H.E.L.L.O.

Monday, May 4, 2009

Silau

Kau bagaikan cahaya
Suluh jiwa aku
Sirnakan gelap hidup aku
Tapi
Bila saja kau menyinar terlalu terang
Aku jadi silau
Aku tak mahu pandang kau (walaupun aku sebenarnya mahu)
Sebab aku silau
Aku tutup mata aku (walaupun aku sebenarnya tak mahu)
Sebab aku silau
Aku lari jauh-jauh (walaupun aku sebenarnya tak mahu)
Sebab aku silau

Aku bukan sengaja tak mahu hirau
Tapi kau betul-betul buat aku silau
Tolong, pergi!

Dan apabila kau kembali, bawakan aku cermin mata gelap itu
Supaya aku tak silau lagi.



2 comments:

LavENDer Wind said...

Tapi
Bila saja kau menyinar terlalu terang,Aku jadi silau

i like that...like ur poems.. feel free 2 visit mine

Melody said...

Thanks. Salam singgah. I am not exactly a poet, hanya suka menconteng saja. :)