H.E.L.L.O.

Thursday, March 26, 2009

TERUK aku kena TAMBAT KAKI kat KERUSI. Beri aku UBAT!

Tiba-tiba aku rasa sangat rindu pada Kumpulan Teater Senandika. Sangat sangat sangat saaaaangaaaat rindu!!!

Mungkin ramai yang tak tahu aku pernah bergiat dalam bidang drama/teater. Takdelah gempak mana pun, hanya aktif di universiti. Tak begitu berpeluang untuk meneroka dunia teater luar daripada lingkungan universiti sebab pada masa tu, drama/teater di tempat kami baru nak mula hidup. Bak kata orang, umpamanya kami tiba di hutan belantara yang tebal, dengan berbekalkan parang di tangan. Baru nak rentas denai, tebang pokok, cari kayu buat pondok. Dalam hutan tu ada harimau pulak tu!

Sakit! Memang sakit sangat masa tu. Aktiviti seni (terutamanya kami dari kumpulan drama/teater) masih menjadi suatu taboo bagi kebanyakan orang di tempat kami belajar ni. Setiap kali kami usahakan untuk mementaskan sesuatu, pasti ada saja yang tak kena di mata mereka. Ada saja yang tak baik di mata mereka.


Tapi kami tak kisah. Sebab kami tahu apa niat dan tujuan kami untuk bergiat dalam bidang ni. Jadi kami usahakan juga. Biarlah susah macam mana pun, sebab kami betul-betul dah jatuh cinta kat benda ni, kami buat juga. Muka kami memang dah macam wanted dah di kalangan mereka sebagai sekumpulan pelajar yang tak makan saman. Mereka anggap kumpulan kami ini sebagai perosak moral dan tidak seharusnya dijadikan contoh dalam membina insan bersahsiah tinggi. (Ok,tak semua macam tu. Masih ada insan-insan baik hati yang sedia menyokong kami dari atas. Terima kasih!)

Entahlah. Macam-macam kerenah. Walaupun tak semuanya betul, tapi kalau dah persepsi orang macam tu nak buat macam mana kan. Terpulang kepada kami untuk membuktikan bahawa apa yang mereka katakan tu tak benar. Kami kena buktikan yang kami pun boleh berdiri sendiri. Kami kena buktikan yang dunia kami ni bukan seteruk yang mereka katakan. Bukan seliar yang mereka fikirkan. Kami kena tunjukkan yang kami adalah diri kami sendiri. Kami kena buktikan kami juga bukan setakat boleh menghibur tetapi kami juga boleh mendidik dan mengajar audiens. Kami kena jadi contoh pada adik-adik yang meletakkan harapan pada kami untuk menyediakan ruang mereka bernafas dalam bidang ni.


Hmm..nak cerita memang panjang. Dan setiap kali aku teringat suka-duka perjalanan tu, aku memang tak boleh tahan. Banyak sangat kenangannya pahit manis kehidupan anak seni yang cuba bernafas di kalangan orang-orang yang sungguh teknikal dan professional lah kononnya (Eh, aku pun dah termasuk dlm golongan yang so called teknikal dan professional tu ke sekarang? Huhu).


Ok, aku ni bukanlah seni sangat pun. Emo je lebih. Haha. Tapi, politik kampus memang memeningkan. Mujur kami ada survival skills yang tinggi. Kalau tak, mungkin akan terkubur lagi untuk kedua kali. Membangunkan sesuatu yang totally baru mungkin sukar, tapi lebih sukar lagi bila nak membina semula sesuatu yang pernah jatuh tersungkur dan terkubur.

Eh, aku dah cakap banyak la pulak dalam entri kali ni. Sebenarnya, aku cuma nak katakan yang aku sangat rindu pada Senandika. Main point pendek je. Aku rindu Senandika. Tapi panjang lah pulak cerita yang entah apa-apa kat atas tu kan. Hehe. Maaflah, emosi sekejap. (Kan aku dah cakap, aku ni emosi je lebih? Haha)

Aku rindu Senandika sebab ini. (Sila klik di sini)

Buat aku teringat saat-saat aku berada dalam situasi mereka ketika ini. Pasti mereka sedang gigih berjuang sekarang, kan?

"TERUK aku kena TAMBAT KAKI kat KERUSI. Beri aku UBAT" somehow reflects my situation now and then.

Dulu memang kami TERUK kena TAMBAT KAKI oleh mereka yang duduk di KERUSI itu. Kreativiti dan karya kami tersekat oleh the so called rules and regulation and soft skills! No offence ok.
Sekarang pun TERUK aku kena TAMBAT KAKI kat KERUSI ni sebab Laut China Selatan sangat luas.

Tapi sampai masanya, bila aku dah dapat UBAT, aku takkan kena TAMBAT KAKI lagi. Aku takkan rasa TERUK lagi. Dan aku akan boleh bangun dan bangkit daripada KERUSI ni.

All the best brothers and sisters of Senandika!!


Oh ya, kepada pembaca blog ini yang aku kenal mahupun tak. Jika anda berada di Kuantan pada 4-5 April ni, singgahlah kat Taman Budaya Pahang. Kawan-kawan aku ada perform teater. Datanglah. Maklumat lanjut ada kat link yang aku letak kat atas tadi tu. Oklah, aku letak link kat sini lagi sekali.

(Sila klik sini untuk makluman lanjut mengenai Fiesta Teater Senandika)

Terima kasih.



(Em, Senandika, korang tak kisah kan saya cerita pasal teater ni kat blog saya? Senandika...sweet sangat~)

12 comments:

Sengal Ubi said...

kak mel, thanks for promoting. i really want all the kerabat alumni to be there, to tell everybody how we have evolved and how our efforts are not waste.

memang senandika sweet sangat. yang masih di UMP ni pun boleh menangis sebab senandika. hehehe~

The Island of NAMOYAKI, said...

salam,

salam hormat,
salam tumpang melintas lalu,


salam hormat, salam penuh kaseh sayang,
-zul rahman

Nyda Zamani said...

post yg sgt menarik..
pandai kamu buat satu ayat dengan menggunakan tajuk2 teater mereka..
hehehe
rasa teruja mahu tengok hasil tangan mereka dipentaskan
kan best kamu ade jet peribadi..huhu
beli la satu..hik3~

Melody M. said...

~Amir Sengal Ubi~
No big deal. Kita kan satu famili. Sy pun teringin sgt nak tengok. Sy pasti kerabat alumni yg lain pun begitu juga. All the best! Doa kami bersama kalian.

Hehe. Senandika memang penuh kemanisan. Yang pahit pun boleh jadi manis akhirnya kalau bersama Senandika. Rindunya!


~Zul Rahman~
Salam kembali
Terima kasih kerana singgah


~Nyda~
Oh sy pun teruja sangat nak tengok. Kalau ada jet peribadi, sy mesti pergi. Sebelum tu, singgah merata Malaysia ambil kamu, Azrul, Azwan, Zamrie, Yunika dan lain-lain. Kalaulah!

p/s: nyda pegi ke?

Scarlett Syidek said...

hai kak mel..
hehe..
walau saye tak sempat mengenalimu,
tp, sokongan akak dan kerabat alumni yang laen memberi semangat kepada kami untuk bawa senandika hidup di luar. akak dtg x fiesta nih..??

datang taw, kiter perform KERUSI. hehe..


p/s: matilah kalo amir bace comment ni. hehe..

Anonymous said...

hey kamu cik siti..biler nk pulang dr seberang?? ish3..xsempat lg nk brlakon dgn kamu neh..

jumapx said...

sakit ke kena tambat?
cepat cari ubat
agar tidak melarat....he3

Melody M. said...

~Syidek Red Scarlet~
Yep, tak sempat kita berkenalan, tp takpe..insyaAllah ada rezeki pasti kite akan jumpa. Terima kasih sbb sudi jadi sebahagian drpd keluarga Senandika. :)

Maaflah, tak dpt dtg. Jauh sgt!! :(
(Hehe...takkanlah Amir nak marah pulak)


~Daoz~
Entahlah Encik Daoz. tak tau bila lagi berkesempatan nak berlakon dgn kamu. sy pun rindu nk berlakon ngn kamu!
(Eh jap, kita pernah berlakon bersama tak? Apsal sy rasa mcm tak pernah ek? Oh no..pls tell me kita pernah at least for juz 1 time share the stage as pelakon. Bukan sorg berlakon sorg jd krew. Pernah ke? OMG!!)


~Jumain Jumapx~
Huhuhu...sy sedang berusaha mendapatkan ubat itu.. Go Melody GO!! (^_^')

Raja Azrul said...

erm...aku dah berada di UMP dan menonton teater mereka.Tahniah sebab mereka ada efford dalam menghasilkan sesuatu...

oh yer aku dah bincang ngan Azril, Nida, Noni,Azwan dan Pidut pasal Alumni Senandika..tunggu sahaja makluman dari Azril. So please support tau!!!hehehe...

TOPENG SIANTRA...

Melody M. said...

~Raja Azrul~
Kau,Azril,Nyda,Noni,Azwan dan Peedot sama2 tengok teater adik2 kita tadi? Seronoknya!

Oh..Korang ada bincang pasal Alumni Senandika? Eh sempat script reading Topeng Siantra sekali ke? Aduh, rindunya kat korang!! Kalaulah aku, Zamrie, Yunika, Syikin, Rafiq ada sekali kan best...aku rindu nak hangout ramai-ramai ngan korang!!

Raja Azrul said...

melody..ko ada tak skrip Topeng Siantra yang aku bagi dulu??

nanti ko emel kan pada Nida..dia nak baca...

hehehe...

Melody M. said...

ye encik azrul...skrip topeng siantra masih ada kat aku...nanti aku emelkan kat cik zanida kita ye..

p/s: bilalah agaknya dpt mula script reading..huhu..