H.E.L.L.O.

Tuesday, April 20, 2010

Menjadi Kedua

Ramai orang mahu jadi yang pertama.

Pertama dalam kelas.
Pertama mengelilingi dunia.
Pertama berlumba lari.
Pertama ke angkasaraya.
Pertama mendaki puncak gunung tertinggi di dunia.
Pertama di carta hits radio atau tv.
Pertama menyeberang lautan dengan sampan.
Pertama kelas ijazahnya di universiti.
Pertama dipuji ketua di pagi hari.
Pertama bangun pagi supaya tak berebut bilik mandi.
Pertama di hati si dia.
Pertama diambilkan pesanan di restoran.
Pertama diberanakkan oleh emak, supaya sentiasa dapat barang baru dan tak perlu gunapakai bekas abang kakak.
Pertama.

Pernah terfikir tak apa rasanya menjadi yang kedua?

Tertinggal.
Tidak dipeduli.
Diabaikan.
Sekadar persinggahan.
Lembab.
Insecure.
Pedih.
Kurang popular.
Pinggiran.
Kurang bijak.
Tidak penting.
Sakit.
Dan macam-macam rasa lagi.

Kau suka jadi yang pertama? Atau yang kedua? Atau tiada apa-apa?


1 comment:

Wan Zuraida said...

jd ke-2 pon best gak. jika apa2 yg berlaku pertama org yg diserang, kedua..... masih boleh menyelamatkan diri. :P