H.E.L.L.O.

Thursday, December 25, 2008

Tolong, Jangan Mati Dulu!

Ini untuk kamu yang telah memberi inspirasi padaku
Yang pernah meyakinkan aku hidup ini sangat bermakna
Yang dulu menunjukkan padaku dunia ini penuh warna
Yang kini membuat aku lebih menghargai hidup dan sekelilingku
Tolong, jangan mati dulu!

Mungkin kamu ingat dunia kamu sudah sampai ke penghujung
Tapi hakikatnya kamu yang menyempitkan pandangan kamu
Mungkin benar kamu sudah hilang arah dan tuju
Tapi kamu yang menutup mata dan tidak nampak jalan itu

Mungkin kamu fikir hidup kamu sememangnya patut berakhir
Tapi sebetulnya kamu sendiri yang menyerah terlalu mudah
Mungkin kamu rasa kamu akan mati
Tapi sebenarnya kamu sendiri yang enggan terus bernafas
Mungkin benar kamu tak berdaya untuk hidup lagi
Tapi dalam diri kamu, kamu yang tidak berjuang meneruskan hidup

Maka sebab itulah kamu mati sebelum mati
Maka sebab itulah kamu jadi macam zombi tanpa hati
Maka sebab itulah aku patah hati melihat kamu terus menyendiri
Tolong, jangan biar kamu mati ketika hidup
Tolong, jangan sia-siakan hidup kamu dengan tidak hidup
Tolong, jangan mati dulu!
Bukan untuk aku, juga bukan untuk mereka di situ
Tapi untuk kamu.

Tolong, jangan mati dulu!

by Melody.
6.03pm, di ruang kecil aku
(Ini untuk dia yang hilang punca kerana kecewa. Dengan iringan doa, semoga cepat kembali. Kami semua rindu pada diri kamu yang dulu. Tolong, jangan mati dulu!)

2 comments:

Raja Azrul said...

apa yang kau cuba sampaikan ini yer? hehehe..aku yakin, kau mengharapkan seseorang untuk terus hidup dan bersemangat!!

Takpe, sokong terus dia!! insyallah, takkan rugi punya!! dan aku tetap sokong dari kejauhan...

apa sahaja ujian, bawa bersabar yer!!

Melody M. said...

Hehe..bila aku baca balik pun tang rasa berbelit2 je.. :p

Ya, aku memang mengharapkan dan mendoakan seseorang itu (yang kini sedang bersedih sekarang ini atas sebab-sebab tertentu) akan terus bersemangat menjalani kehidupannya.

Terima atas sokongan ko Zrul! (^^,)