H.E.L.L.O.

Friday, February 20, 2009

J.O.D.O.H

Saya ada dua orang kenalan.
Dua orang kenalan saya ini telah menghadapi kegagalan dalam perhubungan.

Gadis:
Dia telah pergi.
Aku tinggal di sini sendiri.
Hancur! Remuk! Sakit hati ini!
Orang kata putus cinta boleh buat kita rasa nak mati
Baru sekarang aku mengerti.

Jejaka:
Sakit, memang sakit!

Tapi aku jadikan semua tu satu pelajaran yang berharga untuk aku.
Mungkin kali ini aku gagal. Benar.
Tapi aku tak akan biarkan kegagalan aku hari ini untuk terus mematahkan semangat aku.
Tipulah kalau aku kata aku tak teringat langsung.
Kadangkala memang rasa itu datang kembali menguasai aku.
Tapi mahu bagaimana lagi kalau memang sudah setakat itu sahaja jodoh kami.
Mahu saja aku meraung, tapi siapa mahu mendengarnya?


TAK ADA JODOH! Kata mereka.

Aku:
Si Gadis ditinggalkan kekasih hatinya.
Si Jejaka pula berpisah atas sebab yang aku tak pasti.
Yang aku tau, kedua-dua mereka sedih dan kecewa.

Si Gadis mengekspresikan kesedihan hatinya lewat lagu-lagu tulisannya. Pathetic yang amat. Melankolik dan mendayu.
Si Jejaka mencurahkan rasa sakit lewat puisi tulisannya. Sisi yang gelap. Keras.

Si Gadis dan Si Jejaka saling mengenali, sering bertemu muka dalam acara-acara yang mereka hadiri. Walaupun jalan yang mereka pilih mungkin berbeza, tapi dunia mereka serupa. Jika si Gadis menjadikan puisi hatinya kepada lagu, Si Jejaka mengangkat puisi hatinya dalam bentuk cerita. Sama, tak serupa.

Dan aku adalah pihak ketiga yang melihat jatuh bangun mereka, yang menyaksi kepedihan dan kesakitan mereka, yang tahu betapa sukar mereka mahu bangkit semula, yang mendengar tiap lagu sendu mereka, atau laungan amarah mereka. Yang membaca tiap bait kata-kata lewat puisi mereka dan kemudian memandang mereka sambil tersenyum pahit untuk berkata "There is a reason behind all this".

Oh, aku sangat penat mengungkapkan kata-kata "Be strong", "Sabar", "Ada hikmah di sebalik kejadian itu." It hurts to be the one who sees all the pains and hurts, but have nothing to do to get things better.

Dalam diam, aku cuba untuk menyatukan mereka. Aku berangan, how sweet it would be if both of them are together. Aku anggap itu perkara mudah, lantaran mereka berdua hidup dalam dunia yang sama, dan menghadapi kegagalan yang serupa. Malah mereka terlebih dahulu mengenali sesama sendiri sebelum aku muncul dalam hidup mereka. Kerana itu aku membuat andaian bahawa mereka pasti mudah serasi dan berkongsi hati.

Tapi aku silap. Sangat silap. Mungkin benar, mereka berkongsi dunia yang sama. Mungkin benar, mereka menghadapi kegagalan yang serupa. Dan memang tidak dinafikan, mereka berkecimpung dalam gelanggang yang serupa.

Aku lupa satu perkara.

Jodoh pertemuan di tangan Tuhan.
Manusia hanya merancang, tapi segala pelaksanaan adalah atas kuasa Tuhan.

Hari ini, si Gadis sedang menghitung kebahagiaan apabila bertemu dengan seseorang yang selama ini di depan mata tapi tak terlihat olehnya. Seseorang yang sangat dekat dengan dirinya tapi tak pernah terfikir olehnya akan bersama. Seseorang yang akhirnya berjaya membuat dia tersenyum kembali dan bangkit dari segala durja.

Hello, Mr. Future! Terima kasih, kau buat kenalan aku ini kembali ceria.

Menoleh ke sisi yang lain, aku melihat Si Jejaka semakin keras hatinya. Siang dan malamnya kini hanya untuk kerja. Kerja. Kerja. Dan kerja lagi. Tidak peduli walau mata hanya dapat lelap ketika hampir dinihari. Tidak kisah walau badan penat dan otak sendat.

Kasihan! Apa perlukah kau kerja sekuat itu untuk melupakan sesuatu yang kau mahu lupakan. Sedangkan, kalau kau pusing-pusing jalan yang lalu hari-hari itu, tidak mungkin tidak, sesekali kau pasti akan terserempak dengan luluhan jiwa kau tu. Dunia ini kecil, kawan. Jangan menyeksa diri.

Bila kau cakap kau OK, aku tak tahu sama ada aku mahu percaya atau tidak. Mungkin benar kau OK. Aku harap kau tak tipu. Tapi kenapa suara kau semakin keras, jiwa kau semakin kebal? Aku risau, kawan!

Memang, jodoh di tangan Tuhan.
Kau cakap macam tu, aku tak katakan itu salah.

Tapi, kebahagiaan kalau tidak dicari, macam mana hati tidak sunyi dan sepi.
Memang ada yang dapat kebahagiaan yang bergolek datang kepadanya. Tapi berapa ramai manusia yang sebegitu bertuah? Buka hati dan jangan mati.

Sendiri mau ingat, kawan.

Oh, berbalik pada rancangan saya mahu menyatukan mereka berdua. Tak berhasil nampaknya. Tak mengapa. Bukan kuasa saya untuk menjodoh-jodohkan orang. Saya doakan kedua-dua mereka akan menemui bahagia pada jalan yang mereka pilih.

Juga doa saya semoga saya turut bahagia pada jalan yang saya pilih (suatu masa nanti)

(-_-')

No comments: