Penggera berbunyi. Tidak seperti minggu-minggu sebelumnya, kali ini penggera yang melaung bising itu disertai dengan isyarat lampu kecemasan merah. Bukan kuning. Bukan semata-mata amaran. Tapi penggera petanda dia harus keluar dari ruang itu.
Evacuation!
Lama dia renung lampu merah yang berkelip-kelip itu. Bising penggera sudah semacam tidak terkesan di telinganya. Apatah lagi jeritan mereka yang bertempiaran.
"Keluar!"
"Kosongkan ruang ini!"
"Bahaya!"
Manusia sekeliling makin surut di sebalik pintu keluar. Dia pandang saja, tindakannya tiada. Seorang rakan datang menarik tangannya, mahu membawa keluar. Dia tepis.
"Kalau kau tak keluar sekarang, mungkin boleh mati!" Kata si rakan. Dia geleng kepala. Degil. Nasihat si rakan dipandang sepi begitu sahaja.
Penggera masih berbunyi. Lampu merah masih bernyala. Dan dia masih di dalam ruang itu, membiarkan diri terperangkap dengan rela, biarpun dia sedar akibat buruk yang bakal menyapa.
Nafasnya menyesak. Dada terasa sempit. Kepala memberat. Pandangan berpinar. Sakit! Tapi dia masih enggan keluar dari situ.
Sedaya mungkin dia cuba bertahan. Bernafas walau hampir lemas. Dia pandang keliling. Aneh. Dia bukan berada di tempat dia berada tadi. Bukan.
Dia kini berada di ruang lain bergelar hati.
Penggera masih berbunyi. Lampu merah masih berapi. Dan dia masih tiada ingin mahu meloloskan diri dari sekeping hati yang dia mahu benci.
(p/s: this was inspired by the real evacuation alarm at my workplace this evening)
3 comments:
Wow, bila lah alarm nak bunyi kat kilang nii...
last alarm/siren dengar is waktu terakhir balik dr sekolah menengah...
siren polis/bomba/ambulan tu tak kira lah..
Tula,me pun lama xdengar. evacuation 4 certain area je time tu. Mine was not affected.xde pun bunyi alarm mcm siren bomba. Hehe. Tp dlm pd tgk lampu kelip2 tu smpt lak terpikir cerita.
erk...citer apa ni?? latihan kebakaran ke?? huhuhu...
kat opis aku, takda lagi latihan kebakaran..huhuhu
Post a Comment