H.E.L.L.O.

Monday, April 6, 2009

Aku Laparkan Makanan Jiwa

Nampak teaser poster Hari Bintang Jatuh 09 kat website Wani.

Ini lagi satu acara yang aku nak sangat pergi tapi tak tau boleh pergi ke tidak (walaupun aku pasti aku boleh usahakan untuk masuk even tho entrance is very limited for HBJ09, unlike HBJ08 memang dah dapat masuk HBJ09), sebabnya aku masih perlu redah Laut China Selatan dulu untuk hadirkan diri. Dahlah Fynn, seorang lagi sumber inspirasi dan kekuatan hati aku, pun hadir jugak nanti.

Terlepas peluang bicara 4 mata dengan Wani (dan mungkin juga Fynn), haih, mungkin boleh buat aku tak tidur malam lagi agaknya. Teringat masa aku terlepas Hari Bintang Jatuh 08. Sedihnya.

Aku selalu ada perasaan mahu pindah pergi seberang laut sana, tinggalkan pulau ini, sebab aku ada banyak pilihan untuk makanan jiwa aku di sana (juga pilihan hati? *senyum*). Tapi aku tak cukup kuat untuk betul-betul pergi redah laut ini sekarang. Plus, aku tak cukup kuat untuk tinggalkan kebahagian keluarga, keselesaan material dan peningkatan karier aku di sini. (Dan tinggalkan pilihan hati. Eh, sini pun ada? *senyum sampai telinga*)

Ah, aku masih boleh pergi sana untuk makan makanan jiwa aku sekali-sekala, kan? Kali terakhir aku makan besar pada penghujung Januari. Sekarang awal April. Oh, patutlah jiwa aku sudah kelaparan sekarang. Apatah lagi aku baru saja terlepas pesta makanan jiwa aku 4-5 April lalu.

Tak mengapalah, yang penting belum kebulur lagi. Telan saja makanan jiwa yang ada di sekitar aku sekarang. Jangan mengada-ada. Kalau tak makan langsung, bisa mati jiwa aku nanti. Lagi payah.

Oh, masa untuk makan. Sampai nanti ya..



Chill!!

(^_^)

5 comments:

The Island of NAMOYAKI, said...

salam,
makanan jiwa atau santapan jiwa?

jiwa itu letaknya dimana ya.

Farani Mustafa said...

Saya laparkan BK Whopper. Lebih2 lagi Whopper Black Pepper, hoho :D Kak Mell belanje ek len kali dtg KL! Hohoho :D

Jiwa itu letaknya di perut. Kerana perut itu sumber kepada nyawa. Adapun apa yang dimakan itulah yang mendefinisikan manusia itu. Makanan halal menjadi orang yang halal, makanan haram menjadi orang yang macam haram.

c h o c o l a t e i.c.e said...

akak..

memohon untuk memberi sedikit sumbangan berupa wang tunai untuk membeli tiket ke hari bintang jatuh 2009..

jasa baik akak amat saya hargai..owh,saya wakil kan jugak bad,farani dan syafiq.jadi kiranya untuk 4 orang la..

untuk no akaun,akak boleh hubungi sy..

sekian.


terima kasih

Nadiah The REN said...

adeii..mlm td aku tgk ponti anak remaja,die pun perlukan bunga harum sundal mlm as santapan jiwa la klo nak teruskan kehidupan as human..aishh,melo pun kene mcm ni gak ke..ape lagi,bli la ticket meh sini,bley ronggeng=p

Melody M. said...

~zul~
di mana jiwa ya? tak nampak, tapi boleh rasa...huhuhu

~farani~
insyaAllah. lama tak jumpa rani..
oh, definisi jiwa bagi farani mcm tu ek. ic. ic.

~bob~
ada masa nanti skype saya ok.

~nadz~
aku pun tgk jugak citer tu mlm td..bukan bunga harum sundal malam tapi bunga harum mekar malam la cik nadz...

tak tau la...best fren zaman matriks aku kawen time tu...so maybe aku stay sini je. kena jadi ajk tugas-tugak khas. hehe