H.E.L.L.O.

Monday, September 8, 2008

Perubahan

Seringkali berlaku perubahan tanpa kita sedari.
Mungkin kita mahu menafikan, tapi kadangkala mata yang melihat tahu lebih lagi daripada kita yang menjalani hidup sehari-hari.
Dan kadangkala, bukan niat kita untuk berubah. Mahu terus menjadi seperti apa yang kita telah jadi selama ini. Mahu terus hidup dalam lingkaran hidup sama seperti yang telah dan sedang kita jalani selama ini. Mahu terus di situ. Mahu kekal begitu. Tapi kita tak dapat menghalang perasaan ingin berubah itu daripada terus menguasai kita. Dan tanpa sedar, sedikit demi sedikit kita mula berubah. Tidak mungkin irama hidup ini akan memainkan melodi yang sama selamanya bukan?
Perubahan ke arah yang lebih baik memang bermakna dan amat wajar diteruskan. Perubahan yang mengundur ke belakang, bagaimana pula?

2 comments:

azwan bamadhaj said...

perubahan yang mengundur ke belakang membuatkan kita lebih peka dengan kehidupan dan mengajar kita menjadi insan yang lebih teiliti....

Nyda Zamani said...

x reti nak komen..
tapi nak jugak komen
perubahan yg mengundur ke belakang??
pernah juga terfikir mahu berubah kepada diri yg asal
tapi hati kata teruskan melangkah ke hadapan
yang berlalu biarkan ia pergi bersama angin yang bertiup selembut bayu~