H.E.L.L.O.

Thursday, December 30, 2010

Alhamdulillah, Piala Suzuki AFF 2010 Milik Malaysia

(gambar diculik dari sini)


Syukur.

Walaupun Malaysia kalah 1-2 kepada Indonesia pada 2nd final leg kat Jakarta, dengan kelebihan 3-0 di Kuala Lumpur minggu lalu, Malaysa berjaya pulang membawa Piala Suzuki AFF 2010 setelah menang agregat 4-2. What a sweet way to end the year, kan?

Patutnya aku terus tulis entri ni malam tadi lepas tengok siaran langsung, sebab masa tu spirit aku still high, so most probably aku dapat tulis entri yang lebih bersemangat waja. Hahaha. Petang ni, aku dah calm down dah. Malam tadi, jangan cakap la. Dengan sorakan tepukan macam-macam aksi ada. Hahaha. (One of the reason why I love to watch football, is because of the adrenaline rush!)

Apapun pujian aku berikan kepada Rajagobal dan anak-anak buahnya. U guys rock! Cayalah. Kekalkan dan perbaiki permainan korang, inshaAllah in the future the team bleh meningkat maju. Sekarang pun dah boleh dikatakan bagus, considering the fact that most of the players are from junior team. Yang penting, jangan meninggi diri dengan segala macam pujian hari ini, kekal fokus dalam latihan dan jaga disiplin.

One of the sweet moments captured by me malam tadi:
Masa penyampaian medal kepada team Malaysia. Kan diorang bersusun ramai-ramai kat belakang para menteri sambil tunggu yang lain-lain disarungkan medal jugak. Ada sorang player ni, aku lupa siapa, dok tenung je medal dia. Tenung lama-lama. Tenung dalam-dalam. Pastu senyum (sambil mata masih merenung medal). Pastu dia cakap sesuatu kat kawan yang berdiri kat sebelah dia. Then masing-masing sambung tenung medal masing-masing sambil tersenyum dengan air wajah yang sangat sangat sangat priceless bagi aku. The way the looked at the medals, macam bercerita seolah-olah "it's been a long, hard journey and finally I got this medal here with me and I'm going to treasure it".

Priceless.

To Indonesia, thanks jugak sebab korang push Malaysia untuk bermain sehabis baik. Your team did well too.

To PM, thanks jugak lah bagi public holiday esok Jumaat 31st December.
Walaupun tak ada kesan sangat kat aku sebabnya memang dari semalam aku dah off duty sampai Ahad nanti, aku tumpang gembira jugak la bagi pihak kawan-kawan.

(P/s: Bila saat-saat macam ni, memang rindu ngan kawan-kawan Ultracrocs yang aku suka follow pegi stadium tengok bola satu masa dulu. Tengok bola dengan diorang memang havoc! Ultras, it's not that I dont fancy football nowadays. I still love to watch the games, and I'd still love to follow u guys to stadiums. It's just that, things change and I can't really commit to be there like I used to. But I still silently support and pray for Malaysian football, and Sarawak team of course. *smile*)

2 comments:

Nyda Zamani said...

sy bukan peminat bola tapi demi Malaysia sy tengok jugak perlawanan tu. they did a reli gud job. 2 thumbs up la sbb membanggakan rakyat Malaysia. lain rasanya kalau tengok team yg kita minat dengan team negara bertanding. bila tengok team negara sendiri bertanding tambah2 kat final plak tu, ada satu semangat yang susah nak digambarkan dengan kata2. setuju tak sis?

p/s: sis, nak tau tak? kuat gile kitorg jerit malam tu. pas habis game tu rase puas hati and baru realize nape org suke sgt tgk bola..(nonie la tu mengaum paling kuat..harimau malaya la katekan..hahaha)

Raja Azrul said...

2 thumbs up to malaysia team!! Memang best, aku tengok kat umah pun, memang menjerit gak lah bila diaorang jaringkan goal!!

Sebenarnya, pokok pangkalnya usaha dan strategi, insyallah pasti akan berjaya..betul tak?

Proud to be Malaysian!!