H.E.L.L.O.

Monday, June 11, 2012

Snoodies Big Day #5.

Sangatlah tak updated cerita ini. Tapi tak peduli, nak jugak tulis. Teehee.

Hujung bulan lalu, aku terbang ke seberang sana. Hajat asalnya nak ke majlis kahwin salah seorang sahabat sejati aku di Melaka. Tahniah Cikgu Hazirah! Snoodies #5 bertukar status. Lagi 4 orang tak tahu bila gilirannya. InsyaAllah, jika sudah tertulis jodoh nanti ai bagitau bila ai nak kawen ye readersku sekalian (Eh, tuan punya blog dalam golongan 4 orang tu ke. Hehheheh =p)

Meh nak letak pic kegembiraan kami di lokasi majlis perkahwinan :)

Maaflah ada kepala yang tidak dikenali kat situ kan. Gambar diculik daripada kamera Cik Pearl. Terima kasih kepada Cik Wanzu kerana sudi tolong mengirimkan gambar-gambar di majlis tersebut untuk tatapan kami kerana Cik Pearl telah tertinggal kameranya dia dalam kereta Cik Wanzu pada hari perpisahan.

Gambar kat tangga. Hehe. Dari zaman pertunangan Puan Snoodies #1, asal je kenduri kat rumah yang ada tangga, mesti nak bergambar kat tangga. Oh, kalau korang perasan kan, kami semua memakai brooch2 comel. Aku punya kaler biru polkadot. Matching ngan baju ai tau. Brooch ini semua hadiah daripada Cik Pearl untuk Snoodies, daripada koleksi AiiZee's Design & Collections (Macam2 ada) Comel sangat! Like sangat! Korang pegi la tengok kat page dia. Dia jual macam-macam brooch comel tau. Bukan brooch je, ada headband, hair clip, tudung, handmade bag, dan macam-macam lagi. Sila klik dan like okeh! Hehe, iklan sekejap.

Ok back to the story. Nak dijadikan cerita, perjalanan bermula di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, di mana aku dan Cik Pearl telah menaiki pesawat bersama-sama menuju ke kota berlumpur. Takde pulak kami ambil gambar maka baca je la cerita panjang lebar ini tanpa sebarang gambar. Sebenarnya panjang sangat kalau nak cerita perjalanan aku sepanjang 3 hari  aku berkelana KL-Melaka-Pahang-KL tu sebab tiap-tiap hari ade aje perkara yang tidak mungkin akan dilupakan berlaku. Tapi cam tengah penat lak nak menulis ni. Jadi, saya direct to the point lah ye.

SELAMAT PENGANTIN BARU HAZIRAH DAN NADZRI!!
To Mr Nadzri, welcome to Snoodies. Kami para Snoodies akan sentiasa mendoakan kebahagian korang. ^__^



P/s: Balik je dari Melaka, aku pergi Pahang pulak nak jumpa geng-geng teater aku. Kebetulan sangat esoknya tu diorang akan berpentas untuk sesi penilaian Manifestasi Teater untuk mencari wakil bumi Pahang. Tu lagi satu hal nak cerita. Tapi, sekarang belum ada kelapangan nak sambung tulis. Next time.


Sunday, June 10, 2012

Jatuh Hati


Jatuh hati.
Tak sakit ke? Tak retak ke? Tak pecah ke? Atau berderai?



Takutnya nak jatuh hati.

Wednesday, June 6, 2012

Kebas


Panas
Sejuk
Hangat
Dingin

Tiada rasa
Hati aku kebas

Hiris
Luka
Racun
Bisa

Toreh saja
Hati aku sudah kebas

Sejak kau kebas mimpi aku untuk kau simpan sendiri.

Sunday, June 3, 2012

3 Jam ke Jam 3

3 jam je kot quality time spent. Tapi 3 jam tu lah yang berjaya buat aku tak tidur malam. Banyak perkara yang telah, sedang dan akan berlaku muncul kat kotak fikiran aku.

3 jam yang serius dalam santai berjaya membawa aku memikirkan sesuatu yang aku kurang endah sebelum ini. Sungguh, aku rasa macam dunia ini ada satu dimensi baru yang mana aku tak nampak sebelum ini. Hmm,, mungkin juga aku nampak tapi buat-buat tak nampak. Tapi, sampai bila aku mampu untuk terus ingat 3 jam yang kami lalui bersama tu? Bak kata dia, manusia ini sifatnya pelupa.

3 jam ke jam 3, aku harap aku tak akan lupa.
Sampai bila-bila.