H.E.L.L.O.

Friday, May 7, 2010

Cintaku Berputik Seorang Diri

This is a new song from me, as requested by a friend, nak tulis nama dia kat sini ke? Tak payahlah. Dia tahu dia siapa, kan Wanzu kan? Ooppss... Did I say Wanzu? Ahakss.. Chill, it's just a song! sila jangan tanya saya ataupun requestor kenapa lagu ini diwujudkan. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang sudah tiada ya peeps.

Cintaku Berputik Seorang Diri

tiada nada tiada irama
untuk ku bikin lagu buatmu
tiada kata bisa kubicara
untuk ku ungkap kasih buatmu

aku tetap aku
pemuja bisu, si gadis kelu
dan kamu masih kamu
putera idaman kalbuku selalu
fahamkah kau puteraku, isi hatiku?

korus:
cintaku berputik seorang diri
rahsia hatiku tak siapa tahu
cintaku berputik seorang diri
rasa hatiku kau tak pernah tahu
sampai bila kan ku mampu
sembunyi rasa ini
oh..cintaku berputik seorang diri

(muzik)
ulang korus

aku tetap aku
pemuja bisu diam merindu
menanti putera fahami maksudku....



Okeh Cik Wanzu, assignment saya untuk minggu ini, siap! ^____^
Oh ya peeps, harap maaf atas kualiti yang tidak seberapa, kerana request datang mengejut, deadline hampir tamat, and i am not quite in my best mood to write beautifully, or soulfully (perkataan ini wujud kah?).

Mula-mula nak guna alasan writer's block untuk mengelat dengan requestor, tapi Dr Freiman cakap there is no such thing as writer's block ever exist, jadi saya tulis saja. Oh my, apa yang saya membebel ni? Sorry. Ok, I'm out. Daaa.....

12 comments:

mr_abs said...

jiwang ehhh. haha

Melody M. said...

aza..ada orang request...selaku kwn yang berdedikasi kmk polahkan saja..umpama asaimen klas bm.tp hasil sik berapa memuaskan.haha.

Raja Azrul said...

rakamlah dalam you tube..nanti leh aku dengar..mana tahu ada orang nak beli lagu ko ke..hehe

Melody M. said...

azrul: tak mau! tak mau! aku low profile. tak mau expose. never.
*geleng kepala*

(lagipun buruk, buat malu je. hehe)

Nyda Zamani said...

ala boleh la sis...
nak dengarrrrrrr...
huhuhuhu

Melody M. said...

nyda: sebenarnya lagu tak siap habis lagi. lirik je siap awal. (alamak habislah kalau requestor nampak komen ini. tertera saya mengelat)

Wan Zuraida said...

myn i like!!!!!!

ok, kali ini w/pon asgmnet d beri last minute tp anda berjaya melakukannya...bley copy x? nak letak kat blog. :PP

yang elo saja said...

lagu ini berkenaan cinta bertepuk sebelah tangan?

atau saya salah menafsir?

Melody M. said...

adiadia @ requestor:
haha..kamu la tetiba bagi saya assignment. jadi, bolehlah saya mara ke minggu berikutnya? yeyeh! ok, silakan. izin laluan diberikan.

yang elo saja:
hai,thanks for dropping by. (are you the same guy/girl with elo?). cinta bertepuk sebelah tangan? lebih kurang begitulah. tapi saya tulis ni lebih kepada cinta yang tependam dan tak mampu nak diluahkan, sebab tu ia berputik seorang diri,sebab pihak satu lagi tak tahu apa-apa.

Wan Zuraida said...

boley2....tp asaimen akan dtg lg lah mncabar. harap anda bran dan yakin dgn kebolehan anda. (ade ke director ckp bran kat anak buah? hehehe)

yang elo saja said...

yeah, same elo.

berbakat. teringin utk mendengar dgn melodi nya skali. apakah mungkin?

Melody M. said...

adiadia: kalau pantun sudah dijual, masakan hamba tidak berani membeli. ;)

elo: tak sebagus mana pun, tapi thanks ya :) . nak dengar? maaf saya belum seyakin itu.