H.E.L.L.O.

Thursday, March 31, 2011

My Blog Analysis?

Bila aku perhatikan blog sendiri yang akhir-akhir ini agak mudah bersawang, aku terperasan yang entri-entri aku mula berkurang dengan banyaknya sejak aku keluar dari syif dan bekerja 5 hari seminggu.


Lihat saja contoh di bawah:



Mac 2011 Entri 1 Entri 2 (setakat sebelum entri ini ditulis)


Okay. Aku rasa bulan Mac tak sesuai untuk dijadikan sampel analisis. Walaupun bilangan entri Mac menurun dan menyokong pernyataan "entri-entri aku mula berkurang", tapi jumlah menurunnya tu setakat 1 entri je, maka secara tidak langsung ianya berlawanan dengan pernyataan "berkurang dengan banyaknya".


Mari kita analisis bulan lain pula.




Korang nampak? Lepas je aku tukar waktu bekerja (iaitu bermula pada Jan 2011), mood blogging menurun dengan ketaranya. Kita lihat pula perbandingan setiap suku tahunan, bermula daripada aku mula blogging, sehinggalah kini.



Haih..sibuk pulak aku nak plot graf carta segala kan. Kat ofis dah puas dok plot macam-macam jenis graf, kat rumah pun sibuk nak buat analisis jugak?


T__T

(Nampak sangat aku tengah bosan sekarang, kan?)

3 comments:

Raja Azrul said...

macam mana ko leh wat analisis?

Hehehe...apapun aku antara pembaca setia blog ko!! Keep it up!

purly werly said...

hahaha...jom la join YE confirm...hari2 plotting chart n analyzing data..... :)

Melody M. said...

Azrul: Aku tengah boring masa tu.
Pearl: Terima kasih je la. Sekarang pun plot chart jugak walaupun tidak setiap hari. Oklah tu. Hahaha.