H.E.L.L.O.

Wednesday, February 11, 2009

Aku mahu kedua-duanya, tapi itu tidak mungkin!

Sini, ke mari. Mana kamu pergi? Hilang, sunyi dan sepi. Menyendiri?
Aku ada. Tidak ke mana-mana.
Jasad saja di sini. Tapi tidak hati.
Itu telahan kosongmu saja. Tidak berasas namanya.
Jangan menafi. Segala tekaanku cerminan dari gerak-geri kamu sendiri.
Beritahu padaku, kamu kenapa?
Aku mahu pergi.
Jadi, pergi saja.
Tapi aku juga mahu berada di sini. Aku selesa di sini.
Jadi, tinggal saja.
Ahh, kata-katamu langsung tak membantu.
Tanya pada dirimu sendiri. Pilihan di tanganmu.
Aku keliru. Tak tahu mana satu terbaik untukku.
Yang itu, jawapannya hanya ada pada kamu.
Aku tak mampu memutuskannya untukmu.



Lalu bagaimana?

1 comment:

Daoz said...

lalu kamu punya dua pilihan yang elok semuanya.apa saja pilihan kamu,yg pasti kamu tetap di hati ini,sentiasa dekat.