H.E.L.L.O.

Monday, May 17, 2010

Saya Suka Orang Yang Saya Benci

Saya ada penyakit "suka pada orang yang tidak sepatutnya disukai". Penyakit ni dah lama dah. Dari zaman belajar sampailah sekarang dah kerja. Tak tau kenapa, susah nak terangkan tapi memang begitulah. Cuma, kalau saya suka orang yang saya benci, saya suka diam-diam sajalah. Kat mulut banyak keluar ayat kata benci, dalam hati kata suka. Sebab macam tak logik la saya nak cakap saya suka orang yang saya benci kan? Haih. Susahnya suka dan benci orang yang sama pada masa yang serentak.

Sebab tu, bila Lin Dan (LD) berjaya kalahkan Lee Chong Wei semi final Thomas Cup Sabtu lepas, separuh diri dalam hati saya berasa gembira (Art, Zakiah, and others pls dont get mad at me). Dont get me wrong, saya memang sokong pasukan negara tak kiralah walaupun mereka rebah atau tidak. Tapi, saya tak boleh nak kawal rasa gembira saya sebab saya suka LD lama dah. Huhu. Bukan sebab dia pandai main (itu salah satunya lah jugak kot) atau sebab dia kacak (kacak ke?) atau sebab dia pandai menari breakdance hahaha, tapi sebab dia suka buat muka ego dan psiko lawan macam dia tu terer sangat (memang lah terer pun kan). Asal main je mesti buat muka kerek.

Saya tak suka lah macam ni. Susah. Walaupun separuh hati saya sedang senyum sebab LD menang game, tapi separuh hati saya lagi sedih dan kecewa sebab Malaysia kehilangan mata pertama yang sepatutnya menjadi suntikan semangat seisi negara. Jadi, walaupun sedang bergembira dan meraikan, separuh lagi sedang kecewa dan berkabung. Kompleksnya! Not to mention that it hurts! Really hurts! Haih.

Hairan. Kenapa saya selalu jadi macam ni,selalu nak suka sesuatu yang tak sepatutnya. Padahal saya dari awal dah tau kalau macam tu nanti saya sendiri akan sakit hati? Kenapakah? Hmmm..

Hidup memang penuh misteri, kan?


2 comments:

adiadia said...

x salah myn suka Lin Dan. sbb sy pon suka Lin Dan. hahahaha. (choong wei maaf kan daku krn kurang bg sokongan ms semi final. kekeke)

Melody said...

haha. terima kasih memahami. saya suka lin dan, sbb tu tak sabar tunggu lin dan main hari tu. tapi sy tetap sokong lee cw walaupun kalah. decemberian patriotik orangnya :p