H.E.L.L.O.

Friday, June 13, 2014

Taman Negara Kuala Tahan, Pahang. Best!!

Lately aku rasa macam hidup sedikit aktif dengan macam-macam aktiviti sampaikan bila ada hujung minggu yang aku kena duduk rumah je, terasa macam diri ini seorang loser. Hahahha. Walaupun benda yang aku nak blogkan lepas ni dah basi pun sebenarnya, tapi rasa seronok plak nak tulis. Lama tak blogging, bila datang mood macam ni aku layankan je la.

So, entri kali ni nak share citer pengalaman bercuti kat Taman Negara Pahang. Short weekend getaway je pun sebenarnya, tapi dah keluar dari KL tu aku nye perasaan memang aku pergi bercuti lah. Heeee..

Dijadikan citer, ni la pertama kali aku nak pegi Taman Negara Pahang ni. Excited! Sabtu pepagi tu kawan-kawan aku datang umah amik aku dan bermulalah perjalanan kami ke Taman Negara Kuala Tahan, Pahang.

Pit stop pertama adalah Bentong untuk breakfast. Hehhee... kitorg bantai je berenti kat memana warung tepi jalan. Pastu makan nasik lemak secara berjamaah. Lepas bekpes, kami meet up ngan another 2 kawan, diorang satu kete dah standby tunggu kitorg yang lambat tak sampai-sampai ni. Hehe. So total kami 6 sekawan pun berangkatlah.

Aihh.. panjang citer lak, penat taip..let the pics speak je lah. Occay?

Selamat Datang!!

Nak pegi Kelah Sanctuary kena naik bot dulu. View sepanjang perjalanan memang lawa.

Encik ni orang dari Taman Negara Pahang tu. Tengok view, cantik kan? Udara memang segar. 
Dah sampai Santuari Kelah.
So petang hari pertama tu kitorang abiskan ngan bermain-main bersama ikan kelah kat Santuari Kelah. Serius banyak giler ikan kelah, besar-besar pulak tu. Kitorang diberi pellet ikan untuk bagi makan ikan kelah. Sekali kitorang hamburkan makanan ikan tu, fuhhh.. berkocak-kocak air sungai sebab ikan berebut makan. Lepas tu kitorang tak tahan dok bagi makan dari tebing sungai..hahaha.. sibuk nak masuk dalam air. Bila dapat green light dari abang taman negara, kitorang pun apa lagi, memasing terjun sungai la. Abang taman negara ni siap challenge kitorang, kalau dapat tangkap ikan kelah tu guna tangan, dia bagi free jeh. Hehhehe.. memang tak mampu la kami nak tangkap ikan tu ngan tangan sampai ke sudah. ahhahhaha..

Bertapa apa ntah tepi sungai. Puiii...hahhaha

Pemandangan kat kuala pertemuan antara dua sungai, tapi aku tak ingat apa nama sungai-sungai tu. Ada banyak kedai makan dalam bentuk terapung kat sekitar sungai ni. 

Pemandangan malam. Jom dinner! Yer, memang kena seberang sungai belakang tu untuk keluar masuk taman negara.

Persona Village Resort. Dinner memang meletop! 
Jujurnya, aku tak suka makan ikan patin. Walaupun sebelum ni 4 tahun aku duk Pahang sebab sambung belajar kat sana tapi pertama kali aku makan ikan patin masak lemak di sebuah hotel yang agak femes jugak (masa tu dinner fakulti hahhaha) aku sikit lagi nak termuntah. Just imagine je la betapa aku memang cannot go lah ngan patin nih. TAPI! Persona Village Resort punya ikan patin sedap gilerrr!! Ikan fresh, sedap, langsung tak rasa kehanyiran ikan sungai. Siap bertambah lagi kami makan. Korang kalau datang Taman Negara Pahang ni, very recommended lah makan-makan kat sini. Malam tu kitorang dinner patin masak lemak sedap giler, daging rusa masak tak tau nama sedap giler, ikan kecik aku tak ingat nama goreng rangup sedap meletop, sambal hitam sedap meresap (takde dalam pic sebab belum dihidang habis menu aku dah snap pic hahhaa) dan macam-macam lagi. Memang sedap weh.. Berbaloi-baloi makan. 


Aktiviti hari kedua pulak, jungle trekking, canopy walkway dan hiking Bukit Terasek. 

Day 2: Sebelum beraktiviti kitorang berkumpul dulu kat depan ofis Taman Negara.
Jom trekking!! 

Padang tempat binatang-binatang hutan datang bermain minum air ke something camtulah kata abang Tmn Negara tersebut. Tapi time kitorang pegi ni salah timing so takde hasil lah.
Tempat lepak sambil animal-watching tadi tu
Next, Canopy walkway!

Best! Gayat! Serius rasa tinggi dan sangaaat panjang trek canopy walkway ni. Tapi syiok!
Canopy walkway pun ada tangga weh. Mau tak gayat kitorg bila jambatan gantung tu goyang-goyang dalam pendakian. Huhu. Gayat tetap gayat, posing tetap posing.
Lepas canopy walkway terus trekking sampai ke atas bukit. Dah sampai, kita lepaskan lelah jap.
Kawan-kawan baru. Sandra dari Switzerland yang datang bercuti.
Group pic di atas Bukit Terisek.

Nak selfie malas, mintak tlg kwn jeh la amikkan. hahahha. Tak nampak plak berapa ketinggian bukit eh.

Overall nak hike Bukit Terisek tu takde la susah sangat. Trekking lane pun ada. Tapi mungkin sebab aku dah lama tak hiking masa tu (last hiking Gunung Ledang tahun 2012. Setahun bezanya) so aku penat la sikit. So lepas bermain-main, melepak menghirup udara segar, by noon kitorang pun turun bukit untuk balik ke hotel. Lepas turun, kitorang makan tengahari. Lepas tu boleh pulak sambung mandi sungai lagi! Hahaha. Maklomla petang tu nak balik KL dah. So mainlah air sungai tu puas-puas dulu. KL susah nak main air. Tak best.

Masa untuk balik. 
Tempat-tempat untuk dilawati. Banyak lagi tak sempat singgah tu. Lenkali occay!
Sekian, memang best spend weekend kat sini. Kitorang kalau ikutkan hati macam tanak balik jeh. Pegi pagi Sabtu balik petang Ahad, masa sangat limited. Banyak lagi aktiviti yang kitorang tak sempat buat contohnya rapid shooting, melawat kampung orang Kuala Tahan, night walk dan macam-macam lagi. So, sape ada kelapangan tu pegilah melawat Taman Negara Pahang. Permit masuk RM1 jeh. Kitorang pun susah hati nak bayar RM1 sebab macam murah sangat, tak padan ngan keseronokan dalam taman negara tu. Huhu.

Till the next activity update!! (Kalau aku ada mood nak blogging lagi lah ye hehee)

4 comments:

Tetamu Istimewa said...

Assalamualaikum, selamat menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadan ini.

P/S: Minat membaca cerpen? Buku saya kumpulan cerpen remaja: Tetamu Istimewa terbitan ITBM, 2014 telah pun terbit. Jika berminat boleh pesan dengan saya, menerusi emel. Maklumat lanjut boleh baca di blog saya. RM20 termasuk kos pos laju. Terima kasih.

Unknown said...

Hai . Awk stay kat mne . Pergi walkin atau pakej . Guide kne byr asing ker ? 😊

Melody M. said...

Hi Jannah. Sorry for the super late reply. Kitorg stay kat dalam Taman Negara punya chalet. Alamak, dah hilang contact details pulak sorryyyy.. But there are a lot of homestays too kat kawasan ni kalau xmau duduk dalam chalet Taman Negara tu.

Melody M. said...

Hi Jannah. Sorry for the super late reply. Kitorg stay kat dalam Taman Negara punya chalet. Alamak, dah hilang contact details pulak sorryyyy.. But there are a lot of homestays too kat kawasan ni kalau xmau duduk dalam chalet Taman Negara tu.