H.E.L.L.O.

Friday, November 7, 2008

Inspirasi Hari Bintang Jatuh

HARI BINTANG JATUH

Mungkin agak tidak relevan untuk aku menulis mengenai Hari Bintang Jatuh (Falling Star) memandangkan majlis ini sudah berlalu lebih daripada seminggu yang lalu. Malah lokasi yang jauh beribu-ribu batu juga menghalang aku untuk menghadirkan diri (itu pun jika aku tahu mengenainya lebih awal). Apatah lagi aku tidak kenal sesiapa di lokasi Hari Bintang Jatuh. Tidak kenal tuan punya majlis. Tidak kenal mana-mana pemuisi, penyanyi, peniaga gerai, pemuzik undangan, penulis atau sesiapa di sana. Mungkin ada seorang dua, tapi kenal hanya sekadar tahu nama dan rupa.

Kembali kepada Mission Confession: Hari Bintang Jatuh. Aku sangat suka pada idea penganjuran majlis ini. Aku jatuh hati pada Hari Bintang Jatuh. Juga mula jatuh hati pada warga di sebalik tabir Hari Bintang Jatuh, terutama tuan punya majlis, Wani, serta teman-temannya. Bukan jatuh hati yang bukan-bukan. Tapi jatuh hati pada 3K. Kreativiti, karya dan kejujuran mereka.

"Bintang Jatuh in this context is a subject that they love, but is unreachable. It could be anyone or anything - family, friends, dreams, ambitions, someone in the past, present, or even future." - as quoted from Wani.


Ke Hadapan Bintang Jatuh.

Pernah aku tertanya sendiri
Pernahkah aku menjadi bintang jatuh kamu
Bersinar bercahaya
Walau tak mampu menyuluh gelita
Cukup sekadar menyeri duka
Pernahkah wahai bintang jatuhku?

Sebentar
Bagaimana mungkin aku bisa memanggilmu bintang jatuhku
Kerana seperti malam-malam sebelumnya
Aku tetap di sini sendiri merenung ke luar jendela
Mengharap akan ada bintang jatuh
Menghiasi langit malam
Agar bisa hajat ini termakbul

~iramahati melody~
Jumaat
2am




2 comments:

Nyda Zamani said...

puisi ni sweet sangat
menyentuh hatiku
mungkin juga kerana aku juga punya kisah tersendiri tentang bintang jatuhku
=)

Along said...

everyone has their own bintang jatuh and I believe you would definitely appreciate that event if u were there :)