H.E.L.L.O.

Monday, May 11, 2009

Gelas Kaca Separuh Penuh

Muncul seseorang datang bercerita padaku
Wajahnya tampak keresahan
Aku tanya, kau kenapa begitu gelisah?
Dia hulur gelas kaca berisi air putih
Jawabnya, ini aku.

Diam sejenak.Keliru.Tak faham.
Gelas ini kamu? Tanyaku.

Tiada jawapan. Aku tunggu penuh sabar.

Separuh penuh itu aku, katanya.
Terisi, tapi tetap kosong.
Terisi, tapi tiada rasa.
Terisi, tapi kekurangan.

Diam lagi.

Gelas kaca itu juga aku, tambahnya.
Pegang erat-erat, terlepas nanti boleh hancur jadinya.

Aku tunduk keliru.Tak faham.
Apa yang kau cuba nak sampaikan? Tanyaku.
Dia diam.

.
.
.

Kau,kau boleh tolong aku tak? Dia bertanya. Aku angkat muka.
Tolong apa?

Dia diam lagi. Aku semakin hairan.
Dia ambil gelas kaca dari tangan aku.Letak atas meja. Depan aku.

Tolong penuhkan separuh lagi gelas kaca ini, boleh?
Tolong berikan air putih ini suatu rasa, boleh?
Aku faham jika ada waktunya ia boleh jadi pahit, payau, kelat, masam, kurang manis.
Tapi aku terima, sebab aku tahu tak ada sesuatu yang sempurna sepenuhnya.

Giliran aku diam. Jantung aku berdegup kencang.
Dia sambung lagi.

Separuh penuh itu hati aku
Separuh penuh itu jiwa aku
Separuh penuh itu hidup aku
Separuh diri aku, itu kamu.

Aku diam. Tunduk.
Saat itu aku rasa macam mahu pitam!


8 comments:

Raja Azrul said...

erm...macam ada stori hangat je akan berlaku..jangan lupa..update tahu!!! hehehe...

gelas separuh penuh?? boleh wat dalam pnp ni....

Melody M. said...

~Azrul~
Weh taklah..fiksi semata-mata hokeh. hehe. jap jap jap. pnp tu apa?

Jo said...

bahasa melayu kamu terbaek.


:D

Raja Azrul said...

pnp tu transistor ler..ko kan engineer?? hehehe...

taklah..PNP tu adalah istilah kepada pengajaran dan pembelajaran..huhuhu...dengan bahasa mudahnya.."mengajar"

Melody M. said...

~Yaziith~
Janganlah cakap macam tu. BM saya sangat kekurangan sebenarnya. Huhu.


~Azrul~
hehehe..oh, pengajaran dan pembelajaran ke? ahaks.. ingatkan apa. takkanlah tetiba transistor plak :p

LavENDer Wind said...

bagus kata2nya...
aku suka

...

MelisaFarahHaniWahab said...

Myn..kmk sik tauk ktk sgt bbakat mck tok. I like this one among all. Keep it up Myn. Aja-Aja Fighting!(^,^)

Melody M. said...

~Melisa
Terima kasih. :)