Sangatlah tak updated cerita ini. Tapi tak peduli, nak jugak tulis. Teehee.
Hujung bulan lalu, aku terbang ke seberang sana. Hajat asalnya nak ke majlis kahwin salah seorang sahabat sejati aku di Melaka. Tahniah Cikgu Hazirah! Snoodies #5 bertukar status. Lagi 4 orang tak tahu bila gilirannya. InsyaAllah, jika sudah tertulis jodoh nanti ai bagitau bila ai nak kawen ye readersku sekalian (Eh, tuan punya blog dalam golongan 4 orang tu ke. Hehheheh =p)
Meh nak letak pic kegembiraan kami di lokasi majlis perkahwinan :)
Maaflah ada kepala yang tidak dikenali kat situ kan. Gambar diculik daripada kamera Cik Pearl. Terima kasih kepada Cik Wanzu kerana sudi tolong mengirimkan gambar-gambar di majlis tersebut untuk tatapan kami kerana Cik Pearl telah tertinggal kameranya dia dalam kereta Cik Wanzu pada hari perpisahan.
Gambar kat tangga. Hehe. Dari zaman pertunangan Puan Snoodies #1, asal je kenduri kat rumah yang ada tangga, mesti nak bergambar kat tangga. Oh, kalau korang perasan kan, kami semua memakai brooch2 comel. Aku punya kaler biru polkadot. Matching ngan baju ai tau. Brooch ini semua hadiah daripada Cik Pearl untuk Snoodies, daripada koleksi AiiZee's Design & Collections (Macam2 ada) Comel sangat! Like sangat! Korang pegi la tengok kat page dia. Dia jual macam-macam brooch comel tau. Bukan brooch je, ada headband, hair clip, tudung, handmade bag, dan macam-macam lagi. Sila klik dan like okeh! Hehe, iklan sekejap.
Ok back to the story. Nak dijadikan cerita, perjalanan bermula di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, di mana aku dan Cik Pearl telah menaiki pesawat bersama-sama menuju ke kota berlumpur. Takde pulak kami ambil gambar maka baca je la cerita panjang lebar ini tanpa sebarang gambar. Sebenarnya panjang sangat kalau nak cerita perjalanan aku sepanjang 3 hari aku berkelana KL-Melaka-Pahang-KL tu sebab tiap-tiap hari ade aje perkara yang tidak mungkin akan dilupakan berlaku. Tapi cam tengah penat lak nak menulis ni. Jadi, saya direct to the point lah ye.
SELAMAT PENGANTIN BARU HAZIRAH DAN NADZRI!!
To Mr Nadzri, welcome to Snoodies. Kami para Snoodies akan sentiasa mendoakan kebahagian korang. ^__^
P/s: Balik je dari Melaka, aku pergi Pahang pulak nak jumpa geng-geng teater aku. Kebetulan sangat esoknya tu diorang akan berpentas untuk sesi penilaian Manifestasi Teater untuk mencari wakil bumi Pahang. Tu lagi satu hal nak cerita. Tapi, sekarang belum ada kelapangan nak sambung tulis. Next time.
1 comment:
I likeee...plg ske part iklan tu..hahaha..tq melody tlg promote :)
Nnti sila update drama2 tu yer ;)
Post a Comment