H.E.L.L.O.

Wednesday, October 28, 2009

Yes VS No.

Aku benci bila aku terpaksa untuk menjawab soalan YA atau TIDAK.

Ok, bukanlah pada semua keadaan. Pada keadaan tertentu saja. Pada keadaan yang mana aku nak jawab YA tapi aku tak boleh jawab YA sebab aku tak sepatutnya jawab YA. Atau aku nak cakap YA tapi perkataan YA terlalu payah untuk lidah aku.

Atau pada masanya bila aku nak sangat cakap TIDAK, sumpah nak cakap TIDAK sangat-sangat sampaikan aku rasa nak lari saja bila tiap kali soalan tu ditanyakan pada aku, tapi malangnya aku tak boleh lari dan aku tak boleh nak jawab TIDAK jugak.

Susah sangatkah nak jaga hati orang, sampai kita kena lupakan hati sendiri? Tapi kalau aku tak jaga hati sendiri, then who will?





**Kan bagus kalau semua orang macam Snoodies. Aku diam saja, dan mereka sudah jelas jawapan aku YA atau TIDAK. Satu kemahiran yang even some of my family members and my ex-bf pun tak ada. Seriously**


Monday, October 26, 2009

Kejar




Dan kau tinggalkan esok
Mengejar semalam
Sampai penat tetap tak dapat

Esok yang muncul
Tak pernah kau ambil kisah
Selagi semalam tidak kaupunggah

Sayang
Apakah wujud hari ini untukmu?


Sunday, October 25, 2009

Ralat

Seperti keping-keping jigsaw
Saling melengkapi
Tika semua berada di tempat duduk letaknya
Sempurna

Seperti garis selari
Sehaluan
Sejalan
Beriringan
Malangnya tak ada titik pertemuan

Kasihan bukan?




Wednesday, October 21, 2009

Caution!

Please dont give me (or be) another reason to not believe in you (read:men).

Seperti gelas kaca separuh penuh yang fragile, please, do handle me (read: my heart) with care. It was broken once and though I already managed to get it fixed, mind you the condition will never be the same again.

I am not like some stuffs at the store that you think you can get with money, pls understand that fact. Others have tried and failed, and I dont see any reason you can win me that way too. And I am certainly not the thing that you may throw away (or pass it to somebody else) whenever you dont want me anymore. Or thing that you want to have just because you need to show your friends how good you are in getting anything you want.

Just please dont give me (or be) another reason to not believe in you (read:men).
Just please....



Friday, October 16, 2009

Senyap Kerana Ini...

Modem saya masuk hospital. Saya sangka rosak, tapi bila kedai pc telefon suruh ambil modem bawa balik rumah, katanya hanya kesilapan setting. Sebab tu semua pc/laptop boleh detect modem, tapi tak boleh sambungkan talian internet. Patutlah bila saya cuba di telefon, boleh pula sambung ke internet. Haih, sia-sia saja modem saya bermalam seminggu lebih di kedai tu.

Haih, rindu kat modem dan internet di laptop sendiri.

Come to think again, tak adalah susah mana pun hidup tanpa internet. Huhu. Mungkin kerana saya masih ada telefon bimbit. Cuma rasa sedikit katak di bawah tempurung. Hm...

Modemku, welcome back home! Sekarang bolehlah saya sambung dating chatting. (P/s: Not that I always chat)