Setelah 19 hari bercuti raya, maka hari ini aku kembali bekerja. Anehnya, aku cukup bersemangat dan perasaanku riang ria. Tidak liat bangun pagi dan menyiapkan diri, malah sempat pula memasak sarapan! (Kebiasaannya, aku beli kat kafe je. Kalau bukan bulan puasalah.) Mungkin kerana sudah terlalu lama bercuti dan mendapat rehat yang secukupnya menjadikan pagi aku begitu menyegarkan. Boleh jadi juga penangan buku motivasi tulisan Dr HM Tuah Iskandar yang kubaca pada masa cuti, yang mana antara yang aku ingat katanya kalau kita berfikiran positif apabila bangun pagi, maka seluruh hari kita akan menjadi baik, kerana apa yang kita fikirkan di pagi hari tu umpama doa jugak lah. Jadi kalau pagi-pagi lagi dah berfikiran yang negatif dan buruk, maka buruk jugak lah hari yang akan kita lalui tu. Lebih kurang macam tu lah.
Betapa seronok dan bersemangatnya aku pergi kerja, sehinggakan aku boleh menari-nari dan menyanyi dalam kesesakan jalan raya. Agaknya pakcik kat sebelah kereta aku tu mesti hairan menengok aku macam tu. Dan Alhamdulillah, berkat aura positif aku hari ini agaknya, kebetulan work load hari ini adalah menyenangkan, tiada line issue yang teruk, passdown pun tak banyak, tool takde yang buat hal, lot tak banyak yang fail, rakan-rakan sekerja juga ceria-ceria belaka, maka stress level adalah rendah.
Balik dari kerja, parents aku pulak call, bagitau yang mereka balik rumah. Ah, keseronokan berganda!
Seronoknya kalau tiap-tiap hari macam ni.
(^_^)
2 comments:
btol3
bile bangun pagi2 dan sentiasa berfikiran positif
mood sepanjang hari tu jadi elok je
semenjak 2 menjak ni saye slalu dah bangun awal
hehe
dah tak tdo lepas subuh
perasaan die lagi best berbanding sebelum ni yg slalu moody
huhuhu
atau mungkin jugak
saya sangat happy dengan kehidupan sekarang
hehehe~
huhuhu...
biasalah tu..yang penting kerja yang kita buat tue kita minat!!
Macam aku, jadi cikgu! Pagi-pagi aku bersemangat nak datang sekolah, tak sabar nak ajar anak murid!!
Seronoknya!! Walaupun ia hanyalah seketika!!
Post a Comment