H.E.L.L.O.

Sunday, November 9, 2008

Pengakuan Pembohongan.

Pernahkah anda berbohong?
Mengapa berbohong?
Gemar atau terpaksa?
Menyakiti atau melindungi?

Aku tidak berbohong saat aku kata aku pernah bohong.
Aku jadi pembohong saat aku kata aku tidak membohong.
Tapi bohongkah aku jika aku kata aku bohong untuk kebaikan?

Hari ini aku sudah berbohong kepada seseorang.
Sebentar. Bukan seorang sahaja tetapi beberapa orang.
Ya Tuhan!


Yang pertama, biarlah kunamakan sebagai A1.

A1 menanyakan satu soalan, yang mana jika kujawab dengan benar, bisa mendedahkan sesuatu perkara yang akan berkait pula dengan pelbagai perkara yang lain sehingga akhirnya, apa yang aku cuba sembunyikan daripada A1 akan terbongkar.
(Aku: Sembunyi di sini tidak bermakna bohong, kerana bohong adalah berkata yang tidak benar sedangkan sembunyi pula tidak berkata apa-apa).

Maka bersalahkan aku untuk tidak berkata benar apabila aku maklum jika aku mengatakan yang sebenar, situasi akan menjadi semakin rumit dan mungkin boleh mengganggu-gugat emosi dan perasaan? Kerana aku tahu, ini bukanlah masa yang sesuai untuk dia ambil tahu perkara yang cuba disembunyikan. Juga belum masanya untuk aku menjadi remuk redam dimakan kata-kata sendiri.
(Aku: Sampai masanya, yang tersembunyi akan terkeluar juga. Percaya itu)


Kedua, biarlah kunamakan sebagai A2.

A2 tidak sempat berkata apa-apa pun pada aku hari ini. Tetapi disebabkan sesuatu yang pernah berlaku antara kami, sejak beberapa waktu kebelakangan ini, menjadikan aku terlebih dahulu membuka mulut dan menyatakan sesuatu yang tidak pernah berlaku. Sesuatu yang aku mahu dia anggap sebagai benar, pernah dan sedang berlaku. Aku tahu aku tidak ada alasan kukuh untuk menghalalkan pembohonganku yang satu ini. Aku cuma mahu dia faham aku tidak mahu diganggu. Maka bersalahkah aku berbohong dengan niat supaya kami tidak terus diganggu-gugat emosi dan perasaan?


Kusut sebentar.
Bohongkah aku jika aku katakan aku tidak mahu membohongi sesiapa lagi?




1 comment:

Raja Azrul said...

Teringat kata-kata p.ramlee,

bohong sunat...hehehe..

apa2pun...adalah satu pembohongan jika seseorang itu tak pernah berbohong