WANGI YANG TIDAK BERDAYA MENJADI SAKSI
Teater Wangi Jadi Saksi, karya U-Wei Hj. Shaari,
diangkat ke pentas oleh saudara Yusuf Fansuri di bawah payung Angkatan Pengkarya Indie
Sudah agak lama aku tak pergi tengok teater, akhirnya aku berjaya melepaskan gian aku untuk menonton teater pada malam Sabtu lepas. Mula-mula nak ajak Zudin dan Nika, sebabnya Zudin dari tahun lepas lagi asyik ajak tengok teater tapi aku selalu terlupa nak maklumkan apa-apa pementasan kepadanya. Kesian dia. Dan Nika pula, kami memang sama-sama peminat teater, dan kebetulan dia sedang pulang bercuti, terus aku teringat nak ajak dia pergi bersama. Aku pun hampir setahun tak jumpa dia.
Tapi, Zudin ke KL. Ada urusan katanya. Tak mengapa, belum rezeki dia untuk tengok teater. Nika pula tak dapat dijejaki. Aku telefon tak ada talian. Aku telefon nombor dia yang lagi satu pun mesin jugak yang menyahut. Telefon rumah dia, alamak salah nombor la pulak! (Ooopss...Hehe!)
Akhirnya aku mengajak teman sepersekolahanku, Fres dan Abang. Abang di luar kota, maka hanya Fres yang menemankan aku. Yang aku tak sangka, Fres dalam diam rupanya meminati teater! (^^,)
Maka sama-samalah kami pergi menyaksikan Wangi Jadi Saksi. Aku begitu teruja kerana aku pernah tahu karya ini, maka pada fikiranku bolehlah aku melihat bagaimana jika ia dipersembahkan oleh produksi yang berbeza pula. Apatah lagi, teater yang berlatarbelakangkan zaman dahulukala adalah salah satu genre yang aku gemar.
Sedikit kecewa apabila teater ini tidak dipersembahkan sepenuhnya. Apakan daya, nadi utama pementasan iaitu pelakon watak Wangi telah ditimpa kemalangan beberapa hari sebelum pementasan, sehinggakan kakinya berbalut dan datang ke auditorium pula dengan terpaksa berjalan menggunakan alat sokongan. Namun aku puji kesungguhan produksi ini untuk terus dengan pementasan walaupun dihujani pelbagai halangan yang menimpa, bukan sekadar Wangi mereka yang cedera sahaja. Itu cerita pengarah kepada kami, tak perlu aku nak huraikan semua kat sini. Semoga tuan pengarah dan produksi tabah.
Keseluruhannya, aku berpendapat bahawa pelbagai perkara boleh diperbaiki. Mungkin juga kerana jalan cerita yang tidak lengkap membuatkan pementasan sedikit terganggu. Tak mengapa.
Terdapat beberapa perkara yang mana kalau kawan aku Raja Azrul tengok, mesti dia tak berapa gemar (Hehe..Zrul, jangan marah!) Antaranya, suara beberapa watak yang kurang kedengaran, gaya silat Tuah, Karma, Jebat yang kadangkala kurang lancar, juga gaya mereka yang seakan-akan bersilat sewaktu berkata-kata (mungkin itu memang diadakan untuk memberi penekanan pada karakter, tapi kadangkala aku rasa macam tengok wayang kulit pulak). Teknik pencahayaan boleh diperbaiki, begitu juga dengan para pelakon yang kerap berada di luar ruang cahaya. Mungkin mereka mahu gunakan pentas sepenuhnya. Tapi menjadi masalah pula kepada kami yang menonton kerana kami tidak dapat melihat ekspresi mereka dengan jelas. Dan pasal muzik latar. Aku rasa inilah perkara yang paling kawan aku Raja Azrul akan merungut kalau dia datang (Sekali lagi, jangan marah Zrul! Hehe) Muzik latar sedikit kelam kabut. Malah ada di antaranya yang mampu membunuh konsentrasi penonton ketika menyaksikan Wangi Jadi Saksi ini. Contohnya ketika Tuah dan Jebat sedang berlawan silat. Muzik latar sebenarnya sesuai, tapi kerana terlalu pendek, maka ia diulang-ulang, hasilnya muzik itu kedengaran seperti tiba-tiba terputus dan tiba-tiba bermula semula. Kedengaran tersekat. Props, setting dan kostum? Tak mengapalah, aku tak nak komen pasal tu.
Pujian aku berikan pada Tajul yang konsisten menjadi Tuah sehingga akhir cerita. Suaranya kedengaran, berintonasi dan penghayatannya juga bagus. Cuma kadangkala aku sedikit rimas dengan gaya silatnya. Aku juga suka pada Pateh Karma Wijaya (Zach Manan), sedikit rimas dengan Jebat (Wahab) kerana kadangkala seperti hilang fokus, atau mungkin kerana Jebat banyak bermain di luar ruang cahaya, maka aku tidak dapat menghayati ekspresinya, apatah lagi suaranya tidaklah selantang Tuah. (Atau mungkinkah aku yang semakin sempit akal, sampaikan aku tak boleh terima bilamana Jebat bersorok di sebalik tirai istananya. Langsung aku tak boleh nampak ekspresi.) Aku tak suka Bendahara (Rusdi), entah kenapa aku pun tak tahu. Mungkin kerana dia tak nampak macam Bendahara. Dan Wangi pula? Sayang aku tak berpeluang melihat Wangi di pentas, kerana Wangi juga duduk di kerusi penonton seperti aku.
Apapun, tahniah aku ucapkan pada mereka kerana berjaya mementaskan Wangi Jadi Saksi walaupun macam-macam halangan. Dan memandangkan aku juga sekali sekala bergiat dalam kumpulan teater di negeri Sarawak ini, maka aku menerima persembahan mereka seadanya. Kerana aku juga tahu suasana teater di negeri ini bagaimana. Bukanlah seriuh ketika aku di Semenanjung dahulu. Dari segi kemudahan dan bantuan, itu tak payahlah aku cerita. Bukan itu fokus cerita aku malam ini.
Tahniah kepada Fus, dan sudah tentu aku (serta mereka yang lain) menantikan SMS anda menjemput kami hadir ke tayangan penuh Wangi Jadi Saksi, sebagaimana yang anda katakan kepada kami sebelum pementasan bermula, iaitu apabila Wangi anda sudah kembali ke pentas Februari nanti. Insya-Allah. Segala komen aku hanyalah dari kaca mata seorang penonton biasa sahaja. Tiada maksud apa-apa. Aku pun tak pandai sangat nak mengkritik ni. Hehe.
Ouh, gambar ada tapi semuanya kat Fres, aku tak bawak kamera pun malam tu. Kalau ada aku akan cuba upload di sini.
Sehingga berjumpa Wangi Februari nanti....semoga cepat sembuh!
3 comments:
huhuhu..tetiba mention nama aku yerk! Aku tak leh komen, sebab tak tengok.
Tapi aku tahu cerita Wangi Jadi Saksi ini. Syikin pernah introduce sinopsis dia pada aku time bonang dulu.
Kalau aku ada, hehehe..kita leh sama2 bagi komen..
Amboi zrul, cepatnya reply!! Hehe.. Aku pelakon, maka aku terlebih tumpuan pada gaya lakonan mereka. Ko seorang pengarah, ko kalau mengkritik mmg la kritik dr kaca mata sorg pengarah..semua benda ko nampak. =P
Kamu dijemput ke senikatawati.blogspot.com. Please send your email address to wani.ardy@gmail.com. TQ. :)
Post a Comment