H.E.L.L.O.

Sunday, September 6, 2009

Dilema

Dalam rindu pada yang lurus
Langkah masih membelok
Dalam rindu pada yang suci
Hati masih disuap najis
Dalam rindu pada yang benar
Kata masih bersulam dusta
Dalam rindu mahu tahu
Mulut masih diam membisu

Payah benarkah untuk berubah?

2 comments:

Raja Azrul said...

hurm..motifnya entry???


hehehe..bulan puasa merubah segalanya..hanya kita yang tahu apa yang berubah dan apa yang tak?

Melody said...

tula pasal.

harapnya kalau ada yg berubah tu kekallah hendaknya sehingga sesudah Ramadhan berlalu, kan?