H.E.L.L.O.

Sunday, December 10, 2017

Pengalaman Bersalin Kali Pertama - Part 1: Pre Labor

Throwback..
Dijadikan cerita...

Kalau ikutkan due date yang doktor bagi, baby aku dijangka lahir pada 01.06.2017. Disebabkan ini adalah baby pertama aku, aku minta izin suami untuk bersalin di kampung halaman aku di Sarawak dan seterusnya berpantang kat umah mak aku terus kat Kuching. Suami izinkan dan hantar aku balik Kuching. Hehhehe..dan oleh kerana ada restriction untuk preggy mommies terbang di awan, maka aku terpaksa amik cuti rehat dan cuti bersalin lebih awal supaya aku boleh naik flight pada usia kandungan 34 minggu. Kalau dah 35 minggu airlines tak bagi naik dah. Merasa jugak naik buggy kat airport tanpa rasa bersalah ok. Lols.

Bila dah balik Kuching, aku agak relaks. Mak bapak aku tak bagi buat kerja rumah sangat. Maka keja aku tido-phone-makan-tv-selfie-makan- tido- phone- online- membaca- online-phone- membaca- tido- makan. Ok you get what I mean. Sebenarnya aku risau gak kalau aku terberanak awal, sebab suami hanya akan pulang ke Sarawak beberapa hari sebelum due date aku. Tiap hari aku borak dengan baby supaya tunggu Papa dia sebelum keluar dari ha.

And the baby listens! Haha. Good baby. Alhamdulillah, sempat husband aku balik Kuching yay.

Tapi lepas tu, baby macam syiok sangat pulak dok dalam perut mamanya ni ha.. Sehari sebelum due date, aku kena pegi klinik untuk scan baby. Doktor bagi kata putus, kalau baby tak keluar esok, dia kata aku kena serah diri ke hospital lepas seminggu due date. Ok. Aku memang nervous masa ni mengenangkan esoknya dah due date kan. Tapi wat lek wat kul lagi sebab setakat ni tak rasa sakit apa pun.

01.06.2017 - Tarikh EDD Telah Tiba : 40 Weeks 0 Days
Aku dok borak jugak dengan baby aku, nak keluar dah ke..tapi nampaknya macam tak ada tanda apa lagi. Sakit pun takde. Maka petang tu selamat lah aku pergi merambu-ramba shopping kuih kat Bazaar Ramadhan hehhee. Seronok aku beli makanan, kalah orang yang berpuasa. Oops, kantoi tak puasa. Hehhee. Amik rukhsah ok, sebab awal Ramadhan ritu aku try puasa gak tapi pergerakan baby macam tak ketara plak. Takut jadi pape, so aku hanya sempat puasa 2 hari je huhu. Ye, aku beranak bulan puasa tau. Memang jenuh mak nak ganti 28 hari tak puasa tu. Fuhhh

2-3 hari lepas EDD, baby masih xmau keluar lagi. Walaupun macam risau, tapi aku watlek watkul lagi. Tanda memang takde lagi. Tak sakit. Takde pecah air ketuban ke apa. Takde darah. Siap masih bertenaga gi jenjalan.

04.06.2017 - Tanda Pertama : 40 Weeks 3 Days
Bangun pagi, aku ternampak macam ada blood spot. Cenoneet je pun. Kuku ibu jari aku pun lagi besar. Tapi, kecik2 pun, aku dah cuak, nak beranak dah ke ni? Tapi takde sakit apa pun? Takde air ketuban ke apa pun? So aku pergi tanya BFFs aku dalam group #Snoodies ni. Mak aku takde kat rumah, dia keje. Basically diorang kata itu mungkin tanda awal, kalau berterusan pergi je lah cek kat doktor. Tapi aku cek, takde pulak blood spot tu lepas tu. So, aku pun meneruskan hari aku macam biasa dalam debaran. Hehe.

05.06.2017 - Maternity Checkup: 40 Weeks 4 Days.
Dah 5 hari lepas EDD ni. So far aku masih tak rasa sakit apa-apa, tanda darah pun takde keluar lagi. Aku bagitau je lah kat nurse, "Pagi semalam macam ada blood spot kecik x sampai saiz 5 sen sekali itu je lah, tapi saya tak sakit apa-apa pun? Nak kena pergi hospital ke nurse?" Nurse pun cek rekod aku semua, dan dia pun jawab "kadang-kadang memang ada blood spot sikit sebab baby dah semakin turun so dia tekan jalan keluar. Kalau sikit je x berterusan dan belum sakit tu,air ketuban pun xde pecah ke apa, masih ok lagi. Tapi lepas ni kalau ada fresh blood keluar, awak terus pergi hospital lah ye, lagipun awak dah overdue, kalau tengok catitan doktor pun patutnya lusa awak kena serah diri dah ke hospital kalau masih belum beranak walaupun takde apa-apa tanda". Hmm..baiklah nurse.

Malam tu aku masih sempat keluar dating dengan husband aku, pi jalan-jalan Metrocity..Pi jalan-jalan Waterfront. Gigih aku dengan perut boyot mengukur Kuching Waterfront hujung ke hujung dengan harapan cepatlah beranak, sebab orang kata aktif berjalan nanti senang beranak. Confinement lady aku tiap hari mesej tanya khabar, hehe aku cakap baby belum keluar lagi aunty..


06.06.2017 - Tanda Kedua: 40 Weeks 5 Days
Ok, pagi ni bangun sahur aku nampak darah lagi. Eh, macam lebih banyak pulak. Aku bagitau mak dan husband aku. Dan kami memutuskan supaya aku terus ke Hospital saja lah lepas Subuh sebab nurse pun dah pesan macam tu semalam. Oklah, mungkin hasil mengukur tepian sungai kat Waterfront malam tadi. So, lepas Subuh dan bermandi manda, aku pun pergi menyerah diri ke Hospital Umum Sarawak Tingkat 4 Wad Bersalin.

Nak pergi hospital. Baby, are you ready to meet Mama & Papa? Muka excited tapi berdebar sebenarnya.













Cerita seterusnya di hospital, bersambung kat entri lain pulak.
Hehhee..

Cheers!

No comments: