situ. Aku terfikir, macam mana kalau orang yang mereka nak ajak gaduh tu ada kat situ. Aku tak mampu nak bayangkan keadaannya.

Aku lega kami semua selamat.
Alhamdulillah.




6 comments:

Ruzzaida said...

waaaa.. takutnye..
macam dalam movie je pengalaman akak ni.. huhu..
klo sy kt situ, agaknye nk pecah jantung berdebar..
huhu...
tp alhamdulillah xde ape berlaku..
huhu

azwan bamadhaj said...

pergh..

alhamdulillah selamat....

lain kali xyah la keluar pepagi mcm tu lagi...

lengkapkanlah dapur anda yer...

huhuhu....

Melody M. said...

~ruzzaida idanyer~
sangatlah cemas,cuak, berdebar, gerun, semua ada. dengan muka brader2 tu yg sgt lah garang.mcm gangster filem hongkong.
syukur tak jadi pape.

~azwan~
perut sangat lapar lepas penat wat keje.megi kami bekal 3 bungkus je.ingatkan cukup rupanya tidak.

ouh,ni sewa bilik 1 mlm je.sbb before tu kitorg ada event kat situ, and alang2 sbb dah dpt 1 bilik, kitorg pun staylah sampai ke pagi kononnya taklah membazir penganjur dah bayar 1 bilik tu tp kitorg plak pakai kejap je.

bukan masalah dapur tak lengkap.huhuhu.nama pun sewa 1 mlm, mmg takde apa langsunglah.

c h o c o l a t e i.c.e said...

moral cite:

jgn mkn byk..lalaLala..

Nyda Zamani said...

wawawawawa..
takotnyerrr..
bikin suspen sungguh

Raja Azrul said...

selamat alhamdulillah....!!