Oh..memang banyak jelajah yang aku mahu lakukan sekarang ini.
Aku mahu jelajah ruang fikirannya supaya aku boleh belajar lebih banyak lagi. Kerana pemikirannya begitu kritis dan matang sedangkan usia kami sebaya. Dalam diam aku kagum dengan caranya memproses perkara yang berlaku di sekelilingnya menjadi pelajaran berharga. Walapun dia tidak pernah tahu aku, tapi ruang fikirnya telah mula menjadi sesuatu yang aku mahu tahu. Malah, disebabkan ruang fikirnya itulah maka hari ini aku mahu menjelajah!
Aku mahu jelajah kotaku dan rasai sendiri kehidupan dari sisi yang berbeza. Kerana merasai sendiri tidak sama dengan hanya mendengar dan membaca. Aku tidak mahu menjadi miskin pengetahuan dan pengalaman. Maka, perlu bagiku untuk memulakan siri jelajah kota ini. Mengenali, memahami dan mencintai kotaku. Dalam senang dan dalam susah. Kerana ini kotaku.
Aku mahu jelajah peluang yang muncul di hadapanku dengan harapan aku mampu memajukan diriku. Supaya aku tidak sentiasa berdiri di takuk lama. Supaya aku boleh ke depan atau ke atas dan tidak hilang di depan mata. Supaya aku mampu membahagiakan keluarga dan orang sekeliling yang sangat menyayangiku. Dan mampu berkongsi kebahagiaan itu bersama-sama.
Aku mahu jelajah hatinya agar aku tahu di mana letak duduknya aku di sana. Mahu tahu adakah aku ada di sana. Jika ada, aku siapa? Jika tiada, ke mana hilangnya? Dengan itu aku tidak keliru, tidak bersangka yang bukan-bukan, dan mampu meneruskan perjalanan.
Aku mahu jelajah tempat orang. Melihat budaya dan cara hidup mereka di luar sana. Walaupun sesetengah perkara nampak seperti sama, tapi tentu ada bezanya. Bertemu dan mengenali orang baru. Meluaskan pandangan dan minda. Segalanya.
Aku mahu jelajah diriku. Apa sebenarnya tujuan kewujudanku hari ini. Di mana aku berdiri ketika ini. Ke mana hala tujuku selepas ini. Semoga aku berjalan di landasan yang betul. Berharap agar tidak terpesong arah apabila ditiup angin. Bertekad tidak mahu hancur berkecai apabila terhempas. Berdoa supaya tidak punah apabila badai dan taufan melanda. Tidak sekali-kali lemas apabila tenggelam. Mampu bangun sesudah terjatuh.
Oh, banyak lagi yang belum aku jelajah!
3 comments:
jom jalan-jalan..hehehe...
jangan risau, ada masa aku akan ajak ko jelajah satu dunia..!!
myn,
camne nk link our blog to org punye?
Post a Comment