H.E.L.L.O.

Friday, September 4, 2009

Balik Kampung To-Do-List

Raya nanti, insyaAllah, kami sekeluarga pulang ke kampung. Macam biasa, drive sendiri saja. Sebab kalau balik kampung tak ada kereta, susah jugak tu nak jalan-jalan. Tapi, sebelum aku boleh balik kampung dengan aman damai, kena pastikan perkara-perkara di bawah ini settle dahulu.

1. Cari manpower backup.
Pastikan shift backup sudah dicari sebelum memohon cuti (Thanks guys, korang punya festive season nanti I ganti korang okeh)
2. Pastikan cuti diapprove oleh boss.
Kalau ada backup, tapi cuti tak lulus, tak boleh jadi jugak.
3. Servis kereta.
Kuching - Miri 12 hours, Miri -Limbang another 3 hours +++ (ada +++, tertakluk kepada kesesakan lalulintas di pos sempadan Sarawak-Brunei. Setakat ini, rekod kami adalah 3 jam setengah, pada 3 Syawal tahun lalu).
4. Ambil baju dari tukang jahit.
Sudah ambil separuh, separuh lagi jangan terlupa ambil. Nanti beraya pakai baju kitar semula. Tapi kan, kisah apa kalau kena pakai baju kitar semula. Asalkan pakai baju, dahlah kan. Peduli apa kalau aku pakai baju kurung 3 tahun lepas.
5. Ganti tayar kereta.
Oh, hari tu ayah cakap dua tayar belakang dah cukup syarat untuk diganti. Alamak, berapa ringgit eh?
Apa lagi?
Oh, korang nak tahu berapa jauh aku balik beraya? Lihat peta kat sini


(^_^)


3 comments:

Anonymous said...

kirim duit raya pada adik tersayang di trg.

nape xde dlm senarai??

Raja Azrul said...

jauh nya perjalanan...hehehe...
kenapa tak naik flite jer? kan cepat..

tapi seronok tahu balik kampung!!! rasa feel dia!!!

tayar kereta dalam lingkungan rm100-150, ikut jenis. Tapi tak mahal lah...

Melody M. said...

daoz~
duit raya? ehhehehhee...

azrul~
kalau naik flight, raya nanti tak cukup kereta nak berjalan. takpe2, drive la baru ada feel. hihihi.