H.E.L.L.O.

Tuesday, September 8, 2009

Judi/Gamble

Malam tadi, tiba-tiba aku terasa seperti mahu melakukan sesuatu yang spontan (dan sedikit gila).

Seperti, ketika kau dan kawan-kawan kau secara spontan memandu ke KLIA dari Kuantan demi untuk menghantar seseorang yang kawan kau sayang berlepas ke luar negara. Tapi kereta pinjam (sewa) yang dipandu dalam keadaan kurang memuaskan, dan kau dan kawan-kawan kau bisa terkandas di kosong lebuhraya.

Seperti, ketika kau tapakkan langkah menuju Stor Teater DBP di negeri yang asing bagi kau demi untuk berjumpa kawan dunia maya kau, walaupun kau tak tahu jalan dan (sebenarnya) tak pasti bagaimana pula caranya mahu pulang ke rumah malam itu. Tambah lagi, telefon bimbit kau hampir kosong baterinya. Mungkin saja kau terkandas di stesen monorail (kerana terlepas perjalanan terakhir untuk malam itu).

Seperti, ketika kau tertinggal penerbangan KL-Kuantan dan tak dapat menebus kembali tiket yang lebur,dan kau tak mahu telefon beritahu keluarga kerana (kononnya) tak mahu menyusahkan, maka secara berani mati kau tawakkal pada Tuhan dan menuju ke Puduraya (berseorangan) dengan harapan ada kekosongan tiket bas KL-Kuantan untuk hari itu. Tidak mustahil bas juga penuh dan kau berkemungkinan untuk bermalam di tepi jalan.

Kau tak pasti apa yang menanti, tapi kau redah.
Kau tak tahu apa akan jadi, tapi kau redah.
Kau takut, bimbang, cuak. Macam-macam boleh jadi.
Tapi kau redah.

Namun, sebaik semuanya selamat, kau rasa lega. Lega sangat-sangat. Puas.


Dan perasaan itulah yang aku rindukan.



3 comments:

marhaen vintaj said...

ya, aku juga merindunya......

Anonymous said...

seronok bukan buat something yg spontaneous..we should do it again..

Raja Azrul said...

kadang-kadang hidup ini perlu gamble...hurm..hidup ini memang gamble..so apa nak kisah??


itulah nikmat kehidupan...

aku pnah gak gamble, cari tiket bas, tiket wayang, tiket PGL..huhuhu!!