H.E.L.L.O.

Thursday, August 6, 2009

Teman Baru Saya Namanya Shane.

Saya membatalkan niat saya untuk pergi bercuti kerana keadaan persekitaran yang kurang memuaskan. Saya jadi kurang gembira. Tambah lagi pelbagai berita kurang menggembirakan terjadi pada manusia sekeliling saya akhir-akhir ini. Dan untuk menaikkan kembali mood ceria dalam diri saya, saya telah menemukan sesuatu untuk menemani saya dikala sedih melanda.

Kenalkan, ini Shane.





















Haha, nama tak boleh blah betul. Pada sewaktu saya guitar-hunting bersama ayah emak, saya sudah fikir dalam kepala, saya mahukan gitar Y untuk dimiliki. Sebab seseorang yang saya gemar, gitarnya Y juga. Memang pengaruh rakan sebaya betul la. Hehe. Lagipun keyboard kat rumah juga adalah Y setelah kami kecewa dengan keyboard C. Hehe. Tapi apabila sampai di kedai itu, saya terpaut hati pada si I.

Saya low profile saja, rasa inferior sebenarnya berada di kalangan cerdik pandai muzik dalam kedai tu. Ayah beriya-iya menyuruhcuba segala jenis gitar. Ayah memang dah biasa pergi kedai tu sebab kebanyakan peralatan muzik kami ayah beli kat situ. Saya geleng kepala.

Saya tahu ayah lebih minat gitar elektrik, sebab berkali-kali ayah tanyakan, saya tak mahu beli gitar elektrik ke? (Sambil jeling-jeling gitar elektrik yang bersusun kat tepi dinding) Saya jawab, saya tetap mahukan gitar akustik + build in tuner + build in pickup. Lagipun, gitar elektrik kan dah ada satu kat rumah? Ayah kata, oklah.

Walaupun saya mimpikan Y dalam tidur malam saya, tapi tiba di kedai dan jatuh hati pula pada I, akhirnya apa yang dibawa pulang? Si F.

Mulanya saya mahu panggil Black saja, sebab warnanya hitam menawan,dan bunyinya gagah perkasa (haha) tapi sebab saya tak suka Black juara Mentor (apa kaitan?), maka saya panggil saja ia Shine sebab ianya hitam menawan, berkilat dan menerangi hari muram saya. Make sense la kan? Tapi saya ada masalah mahu sebut Shine dengan betul, maka selalu tersasul menyebut Shane.

Dan begitulah kisahnya Shane muncul dalam hidup saya.
Sekian, terima kasih.


Chill!
(^_^)


6 comments:

da'Kongzter @ Ikmal said...

nak shane

nyda said...

teringin mahu dengar shane nyanyikan saya beberapa buah lagu...
bilakah agaknya??
huhuhu

Raja Azrul said...

shane??

nice name...hehehe...

bila nak bawak shane ke sini...

aLan said...

hek eleh..nama xbleh blah..haha

kalo cmtu sy bg nama gitar sy 'kapak' la..sempena brand gitar sy 'kapok' =p

haa..lg satu..npe xsuka black mentor..best apa lagu final dia..

aku rinduuu...sayang kamu..haha =D

Melody said...

~kong~
shane kirim salam :)

~nyda~
shane tak pandai nyanyi. dia pandai goreng aje.

~azrul~
shane tak suka jln2, dia homely type, cewah.

~aLan~
gitar lama kami pun kapok juga. gimme 5!

err..saja tanak suka kat Black. Nak suka kat F(bukan nama sebenar) je..

aLan said...

huhu..yelaaa...apa2 pn..sy suka lagu black tu..tarik habiss..huu