H.E.L.L.O.

Monday, February 2, 2009

Cuti CNY '09 : Kenangan Yang Indah!

Ini post aku sebelum aku terbang lebih seminggu yang lalu...Dan terselit di antaranya komen aku sesudah kembalinya aku ke Bumi Kenyalang ini.

Oh, too much singing for the month!Have I mention that I am going to KL soon? Yes, SOON. On 23rd Jan 2009. That's just around the corner.

Oh, memang aku terlalu banyak menyanyi sepanjang Januari 09. Malah cuba untuk menulis lagu khas untuk kembara aku di Tanah Semenanjung itu. *Oh lagu temalah tu kononnya*. Hasilnya? Selesai satu lagu, tapi aku tak puas hati dengan mutu lagu aku. Maklumlah, amatur. Maka aku simpan saja dulu sebelum aku cukup yakin untuk mendedikasikannya kepada mereka yang berkenaan. Mungkin Memang perlu diubahsuai.


Am going there with one of my best buddies Iliyana, to meet our beloved Snoodies there. Well, not all of Snoodies. But hey, even if I got to meet only 1 snoody, I am heavenly happy!

Daripada keseluruhan 10 orang Snoodies (termasuk aku dan Iliyana) 7 orang menghadirkan diri. Walaupun tidak berjaya mengumpulkan semuanya serentak, aku tahu perancangan adalah milik manusia dan pelaksanaannya adalah atas ketentuan Tuhan. Terima kasih kepada cik pengarah projek merangkap tuan rumah merangkap ibu sementara ketika kami masing-masing di perantauan. Macam-macam aktiviti. Tak tertulis di sini. Cukuplah untuk aku kenang dalam hati.


Yang pasti, walaupun setahun tak jumpa, kami masih boleh berbual seperti zaman belajar dulu. Masih boleh berkongsi cerita hidup. Mesra berkongsi suka dan duka. Berkongsi bantal di ruang tamu sambil TV melihat kami. *Haha* Makan berkongsi pinggan. Minum berkongsi cawan. Sangat-sangat mengimbau kenangan di zaman universiti.

Kepada yang hadir, terima kasih banyak-banyak. Kepada yang tidak berkesempatan untuk berjumpa tempoh hari, tak mengapa, insyaAllah kita jumpa nanti bila ada rezeki.

*Mungkinkah kita akan berjaya berkumpul bersepuluh pada hari perkahwinan pertama Snoodies? Yang agak-agak dah nak sampai seru tu, silakanlah hulur-hulur kad jemputan. Hehe*


And yes, am looking forward to meet my Senandika buddies.Kita main bowling and karaoke (kedua-dua ini aktiviti wajib kami, haha!) like always ya.Dan temankan aku tengok teater malam Sabtu orite. Zrul jangan escape, ko dah janji!

Seperti kujangka, memang ada aktiviti bowling. Kali ini Alumni Senandika/Senandika Seniors vs Senandika Juniors. Aku berada di pihak Alumni Senandika/Senandika Seniors. Dan kami menang besar!! Hmm..Aku hanya menumpang tuah. Dalam kumpulan aku, jatuhan pin aku yang paling teruk! *Ouch!*

Karaoke bagaimana? Hehe, kami bernyanyi di tepi tasik saja, sambil berjalan-jalan menghirup udara petang. Aktiviti tasik adalah antara yang paling menarik hari itu. Mujur hari sudah petang dan kami perlu beredar ke Stor DBP untuk menyaksikan teater, kalau tidak, entah-entah tanpa sedar kami buat persembahan percuma lakon improvisasi di tepi tasik tu pulak nanti. Hehe.

*Ya, memang kami selamba tak hiraukan pakcik makcik abang kakak adik-adik yang lalu-lalang berjoging di tepi tasik itu*

Dan teater pula? Seronok! Enough said.

*Senyum dengan lebih lebar lagi*


Ouh, my cutey lovely junior, so sorry I cannot make it to UMP for the convocation.Sudah ada janji pada 24 Jan. Saya tak boleh mungkir.Tapi kamu tahu kamu sentiasa ada dalam hati saya kan!

Memang ralat tak dapat hadir ke majlis konvo juniorku yang rapat ni sedangkan aku sudah ada di bumi Semenanjung. Tapi apa boleh buat. Semoga lain kali berkesempatan berjumpa kamu. InsyaAllah.
*Tapi kamu tahu hati saya macam mana, kan sis?*


(Gambar konvo ini diculik daripada blog Daoz)

Juga kepada juniors lain yang masih gigih meneruskan perjuangan di universiti, how I really miss all of you! Really want to meet you guys!Kalaulah jarak KL-Kuantan macam KLCC-Midvalley!

Oh saya sayang kamu semua Senandika Juniors! Walaupun KL-Kuantan tidak sedekat KLCC-Midvalley, tapi kamu tetap gigih mahu hangout bersama. Walaupun tidak semua, tapi saya sudah lebih daripada gembira. Maaf, saya tiba lewat! Kalau tidak, tentu lebih banyak boleh kita bualkan.
*Tepuk dahi sendiri*


Rakan seuniversiti yang berada berdekatan kawasan KL mahupun Selangor, harap ada kesempatan untuk bertemu kalian. Lama rasanya tak berborak panjang dengan kamu.Siapa the latest pengantin-to-be sekarang?

Sempat juga aku jumpa beberapa rakan sekelas/seuniversiti. Walaupun tak ramai, tapi cukup untuk aku mengimbau memori indah zaman belajar dahulu. Bila masing-masing dah kerja ni, barulah sibuk-sibuk nak stay kat U. Dulu malas nak ke kelas, malas buat assignment, tension nak exam. Sekarang? Ambik kau,baru tahu life kerja lagi tension daripada life as student ok!!
*Majoriti datang ber'teman', dan jika seorang pun, jemarinya sudah ber'cincin'....aku bila lagi ye?*


Not to forget, one sweet lady and one soon-to-be birthday guy yang sangat aku teringin nak jumpa, semoga ada kesempatan untuk bertemu. Dapat senyum-senyum say Hi main mata sikit pun jadilah!

Sayangnya, tak ada rezeki mahu jumpa gadis manis yang menjadi inspirasi kekuatan hati aku semenjak dua menjak ni. Dia sangat sibuk dengan pelbagai urusan. Tekanan kerja. Peperiksaan. Aktiviti sampingan lagi. Dan aku tak sampai hati mahu mengganggu.
*Sob Sob Sob*

Tapi tak mengapa, aku dapat bertemu dan berbicara yang bukan sekadar 'senyum-senyum say Hi main mata sikit' dengan soon-to-be belated birthday guy itu. Sedikit lucu dengan sebahagian daripada pertemuan itu, tapi dia sangat sporting.
*Merah muka sendiri bila teringat perkara-perkara yang aku rasa agak kebudakan yang telah aku lakukan pada hari kejadian*


Aku sangkakan tiada yang sedar reaksi keanak-anakan aku pada hari kejadian, rupanya ada yang boleh membaca ekspresi wajah dan gerak tubuh aku!
*Siap boleh tegur aku lagi tu. Huhu. Sekali lagi, blushing!*


That was my beautiful one week of holiday. Aku rasa macam tak mahu balik. Tapi aku kena balik Sarawak juga, sebab ada tugas dan tanggungjawab menanti.
*Uiks! Tiba-tiba rasa macam dewasa sangat lah pulak*
Semoga pada kesempatan yang lain, akan ada rezeki lagi untuk aku bercuti ke sana lagi dan berjumpa mereka lagi. Amiin~


Cheers!
(^_^)




15 comments:

c h o c o l a t e i.c.e said...

besh2..dpat jumpe akak..

walau tak berbual mne sgt kn..lalalala..

paling suke amik foto kt tasik titiwangsa tu..

ermm..dengar2 gosip ada skandal dengan seseorang kt show teaer mlm tu..kuikui..

bile dapat berjumpe lagi ek..

Melody M. said...

~bobby chocolate ice~

Ya memang seronok sangat dpt jumpa korang semua!! Rindunyaaaa...

Saya pun suka sangat part kat tepi tasik tu. Tolonglah sesiapa yang ada gambar kat tasik, kirim ya. Kamera saya dah low battery masa kat tepi tasik tu, jadi satu keping pun tak ada kat simpanan saya (Save battery untuk sesuatu. Hehe)

Skandal dengan siapa tu? Haih..Saya sudah low profile sekarang pun masih mahu gosipkan saya ke? Hahaha. Tak ada lah, jangan nak menggosip ya.

Jumpa lagi bila ada rezeki... InsyaAllah...

Sengal Ubi said...

Maaf tak ikut hangout kerana tidak tahu. Hehehe~ Ada masa mungkin akan bertemu. Nanti akan diberi jemputan khas ke pelancaran Alumni Senandika. Hehehe~

Melody M. said...

~amir sengal ubi~

Takpalah, nak buat macam mana mesej tak sampai (Azril lah punya keje ni) InsyaAllah lain kali ya. Pelancaran Alumni Senandika? Bunyi macam gempak. Jemputan sila beri 2 bulan lebih awal ya. Hehehe! =p

Anonymous said...

ouh aku sgt jelous melihat gambar2 kamu semua...

myn, nk tgk gambo tuh sume.. forward kt aku bole? nk sume gambar snoodies

Wanpetunjuk said...

Salam mel...

Hey...how are you..I'm still in Miri...two plus already...

How's you've been...???

Hope everything fine...nice blog anyway...

Wish you all the best mel...

Melody M. said...

~Art Suhada~

We've been missing you too dear.. But hey, nevermind. InsyaAllah lain kali ada rezeki untuk berjumpa bersepuluh. Been trying to upload the pics kat forum Snoodies, tp failed! Nanti sesudah siap zip aku emelkan kat ko ok!


~WanHidayat~

Salam kembali...Hi!! Lamak sik jumpa. Kmk mcm biasa, like before juak..So ktk di Miri! Mun kmk balit Miri I'll buzz you then. Kita mkn nasi lelapan kat Muara. Hehe. Thanx. And wish you all the best too!

Pegawai Khalwat said...

Saya hadir che'gu!

Anonymous said...

Aku sangkakan tiada yang sedar reaksi keanak-anakan aku pada hari kejadian, rupanya ada yang boleh membaca ekspresi wajah dan gerak tubuh aku!
*Siap boleh tegur aku lagi tu. Huhu. Sekali lagi, blushing!*

mun dah obvious tek nak..sapalah xperasan..hahaha..tmbh gik muka blushing,aieee ct melody nang kenja mlm ya..hahahaha..

Melody M. said...

~Pegawai Khalwat~
Haha..Tiba-tiba kau buat aku rasa macam aku ni cikgu sekolah rendah pulak.

~Daoz~
Hehehehhe..No komen..(Mun mok komen lanjut, sila mesej di Skype/YM/fs/fb etc)

Nyda Zamani said...

sis,saya sangat rindu kamu...

Raja Azrul said...

thanks kerana datang!! ada rezeki aku lak mai sarawak...(bila tue?? hehehe)

Melody M. said...

~nyda~
i am missing you too, my dear sis!!

~raja azrul~
Terima kasih kembali sebab sudi jumpa aku masa mat KL hari tu. InsyaAllah, ada rezeki pasti dapat jumpa lagi punya.

Cheers!
(^_^)

yunika kirana said...

aku juga yang tertinggal.. hisyh!!! jeles tahap naga dragonball ada tujuh igek semuanya.. hehe merapu meraban dah saya.. mish ya!

Melody M. said...

~yunika~
tapi kmk pun tertinggal the moments kitak pegi UMP ok.. so, fair lah 1 sama. mish ya!! bila mok balit kch sis?