H.E.L.L.O.

Sunday, August 21, 2011

Faizal Tahir Ucap Selamat Hari Raya Kat Aku

Officially tak boleh tidur malam ni. Haha. So, aku blogging je lah. Nak chat, semua orang lain sudah tidur. Daripada aku bercakap dengan dinding, baik aku bercakap dengan monitor laptop. Nak bercakap dengan dashboard kereta, jauh pulak kena keluar rumah. (Huh. Ini ayat sarkastik untuk orang-orang tertentu k. I dont talk to dashboards whatsoever)

I was driving home after 2 hours of tiring dance prep session, dan sedang tersekat kat lampu isyarat merah when I started to reach for my phone inside my backpack. Eh, ada misscalled dari ex-roommate aku around half an hour ago. Dan ada mesej. Ok, lampu masih merah, bukak lah sekejap. Oh, bukan SMS tapi MMS rupanya.



:-O Terkejut beruk aku dibuatnya. Lampu isyarat masih merah. Jari-jemari aku pun tekan button hijau, call ex-roommate aku. Huhu. Engage pulak. So aku reply MMS dia je dan jalan terus sebab lampu isyarat sudah hijau.

Not long after that, telefon aku berdering semula. Ex-roommate aku!
So she was at RC's ifthar session earlier on, and sedar-sedar je aku dengar suara kawan aku tu pegi cakap kat mamat sebelah dia suruh mamat tu borak ngan aku. Dan mamat tu adalah Faizal Tahir. And I was like..seriously??

So aku pun borak ngan FT kejap haha giler shaking aku, dengan sebelah tangan memandu sebelah tangan pegang fon (sila jangan contohi perbuatan ini. I was not expecting any call, hence I dont have those handsfree kit with me at that moment). FT adalah peramah, sporting dan sengal. Ucapan penutup kepada acara borak-borak adalah ucapan selamat hari raya. Haha. Aku tak ingat aku ada balas cakap selamat hari raya dia ke tak. In fact, aku pun tak tau apekebenda yang aku dok cakap kat dia, aku still dalam mode surprise sebab tak expect pun, tetiba kot ex-roomate aku call and pass phone kat FT! Ko memang gamble habis ar ESS. If we were still back in uni time dan ko buat macam ni kat aku, sumpah sepanjang satu semester tu aku akan hentikan 'aksi tingkap' aku. Haha.

Anyway, thanks ex-roommate.
And FT, yes my name is Melody. That's real.
And no, your name is not Anuar. That's sengal.
Hahaha.

Selamat malam!

No comments: