H.E.L.L.O.

Tuesday, April 27, 2010

Mahu Jadi Luar Biasa?

jika semua mahu jadi luar biasa
maka siapa yang tinggal untuk menjadi biasa?

usah berpayahan mencuba luar biasa demi menjadi lebih istimewa
jadilah kamu yang biasa, seadanya, sejujurnya
yang biasa itu tidak mustahil lebih istimewa di mata jiwanya

kerana bukan semua dambakan adiwira penyelamat dunia

maka, apa perlunya menjadi luar biasa
jika yang biasa itu sudah lebih daripada istimewa?


P/s : Gambar diculik daripada Encik Google.

P/s lagi: Lucu, aku selalu panggil Encik Google, Miss Youtube, Encik Facebook, Miss Gmail dan sebagainya. Ish ish ish I should stop doing this!


5 comments:

yang elo saja said...

"jika semua mahu jadi luar biasa
maka siapa yang tinggal untuk menjadi biasa?"

my guess, mereka-mereka yang tidak mahu jadi luar biasa lah yang akan menjadi biasa.

dalam hidup, why should we stop being ordinary if we have the chance to be extraordinary?

x begitu cik melody? :)

Melody M. said...

thanks for dropping by Mr/Miss Elo. :)

tak dapat nak tangkap sangat lah maksud anda, either u like the ordinary or the not so ordianry type. ehe.

tapi, apapun for me jadilah diri sendiri. biasa atau luar biasa, itu mata orang lain yang punya cerita. asalkan kita bahagia menjadi diri sendiri sudahlah. kot.

Raja Azrul said...

luar biasa itu sesuatu yang luas...

ada orang anggap benda itu biasa, tapi bagi kita ia adalah luar biasa..

dan ada orang anggap sesuatu benda tu luar biasa pun..tapi hakikatnya..bagi kita, takda apapun...

Normal lah manusia nak jadi sesuatu yang luar biasa, kerana sesuatu kelainan itu akan menjadikan kita unik dan istimewa..

yang elo saja said...

cik melody,

i like to be in between. haha. saya org yang tiada pendirian.

dan betul, lebih baik menjadi diri sendiri asalkan kita bahagia.

tapi, kadang2 x salah untuk berubah utk kebaikan.

macam menyimpang dari post cik melody plak, maaf ya. orang yang tiada pendirian mcm saya mmg slalu mcm ni.

oh, pggil saja elo. no need mr/miss :)

Melody M. said...

azrul:
yep, biasa atau luar biasa, itu atas mata dan sudut pandang masing-masing, kan? hehe..

elo:
hehe..in that case we are kind of similar in some ways lah, iaitu suka berada di tengah...hehe...takpe kalau menyimpang pun...bertukar pendapat adalah amalan yg sihat ;)

oh, u can call me melody too..no need cik tu.. i wrote mr/miss previously bcoz u call me cik in the 1st place n i dont know how to address u, adakah miss/mr sbb tak tau gender..hhaaha...tetiba explanation berjela, ini juga sudah menyimpang. :p